banner

banner

Monday, January 31, 2011

kunci kebahagiaan

Kunci kebahagiaan

Biarpun liku-liku hidup yang dilalui terasa begitu payah, namun jika diri benar-benar mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya, nescaya kita akan mendapat kebaikan, kebahagiaan dan ketenangan.

Namun jika kita ingkar kepada-Nya, jiwa pasti tidak tenteram walau tinggal di istana yang mewah nan megah. Ketahuilah bahawa di akhir kehidupan adalah pahit dan menderita kerana kita belum memiliki kunci kebahagiaan nan sejati.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “…dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta (berbagai-bagai jenis kekayaan) yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."” (Surah al-Qashash [028], ayat 76)

Jika diteliti pengertian ayat ini, Allah SWT membela mereka agar tidak terjerumus ke dalam kejahatan di dunia dan di akhirat. Ini adalah janji dan berita gembira daripada Allah bagi orang-orang yang beriman bahawa Allah akan menghindarkan mereka (kerana keimanan mereka) dari semua keburukan orang kafir, godaan syaitan, keburukan diri sendiri, amal perbuatan yang jelek dan membantu meringankan beban mereka. Setiap Mukimin berhak atas pembelaan dan keutamaan seperti ini, sesuai dengan kadar keimanannya. Setiap orang diuji dengan perkara yang berbeza-beza dan percayalah ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita.

“Tidak ada sesuatu musibah pun yangmenimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar). Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah at-Taghaabun [064], ayat 11)

Berdasarkan ayat di atas, hendaklah kita memahami bahawa setiap musibah yang menimpa adalah ketentuan Allah. Apabila kita redha dengan dugaan ini, kita akan menerimanya dengan pasrah dan usahlah berputus asa berdoa agar ktia diberi kekuatan dan jalan untuk menghadapi ujian getir itu.

Empat kunci kebahagiaan

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa!” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

1. Wanita yang solehah - iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
2. Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
3. Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
4. Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu. Oleh itu hendaklah kita sentiasa berdoa agar ditetapkan hati supaya tidak mudah condong ke arah kemungkaran dan kesesatan.


“….Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”(Surah ali-‘Imran [003], ayat 8)

Hukum Memakai Cincin

Hukum Memakai Cincin

Apakah hukum seseorang yang pakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk? Adakah orang tersebut dilaknat oleh Allah S.W.T?

Saya ada terbaca dalam internet tentang hadis yang melarang pakai cincin pada jari yang saya sebutkan tadi. mohon penjelasan berkenaan hal ini kerana ramai dikalangan orang2 yang saya temui pakai cincin pada jari tersebut. Maka jawabnya hukum memakai cincin pada jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang oleh Nabi saw dan larangan tersebut bermaksud haram pada setengah ulamak dan setengah ulamak pula berkata dengan makruh.

Ali bin Abi Talib ra berkata : "Rasullullah saw melarang memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah." Hadith Riwayat Muslim.


::Hukum membeli dan memakai baju bundle::

Hukum membeli dan memakai baju bundle. 
Perlukah mencuci dengan air tanah pakaian bundle itu?

Maka jawabnya kisah kewujudan baju bundle ini ialah dikutip oleh persatuan2 gereja yang membuat kutipan untuk sumbangan orang2 miskin dan dihantar sebelah selatan america melalui asal ceritanya.

Jadi gereja2 di america dan kanada membuat kutipan kerana orang putih ini memang suka menderma pakaian2 yang sudah dipakainya dan dihantar ke sebelah selatan ke negara2 miskin. Apabila sekian lama dilihat pakaian2 bundle ini boleh dikormesialkan jadi pihak gereja ini menjadikan separuh untuk diderma dan separuh lagi untuk dibuat perniagaan dan dipasarkan ke filipina dan ke thailand dahulu dengan menggunakan kontena.

Bunddle di Malaysia dalam tahun 80-an. Jadi, itulah perniagaan yang berkembang yang asalnya untuk diderma kerana itulah gereja2 kaya2. Jadi kemungkinan ada najis mughalazah dan kemungkinan tidak ada najis mughalazah pada pakaian itu kerana mungkin orang kafir tidak basuh dengan bersih mengikut syara’.

