banner

banner

Thursday, January 27, 2011

Baitul Muslim qudwah, cita-cita yang memerlukan usaha!

Baitul Muslim qudwah, cita-cita yang memerlukan usaha!

تكوينها دين, والحفاظ عليها إيمان, ومكافحة الأوبئة التي تهددها جهاد, ورعاية ثمرتها من بنين و بنات جزء من شعائرالله

“mendirikannya adalah AGAMA,  menjaganya adalah IMAN, membanteras wabak-wabak yang mengancamnya adalah JIHAD, dan menjaga buahnya (iaitu) daripada anak-anak lelaki dan perempuan adalah sebahagian daripada SYIAR ALLAH” 

Sedar tak sedar sudah setahun 6 bulan saya berumah tangga, sudah ber’anak’ pun. Sungguh pantas masa berlalu. masih segar di dalam ingatan azam ketika mula-mula hendak mendirikan rumah tangga, nak jadi isteri solehah, nak anak yang ramai, nak urus rumah elok-elok, dan yang terpenting sekali, nak bina baitul muslim qudwah!

Hatiku berkata:” okeh! mudah sahaja! InsyaAllah saya boleh!”
Namun, setelah setahun lebih melayari bahtera rumahtangga, hatiku berkata lagi: “hmmm…mudah saja nk bina baitul muslim ni…tapi susah untuk nak beristiqamah dan bermujahadah dalam nak membangunkan baitul muslim ini…lebih-lebih lagi kalau nak jadikan baitul muslim Qudwah!”
Baitul muslim…apa maksud baitul muslim tu yea?
ISHA berkatadan membina baitul muslim adalah: membawa ahlinya untuk menghormati fikrahnya, dan menjaga adab-adab Islam dalam setiap sudut kehidupan rumahtangga, bermula dengan pemilihan isteri yang baik dan memberinya haknya dan kewajibannya, kemudian mendidik anak-anak dengan baik, berkhidmat dan berusaha membangunkan mereka di atas prinsip-prinsip Islam. Dan ia adalah kewajiban untuk setiap suami, termasuk mengambil berat terhadap rumahtangga, isteri dan anak-anak.
Pembinaan rumahtangga yang betul, yang baik persediaannya, yang menjalankan syariat Islam dalam seluruh kehidupannya merupakan batu-bata yang kuat dalam membina masyarakat muslim.
Allah berfirman di dalam surah at-tahrim, ayat 6 yang bermaksud : “wahai orang-orang beriman! peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu”

Dapat difahami dari ayat di atas, betapa pentingnya seseorang itu membimbing ahli keluarganya supaya terhindar dari api neraka. Iaitu dengan melazimi prinsip-prinsip Islam di dalam kehidupan rumahtangga .Pentingnya membina rumahtangga muslim.
Pembinaan rumahtangga muslim juga sangat penting dalam kehidupan seorang dai’e kerana seorang dai’e takkan boleh bergerak ke medan dakwah dan  mengislah masyarakat selagi mana rumahtangganya belum settle.

Pembinaan rumahtangga yang bahagia  merupakan satu faktor  untuk meng ‘islah’ keluarga- keluarga terdekat, dan merupakan satu lapangan untuk menyebarkan iman dan pembaikpulihan dalam masyarakat.
Jadi, untuk membina rumahtangga muslim qudwah memerlukan kepada permulaan yang bersih, yang suci dari sebarang  maksiat. Bukan bermula dengan cinta monyet, dating, sms dang sebagainya, tetapi bermula dengan pemilihan calon yang baik  dengan menggunakan orang tengah. Baru lah kita tidak malu untuk bercerita kepada anak-anak kisah perkenalan ibu dan ayah mereka.

Pasti tidak ada seorang pun dari kita yang  mahu melihat anak-anak gadis kita berkepit dengan lelaki lain yang bukan mahram sebelum berkahwin bukan? Jadi, sebelum kita menasihati anak-anak kita, kita terlebih dahulu perlu menjadi contoh kepada mereka. Tak mahu lah pula nanti anak-anak kita berkata kepada kita: “eleh, dulu mak dengan ayah buat macam tu boleh…” kan susah untuk kita jawab nanti.

Nak pilih calon pula bukan main pilih je mane yang cantik, mane yang handsome, mane yang kaya, tetapi Islam telah meletakkan garis panduan untuk kita memilih. Pilihlah pasangan yang bebas daripada sebarang kecacatan atau penyakit keturunan. Kerana Islam mahukan umatnya yang kuat, yang mampu untuk beribadah, beramal dan mampu juga untuk mempertahankan Islam. Tetapi apa yang penting sekali, pilihlah yang beragama (Islam).

Rasulullah saw bersabda: “nikahilah perempuan itu kerana empat perkara; kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya, dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya akan beruntung”
Justeru itu, marilah sama-sama kita berusaha membina rumahtangga muslim yang menjadi batu-bata dalam menegakkan Islam di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment