banner

banner

Tuesday, February 1, 2011

C.i.n.T.a. | حب

Bismillahirahmanirrahim, alhamdulillahi rabbil 'alamin..~

C.i.n.T.a. | L.o.V.e. | حب | saranghae | 愛 |

Diskripsikan C.i.n.T.a. mengikut bahasa bonda tiap insan
Jejak menyusur jalan nan corong
Kelihatan dua mahluk berdua alami
Nampak padu serasi didorong
Oh indahnya C.i.n.T.a insani~

Asyik sungguh asmara bermadu
oh C.i.n.T.a jangan menghilang
Sentuhan terasa selembut salju
Dingin dakapan amati bintang~

Tapi C.i.n.T.a kau lupa!
C.i.n.T.a kau terlalu megah!
Tapi C.i.n.Ta. kau lalai!
C.i.n.T.a kau jauh memesong!

Memetik kata-kata Rabiatul Adawiyah, "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seorang insan, kerana ia tidak kekal. Cinta manusia seringkali membuatkan seseorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan nikmat yang kekal abadi kecuali cinta kepada Allah subhanahu wa Ta'ala"

C.i.n.T.a.
Memanggil C.i.n.T.a.
Hampiri C.i.n.T.a.
Peganglah C.i.n.T.a.
Bertanya pada C.i.n.T.a.
Apa yang kau panggil C.i.n.T.a.

Apa yang kau panggil C.i.n.T.a.
Bukanlah seindah mimpi yang indah
Kerana ia cumalah bayangan ilusi
Cumalah mainan tidur yang berpanjangan

Apa yang kau panggil C.i.n.T.a.
Bukanlah satu kebahagiaan yang kau harapkan
Kerana ia cumalah patung permainan
Yang berselerakan di hati dia

Apa yang kau panggil C.i.n.T.a.
Bukanlah permata yang seutuh berlian
Ia cumalah kaca nan terang
Cuba menyilaukan pandangan mu di tengah sahara

Apa yang kau panggil C.i.n.T.a.
Barangkali cuma bunga di mata
Dihati seperti duri yang bisa

Apa yang kau panggil C.i.n.T.a.
Cuma logamaya di tengah gurun
Nampaknya indah umpama penyelamat
Sedang ia cuma di kejauhan pandangan

Apa yang kau panggil C.i.n.T.a.
Adalah keindahan yang berseni
Namun lekok-lekok garisannya
Membuatkan ia menjadi jalan panjang yang menakutkan

Apa yang kau panggil C.i.n.T.a.
Tiada terpalit rasa benci padamu C.i.n.T.a.
Khuatir aku mengelodak dalam diri
Tapi C.i.n.T.a. kau begitu indah
Cuma indah apabila kau membawa Allah menyertainya..~

"Kebahagiaan yang hakiki bukan terletak pada indahnya C.i.n.T.a. insani,lebih beruntunglah pada mereka yang mengecapi C.i.n.T.a. illahi"

No comments:

Post a Comment