Maka dalam hukum feqah tentang perkara ini, selagi tidak ada dalil yang mengatakan berat sebelah iaitu kena najis mughalazah maka tidak wajib membasuhnya dengan air tanah tetapi ikhtiar mengikut feqah membasuh pakaian itu dengan air mutlak dan dibilas dengan air mutlak supaya dapatlah sekurang-kurang disisi feqah syariat sah untuk dibawa solat.

Jadi syarat yang pertama, kita basuh pakaian itu dan bilas dengan air mutlak. Jika tuan yang menjual itu mengatakan sudah dibasuh dengan bersih pakaian tersebut jadi tidaklah perlu dibasuh. Jika kita rasa ragu jika sekira-kira baju itu terkena najis mughalazah maka basuhlah dengan air tanah atas dasar sunat ikhtiar mahu ambil cermat atau berhati-hati tapi jika atas dasar warak maka janganlah pakai baju bundle kerana risau atau ragu-ragu mengenai kebersihannya.

Dari segi feqah mengatakan tidak wajib membasuh dengan air tanah kerana tiada tanda-tanda terkena najis walaupun mungkin terkena najis dalilnya Nabi Muhammad S.A.W. terima pakaian yang diberikan kepadanya daripada Syam walaupun mungkin pakaian itu terkena najis mughalazah kerana di Syam penduduknya dari kalangan Arab Islam dan Arab Kristian dan ada majusi. Dan lihatlah dahulu tulisan2 atau gambar2 di pakaian itu supaya tidak melanggar syariat Islam risau kita menjadi asbab menyebarkan syiar Kristian atau seumpamanya.


***mohon sangat2 agar dapat tolong sebarkan pada saudara2 kita yang lain, mohon agar Allah limpahkan rezeki kepada sesiapa yang membantu sebarkan ini..wallahu'alam..

Sumber: Al-Azhar Ad Din

::KembaraHidupkuYangRanjau::

Salam imtihan buat sahabat ku sekalian..Moga anda semua dirahmati Allah..



*~ Doa Buat Sahabat Tersayang ~*

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya ALLAH..
Panjangkanlah umur sahabatku;
Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya;
Terangi hatinya dengan nur pancaran iman;
Tetapkanlah hatinya;
Perluaskanlah rezekinya;
Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan;
Jauhkanlah hatinya pada kejahatan;
Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..

Ya ALLAH..
Jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-MU agar tidak terjatuh di dalam jurang cinta nafsu;
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-MU;
Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-MU..

Ya ALLAH..
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-MU;
Jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki;
Rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-MU..

Ya Allah..
Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..

Click Me Amiin..

to: fitrah anugerah ulfah, safiqah rosli,ainnur, amirul,claire,ummi,lia,nisa,fitri,zul,nik, 
n yang mengenali diri ini...


Sunday, January 30, 2011

Majlis Perkahwinan sepupu( nurulhamiza & ismail)


da kwin da sepupu ana ni..huhu..she's 25 and her husband 28..(^_^)


ni singgahsana perkahwinan mereka..thanks to Cik Timah Sdn. bhd..


hantaran untuk pihak perempuan..


iphone4 for both of them..

kasut tuk pihak lelaki..

me with da bride!(^_^)


moga jodoh mereka berpanjangan sehingga ke hujung nyawa..
semoga bahagia n diberkati Allah..
aminn..

DOA untuk Mereka:

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
- Ar-Rum : Ayat 21

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya :
" Manusia Hawa dijadikan daripada rusuk manusia Adam, bukan
dari kepalanya untuk menjadi atasnya, bukan dari kakinya
untuk menjadi alasnya, malah dari sisinya untuk menjadi teman
hidupnya, dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat
di hatinya untuk dicintai..

“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib

“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -





Thursday, January 27, 2011

Perjalanan menjadi Individu Muslim..

10 ciri Individu Muslim
Salimun Aqidah [Aqidah yang sejahtera]
  • Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad s.a.w sebagai Nabi
  • Sentiasa muraqabah Allah dan memperingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir
  • Menjaga kebersihan hati, bertaubat,istighfar, menjauhi dosa dan syubhat
Sohihul Ibadah [Ibadah yang Benar]
  • Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya
  • Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram
  • Tidak melampau atau berkurang (wasatiah-pertengahan)
Matinul Khuluq [Akhlak yang unggul]
  • Akhlak kita adalah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw
  • Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai’e iaitu:sensitif,tawadu’,benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk, dll
Qadiran Ala Kasbi [Mampu berdikari]
  • Walau kaya perlu bekerja
  • Tidak terlalu mengejar jawatan
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan
  • Memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak terjatuh ke tangan bukan Islam
Mutsaqqafal Fikri [Fikiran yang berpengetahuan]
  • Perlu berpengatahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain
  • Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama’ yang Thiqah
  • Pesan Imam Al-Banna: perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan menjadi pakar dalam bidang yang diceburi
  • Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah,kisah salaf serta mempelajari kaedah serta rahsia hukum yang penting
Qawiyyul Jism [Kuat tubuh badan]
  • Dakwah berat tanggungjawab dan tugas-perlukan badan yang sihat dan kuat
  • Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Mafhum Hadith:Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,tetapi pada keduanya ada kebaikan.
  • Pesan Al-Banna: memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadahdan tidak memakan atau meminum sesuatu yang boleh merosakkan badan
Mujahadah Ala nafsi [Mampu melawan nafsu]
  • Perlu azam yang kuat untuk melawan nafsunya dan mengikut kehendak Islam
  • Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam
  • Dai’e mungkin akan melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan
Munazzamun fi Syu’unihi [Tersusun dalam urusan/berdisiplin]
  • Untuk manfaatkan waktu dengan baik,perlu penyusunan dalam segala urusan
  • Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan Dakwah
Harithun Ala Waqtihi [Menjaga Waktu]
  • Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula
  • Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka
  • Aku adalah makhluk baru..menjadi saksi kepada manusia
Nafi’un Ligharihi [Bermanfaat kepada orang lain]
  • Dai’e umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain
  • Dai’e adalah penggerak dakwah dan Islam
  • Amal Islam untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan
  • Dai’e merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya bila dapat mengajak seorang manusia kejalan Allah.
‘Supaya diri tidak lupa…’

Rumah Tangga Islami [dipetik daripada buku Jalan Dakwah]

Rumah Tangga Islami [dipetik daripada buku Jalan Dakwah]

Memperbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain kepada Allah, merupakan dua kewajipan asasi di atas jalan dakwah wajib kepada setiap muslim lelaki dan wanita.
Di samping dua kewajipan itu timbul lagi satu kewajipan yang tidak kurang pentingnya. Iaitu menegakkan rumahtangga muslim. Individu muslim itu adalah seorang lelaki aqidah yang wajib dipersiapkan untuk menjadi Muslim yang sejati yang menjadi contoh Islam yang sahih dan teladan yang patut di ikuti.
Kita sangat memerlukan rumahtangga muslim yang menjadi contoh sebagai tiang yang kuat di dalam pembangunan masyarakat Islam. Usrah muslim, keluarga muslim mempunyai peranan yang penting di dalam kekuatan dan kepaduan masyarakat ataupun perpecahan dan kemusnahannya. Rumahtangga itu adalah merupakan pangkuan atau sarang bagi tunas-tunas baharu yang dididik dan dibentuk di masa pembentukan dan persediaan. Rumahtangga lah yang bertanggungjawab mencetak dan membentuk keteguhan peribadi anak-anak yang akan mencorakkan hidup mereka, benarlah Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tiap anak itu dilahirkan di atas fitrahnya-kejadian yang suci dan ibu bapanya lah yang menjadikan Yahudi atau menjadikannya Kristian ataupun menjadikannya Majusi”
Hadis Rasulullah s.a.w. berkenaan dengan pembangunan rumahtangga, tidak dapat dibicarakan hanya dengan satu makalah atau dua makalah sahaja akan tetapi perlulah kita merujuk kepada kitab-kitab dan karangan-karangan yang telah mengupas perkara yang penting itu Cukuplah di sini kita menerangkan sepintas lalu serba sedikit mengenainya supaya kita mendapat faedah daripadanya.
http://3.bp.blogspot.com/_d51X_yTWCoE/Sd-KUlj_dkI/AAAAAAAAAoU/vrXGKy1g5Es/s400/baitul+muslim+dyg2.jpg
A: Pemilihan:

Saudara muslim dan saudari muslimah yang mahu memperbaiki diri dan menyeru orang lain kepada Allah, wajib lah ke atas keduanya, masing-masing memilih pasangannya. Putera Islam mencari puteri Islam untuk menjadi isterinya yang salihah. Puteri Islam mencari putera Islam untuk menjadikan suaminya yang salih, sebagai kongsi hidup suami isteri.

Dari awal-awal lagi hendaklah mereka ini membangunkan keluarga muslim yang diasaskan di atas dasar takwa. Saudara muslim yang sejati wajib mencari puteri Islam yang sejati dan memilih yang beragama, yang memahami tugas dan risalahnya di dalam hidup ini, menjadikan pasangan hidupnya sebaik-baik penolong di atas jalan dakwah, sentiasa mengingatkannya apabila dia lupa sentiasa memberi perangsang dan tidak menghalanginya, memelihara dirinya di waktu ghaibnya sekalipun bagaimana lamanya dan mendidik serta membentuk anak-anaknya menurut bentuk Islam yang sebenar-benarnya.

Demikian juga puteri Islam yang sejati, tidak wajar dan tidak patut menerima sebarang jejaka untuk menjadi pasangan hidupnya kecuali seorang muslim yang sejati yang menjadi pendukung dakwah Islam. Iaitu seorang penganut aqidah yang sahih yang bertakwa kepada Allah. Si isterinya pula dapat menolongnya untuk taat setia kepada Allah dan mencapai keredhaan Allah. Dengan cara yang demikian kita telah berjaya membangunkan sebuah keluarga Islam yang akan menjadi markas dakwah dan jihad Islam. Rasulullah s.a.w. telah mengarahkan kita kepada yang demikian dengan sabda baginda:

“Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana tarafnya, keturunannya dan pangkatnya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengambil wanita yang beragama supaya kamu berbahagia”.
Oleh kerana itu Rasulullah (s.a.w.), tidak mengakui hak wali yang menikahkan puterinya dengan seorang lelaki yang tidak di sukai oleh puterinya. Ini memberi peluang kepada puteri Islam untuk memilih suami yang salih. ( didalam keadaan yang menepati sayrat-syarat nya)
B: Beriltizam Dengan Batas-Batas Islam:

http://4.bp.blogspot.com/_SXn8XYAo3_Q/TIbNorXhwlI/AAAAAAAAAIc/f8TsV7gY_SQ/s1600/49626_100000829925444_3316_n.jpg

Kita mahukan supaya hukum-hukum Islam dan adab-adabnya mampu mengawal dan menguasai setiap tahap dan peringkat pembangunan rumahtangga muslim. Sama ada dari peringkat pinangan, akad nikah, mempersiapkan rumahtangga sepasang suami isteri, masa pengantin baharu atau berbulan madu mestilah jauh dari segala adat lapuk, pusaka usang jahiliah yang rosak.

Sama ada jahiliah lama atau baru, yang bertentangan dengan syariat Allah Taala atau pun yang menjadi rintangan di jalan perkahwinan yang kadang-kadang menghalang langsung untuk terlaksananya perkahwinan. Mengapakah tidak di laksanakan akad-nikah itu di Mesjid? Di dalam udara yang bersih dan luas yang jauh dari segala sikap menunjuk-nunjuk dan adat-adat buruk? Berbelanja berlebih-lebihan dan boros yang bertentangan dengan syariat Islam? Cadangan itu adalah wajar.

Akad nikah di dalam Mesjid tidak di gemari oleh manusia sebagaimana dulu mereka tidak menggemari fesyen pakaian Islam. Tetapi kalau kita bersungguh-sungguh mendesak dan bertegas untuk melangsungkan juga akad nikah itu di dalam mesjid, lama kelamaan ia akan menjadi perkara yang di sukai oleh manusia dan akan menjadi perkara biasa. Sebagaimana fesyen pakaian Islam menjadi perkara lumrah dan di sukai oleh manusia. Sesungguhnya itu lah pertentangan di antara kemuliaan dan kehinaan.

Kalau kita berpegang teguh dengan kemuliaan dan adab-adab Islam, kita akan berjaya menegakkan dan menanamkan keperibadian Islam yang kita cita-citakan ke atas manusia.

C: Kebahagiaan Rumahtangga Yang Di Cita-Citakan:

Apabila telah selesai pemilihan yang berasaskan agama telah sempurnalah langkah-langkah yang menuju ke alam perkahwinan sesuai dengan ajaran Islam.
Mulalah kita membangunkan rumahtangga muslim di atas asas yang teguh yang akan merealisasikan kemantapan, ketenangan dan kebahagiaan yang sejati yang selama ini dicari-cari oleh beberapa banyak keluarga pada zaman ini. Kebahagiaan itu bukan dari luar diri, tidak pula dapat dicari dengan harta, tempat kediaman, pakaian dan dengan segala perhiasan rumahtangga.

Tetapi kebahagiaan itu diperolehi dari dalam diri sendiri, dari perasaan takwa kepada Allah, kerana Allah lah yang mengurniakan kebahagiaan, yang memberi mawaddah dan rahmah cinta dan kasih sayang di antara suami isteri. Benarlah Allah yang Maha Agung yang telah berfirman:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Ar-Rum: 21)

Kita tidak memandang kebahagiaan itu di dalam harta yang banyak, akan tetapi orang yang bertakwa itulah orang yang berbahagia.

D: Perkahwinan Itu Ibadat:

Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan hidup sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.
Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.

Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:

” Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

E: Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:

Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.

Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.

F: Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:

Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura’, tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:

`Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”. (Al-Baqarah : 228)
” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’: 34)

Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam.
Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya himgga ke hari ini.
http://2.bp.blogspot.com/_5i7wY2z0gF4/S6W304cbEpI/AAAAAAAAB3w/46U-Oq_Ly1I/s400/cintaAllah.jpg
G: Perkahwinan Adalah Tanggungjawab Dan Amanah

Suami isteri mestilah menyedari dan merasai bahawa mereka memikul amanah dan tanggungjawab. Tiap-tiap orang dari kamu adalah pemimpin, dan tiap-tiap pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Maka hendaklah kamu bertakwa kepada Allah di dalam perkara yang dipertanggungjawabkan dan diamanahkan kepada kamu. Benarlah Allah yang berfirman:
‘Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu” (At Tahrim : 6)

Rasulullah s.a.w bersabda:
“ Orang yang paling baik di kalangan kamu adalah yang paling baik kepada ahlinya dan akulah yang paling baik di kalangan kamu terhadap ahlinya”.

Kita sentiasa memerlukan pertimbangan yang waras demi pemeliharaan itu, sebagai contoh, kita biasa memberi perhatian yang berlebihan apabila salah seorang dari anggota keluarga kita jatuh sakit. Tetapi perhatian yang sewajarnya tidak diberikan terhadap salah seorang anggota keluarga yang mencuaikan hak Allah ataupun menyalahi ajaran Islam padahal itulah yang paling utama diperhatikan dan diubati.

H: Rumahtangga Muslim Merupakan Risalah:

Sebagaimana kita menghendaki bentuk yang benar dan hidup bagi Islam dari seorang muslim yang benar aqidahnya, yang benar ibadatnya, yang benar akhlaknya, yang benar sikap dan yang benar segala tindak tanduk dan perkataannya, demikian juga kita menghendaki rumahtangga muslim itu supaya menjadi pusat perlaksanaan segenap ajaran Islam di dalam hidup berkeluarga dengan perlaksanaan yang selamat sejahtera dan teliti.

Kita ingin melihat suami muslim yang memikul tanggungjawabnya terhadap rumahtangganya menurut ketentuan Islam. Kita mahu melihat bapa muslim yang memelihara anak-anaknya dengan adab-adab Islam, memberi kefahaman Islam yang sejati kepada mereka dan mengawasi mereka di segala peringkat hidup mereka. Kita hendak melihat isteri yang muslimah yang menjadikan rumahtangga sebagai taman sari yang memuaskan dan menggembirakan suaminya.

Di dalamnya terdapat hiburan dan keberkatan jauh dari kepayahan dan penat lelah perjuangan dan menolong suaminya mentaati Allah Ta’aala. Alangkah indah dan hebatnya kata-kata yang diucapkan oleh seorang isteri kepada suaminya tatkala dia keluar dari rumahnya waktu pagi:
” Bertaqwalah kepada Allah di dalam urusan kami dan janganlah kekanda memberi kami makanan kecuali yang halal dan baik-baik sahaja”.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim ini, ibu muslim yang memelihara anak-anaknya dan membentuk mereka menurut bentuk Islam kerana dialah yang sentiasa berdamping dengan mereka. Inilah risalah, amanah dan tugas para wanita dan isteri yang paling penting yang selama ini cuba dihapuskan oleh musuh-musuh kemanusiaan. Mereka cuba menyelewengkan fakta-fakta ini dari para isteri dengan berbagai-bagai pembohongan dan penipuan dengan tujuan untuk merobohkan bangunan masyarakat.

Kita ingin melihat di dalam rumahtangga muslim itu, putera puteri Islam yang sejati yang memperhambakan diri mereka kepada. Tuhan. Mereka taat setia kepada Allah, berbuat baik dan berjasa kepada ibu bapa. Mereka bergaul dengan sahabat-sahabat mereka menurut adab-adab Islam dan tidak lahir dari mulut mereka sepatah perkataan dan sebarang perbuatan yang bertentangan dengan Islam.

Kita mengingini rumahtangga muslim yang memelihara hubungan silaturahim, yang sentiasa mengambil berat urusan kerabat dan menyempurnakan hak-hak mereka. Kita hendak melihat rumahtangga dan keluarga muslim menjadi satu bentuk yang ulung di mana Islam telah terpahat kukuh di dalam diri mereka. Mereka bergaul baik dengan khadam mereka, di mana khadam mereka makan apa yang mereka makan dan berpakaian seperti apa yang mereka pakai dan tidak membebankan sesuatu bebanan di luar kemampuannya. Apabila mereka membebankan sesuatu di luar kemampuannya, mereka menolongnya.

Kita ingin melihat dari rumahtangga muslim itu satu bentuk yang unik sebagaimana yang telah digariskan oleh Islam tentang berbuat baik di dalam bermuamalah dengan jiran. Mereka menyempurnakan hak jiran sebagaimana peranan Rasulullah s.a.w.
Kita menghendaki rumahtangga muslim yang melahirkan contoh teladan yang baik di segala jurusan hidupnya. Dengan fesyen pakaiannya yang Islami, makanan yang halal, minuman yang halal, akhlak yang mulia, sikapnya yang Islami, gaya yang Islami di segala adat dan tradisi di waktu suka dan duka Mereka menjauhi segala unsur-unsur jahiliah, adat-adat dan tradisi jahiliah yang di import dari luar.

Kita tidak mahu melihat dari golongan sahib-ad-dakwah yang menyeru manusia kepada Allah, yang berjalan di atas jalan dakwah melakukan sebarang kecuaian atau kelalaian di dalam melahirkan serta membina anggota-anggota keluarganya dengan ajaran Islam di dalam sebarang jurusan hidup keluarganya. Sesungguhnya orang yang lemah dalam memimpin rumahtangganya, tidak akan mampu memimpin orang lain apatah lagi rumahtangga orang lain.


I: Rumahtangga Muslim Sebagai Markas Memancarnya Cahaya:

Rumahtangga muslim yang sejati menurut tabiat dan lojiknya mesti menjadi markas dakwah Islam. Setiap anggota keluarga yang aqil baligh wajib menjadi sahibud-dakwah, pendukung dakwah, menyeru rumahtangga dan keluarga di sekitarnya kepada Allah dengan penuh kesabaran, dengan hikmah dan nasihat yang baik.

Isteri yang salihah berkemampuan menarik hati jiran-jiran dengan dakwah kepada Allah. Kehadiran mereka merubah majlis-majlis yang dikuasai oleh umpat mengumpat dan sia-sia menjadi majlis-majlis ilmu dan pelajaran dan ke arah memahami urusan agama.

Bidang dakwah Islamiah sangat memerlukan saudari muslimat yang menyeru manusia kepada Allah, supaya memainkan peranannya di kalangan puteri bangsanya. Sesungguhnya wanita hari ini, kecuali yang telah mendapat taufik Allah, telah dijadikan boneka oleh musuh-musuh Islam untuk meruntuhkan dirinya dan memusnahkan manusia. Tetapi kita hendaklah menjadikannya sebagai wanita yang salihah yang turut bersama kita untuk memperbaiki yang rosak dan membangunkan yang maaruf dan merobohkan yang mungkar dan menghapuskan yang batil menyokong kemuliaan dan memerangi kehinaan.

Kita menghendaki rumahtangga muslim itu sebagai rumah cahaya yang memberi hidayah dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. la menghapuskan, memusnahkan segala kegelapan di sekelilingnya dan menyinari jalannya untuk di lalui oleh mereka. Maka dengan bertambahnya rumah-rumah muslim seperti ini akan sambung menyambunglah daerah-daerah dan bercahaya dan bercantum di antara satu sama lain sehingga mampu menyinari masyarakat.

Maka dengan demikian keperibadian Islam berkemampuan menyinari masyarakat dan memimpin nya di bawah naungan Islam. Lantaran itu kemuliaan mudah dikembang-biakkan dan kejahatan mudah dihapuskan. Baharulah mudah dibentuk dasar dan asas keimanan, yang bersih yang mantap sebagai asas bangunan Islam dan pemerintahan Islam dan seterusnya al-khilafah-al- Islamiah alamiah.

Untuk itu, saudara saudari putera puteri Islam harus dan patut bersungguh-sungguh dan bersegera membangunkan rumahtangga muslim yang misali yang menjadi model Islam yang sejati untuk menjadi contoh teladan kepada generasi baharu. Ini adalah satu langkah yang penting dan asasi di jalan dakwah Islam. Mohonlah pertolongan dari Allah supaya Allah mudahkan dan jangan menyusahkan.

Baitul Muslim qudwah, cita-cita yang memerlukan usaha!

Baitul Muslim qudwah, cita-cita yang memerlukan usaha!

تكوينها دين, والحفاظ عليها إيمان, ومكافحة الأوبئة التي تهددها جهاد, ورعاية ثمرتها من بنين و بنات جزء من شعائرالله

“mendirikannya adalah AGAMA,  menjaganya adalah IMAN, membanteras wabak-wabak yang mengancamnya adalah JIHAD, dan menjaga buahnya (iaitu) daripada anak-anak lelaki dan perempuan adalah sebahagian daripada SYIAR ALLAH” 

Sedar tak sedar sudah setahun 6 bulan saya berumah tangga, sudah ber’anak’ pun. Sungguh pantas masa berlalu. masih segar di dalam ingatan azam ketika mula-mula hendak mendirikan rumah tangga, nak jadi isteri solehah, nak anak yang ramai, nak urus rumah elok-elok, dan yang terpenting sekali, nak bina baitul muslim qudwah!

Hatiku berkata:” okeh! mudah sahaja! InsyaAllah saya boleh!”
Namun, setelah setahun lebih melayari bahtera rumahtangga, hatiku berkata lagi: “hmmm…mudah saja nk bina baitul muslim ni…tapi susah untuk nak beristiqamah dan bermujahadah dalam nak membangunkan baitul muslim ini…lebih-lebih lagi kalau nak jadikan baitul muslim Qudwah!”
Baitul muslim…apa maksud baitul muslim tu yea?
ISHA berkatadan membina baitul muslim adalah: membawa ahlinya untuk menghormati fikrahnya, dan menjaga adab-adab Islam dalam setiap sudut kehidupan rumahtangga, bermula dengan pemilihan isteri yang baik dan memberinya haknya dan kewajibannya, kemudian mendidik anak-anak dengan baik, berkhidmat dan berusaha membangunkan mereka di atas prinsip-prinsip Islam. Dan ia adalah kewajiban untuk setiap suami, termasuk mengambil berat terhadap rumahtangga, isteri dan anak-anak.
Pembinaan rumahtangga yang betul, yang baik persediaannya, yang menjalankan syariat Islam dalam seluruh kehidupannya merupakan batu-bata yang kuat dalam membina masyarakat muslim.
Allah berfirman di dalam surah at-tahrim, ayat 6 yang bermaksud : “wahai orang-orang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu”

Dapat difahami dari ayat di atas, betapa pentingnya seseorang itu membimbing ahli keluarganya supaya terhindar dari api neraka. Iaitu dengan melazimi prinsip-prinsip Islam di dalam kehidupan rumahtangga .Pentingnya membina rumahtangga muslim.
Pembinaan rumahtangga muslim juga sangat penting dalam kehidupan seorang dai’e kerana seorang dai’e takkan boleh bergerak ke medan dakwah dan  mengislah masyarakat selagi mana rumahtangganya belum settle.

Pembinaan rumahtangga yang bahagia  merupakan satu faktor  untuk meng ‘islah’ keluarga- keluarga terdekat, dan merupakan satu lapangan untuk menyebarkan iman dan pembaikpulihan dalam masyarakat.
Jadi, untuk membina rumahtangga muslim qudwah memerlukan kepada permulaan yang bersih, yang suci dari sebarang  maksiat. Bukan bermula dengan cinta monyet, dating, sms dang sebagainya, tetapi bermula dengan pemilihan calon yang baik  dengan menggunakan orang tengah. Baru lah kita tidak malu untuk bercerita kepada anak-anak kisah perkenalan ibu dan ayah mereka.

Pasti tidak ada seorang pun dari kita yang  mahu melihat anak-anak gadis kita berkepit dengan lelaki lain yang bukan mahram sebelum berkahwin bukan? Jadi, sebelum kita menasihati anak-anak kita, kita terlebih dahulu perlu menjadi contoh kepada mereka. Tak mahu lah pula nanti anak-anak kita berkata kepada kita: “eleh, dulu mak dengan ayah buat macam tu boleh…” kan susah untuk kita jawab nanti.

Nak pilih calon pula bukan main pilih je mane yang cantik, mane yang handsome, mane yang kaya, tetapi Islam telah meletakkan garis panduan untuk kita memilih. Pilihlah pasangan yang bebas daripada sebarang kecacatan atau penyakit keturunan. Kerana Islam mahukan umatnya yang kuat, yang mampu untuk beribadah, beramal dan mampu juga untuk mempertahankan Islam. Tetapi apa yang penting sekali, pilihlah yang beragama (Islam).

Rasulullah saw bersabda: “nikahilah perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya akan beruntung”
Justeru itu, marilah sama-sama kita berusaha membina rumahtangga muslim yang menjadi batu-bata dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.

DO'A

Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah Al Qubro
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatimah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.
Ya Allah,
Cukupkanlah permohonan kami dengan ridlo-Mu
Jadikanlah kami Suami & Istri yang saling mencintai di kala dekat,
Saling menjaga kehormatan dikala jauh,
Saling menghibur dikala duka,
Saling mengingatkan dikala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Serta saling menyempurnakan dalam peribadatan.
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkawinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Amin Allahumma Amiin……
rose.jpg