banner

banner

Sunday, March 27, 2011

Rindu Berjumpa Dengan Allah...

Ketika cinta kepada Allah SWT telah bertakhta dalam hati hamba, maka dengan sendirinya ia akan selalu berusaha keras mengambil kesempatan yang ia miliki untuk berkhalwat dengan Allah, berzikir dan bermunajat kepadaNYA. Berusaha menyatukan hatinya bersama ALLAH swt. Setahap demi setahap akan lahirlah kerinduan yang terpendam kepada Allah swt yang bersemayam dalam hati dan mendorongnya untuk dapat melihatNya. Ketika diberitahu kepadanya bahawa Allah swt tidak dapat dilihat dan ditemui di dunia tetapi setelah mati, maka bertambahlah kerinduannya untuk bertemu dengan Allah swt.


Pertemuan dengan kekasih Yang Maha Agung, Zat Yang selama bertahun-tahun ia selalu bermunajat kepadaNya dan menmpahkan air mata dalam mihrabNya.
Pertemuan dengan Zat yang telah ia seru diwaktu-wktu genting, ia selalu mendapatiNya dekat dengannya dan mengabulkan doanya.






Pertemuan dengan Zat yang mencukupi, mengawasi dan menolongnya dari diriny dan musuhnya. Pertemuan dengan Zat yang member, memuliakan, menjaga dan memeliharanya dari setiap bencana dengan sebaik-baiknya.


Hasan al-Basri berkata,”Sesungguhnya, para pencinta Allah swt adalah orang-orang mewarisi kehidupan yang baik, merasakan kenikmatan ketika dapat bermunajat dengan kekasih mereka, dan mendapatkan kemanisan dalam hati mereka. Lebih-lebih lagi jika sudah terdetik dalam hati mereka, nescaya mereka akan mengingati kebesaranNya. Tersingkaplah tirai yang menutupi (pandangan)nya di tempat yang aman dan menggembirakan. Diperlihatkan kepada mereka keagunganNya dan diperdengarkan kepada mereka kelazatan perkataanNya serta disampaikan kepada mereka jawapan atas apa yang mereka munajatkan setiap hari dalam kehidupan mereka.


Dengan demikian, kerinduan kepada Allah swt adalah buah dari bertakhtanya cinta dalam hati seorng hamba. Ibnu Rajab menegaskan hal ini dalam perkataannya, “Kerinduan pada Allah swt merupakan darjat inggi yang dibangunkan dari kekuatan cinta kepada Allah swt. Sesungguhnya, Rasulullah s.a.w pernah meminta darjat ini kepada Allah swt.”


Disebutkan dalam doa Rasulullah S.A.W :

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu keredhaan terhadap ketentuanMu, ketenangan hidup sesudah kematian, kelazatan melihat wajahMu, dan kerinduan untuk berjumpa denganMu tanpa adaya halangan yang menyukarkan dan tanpa adanya ujian yang menyesatkan.” 


Rasulullah s.a.w meminta kepada TuhanNya kerinduan untuk berjumpa denganNYA tanpa adanya hal-hal yang menyukarkannya. Baginda berdoa dengan sabda, “Kesempitan dunia dan takdir yang menyakitkan, atau fitnah dalam agama yang menyesatkan atau kalimah lain yang bermakna menjadikan kerinduan pada Allah itu lahir dari dorongan rasa cinta.”


Disebutkan dalam sebuah atsar bahawa Allah SWT berfirman, “Ingatlah, sesungguhnya orang-orang yang soleh telah lama rindu untuk bertemu denganKU. Padahal AKU jauh lebih rindu kepada mereka. Tidaklah para perindu itu rindu kepadaku kecuali kerana kurnia kerinduanKU kepada mereka. Ingatlah, barang siapa mencariKU, nescaya ia akan mendapatkanKU. Barangsiapa mencari selainKU, nescaya ia tidak akan pernah mendapatkanKU. Adakah orang yang menghadap kepadaKU, kemudian AKU tidak menyambtnya? Adakah orang yang berdoa kepadaKU, lalu AKU tidak makbulkan doanya? Dan adakah orang yang meminta kepadaKU, lalu AKU tidak member kepadanya?”…. 


(Sumber : Buku Mencintai Dan Dicintai Allah, Oleh Dr Majdi Al-Hilali)

Alangkah Malunya..



Alangkah malunya
Jika seorang perempuan yang digelar islam
Tidak pandai berbicara tentang agamanya
Hanya pandai mengaku dia beragama islam/ sekejap sahaja marah apabila agamanya dihina
Fasih berbicara tentang kejahatan orang lain.


Alangkah malunya..
Seorang perempuan yang digelar muslimat,
Yang tahu dan belajar mengenai islam,
Tetapi tidak mengamal dalam kehidupannya,
Hanya pandai menyeru sedangkan dirinya disebaliknya.


Alangkah malunya..
Jika muslimat itu tidak menutup keaibannya,
Dibiarkan lelaki bukan ajnabi melihatnya,
Tanpa rasa segan dan berdosa,
Tetapi berbangga dengan gaya fesyen yang membaluti tubuhnya ,


Alangkah malunya..
Jika muslimat itu tidak mengenal jasa ibu bapanya,
Yang telah banyak berkorban untuk membesarkannya,
Tanpa meminta balasan sedikitpun,
Tetapi muslimat itu telah menderhakai orang tuanya,


Alangkah malunya..
Seorang muslimat yang digelar Hamba pada Yang Satu,
Yang berjaya dan sekelilingnya ada kemewahan,
Tanpa mengucap syukur pada Yang Esa,
Dengan tidak menunaikan kewajipan seorang muslim,
Sedangkan ALLAH Yang Maha Kaya,


Alangkah bertuahnya..
Jika perempuan muslimat termasuk aku,
Yang mempunyai matlamat yang jitu,
Untuk memperjaungkan Islam dan mengamalkannya,
Ingatlah Muslimat.
Sesungguhnya, tangan yang membuai dapat mengoncang dunia,
Inilah, betapa hebatnya seorang perempuang yang digelar muslimat,
ALLAHU AKBAR!!!!

sanggup matikah kita untuk Allah???



Cuba kalian bayangkan situasi ini berlaku pada kalian..



Pada suatu hari waktu Solat Jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1000 jemaah menghadiri solat Jumaat, tiba-tiba masuk dua lelaki yang menutup seluruh tubuhnya dengan pakainan hittam dan bertopeng beserta senjata api. Lalu lelaki terbabit bertempik "sesiapa yang sanggup mati kerana Allah sila berdiri ditempat masing-masing" tegas.

Selepas mendengar amaran lelaki itu, maka jemaah bertempiaran lari untuk selamatkan diri masing-masing. Daripada 1000 jemaah tinggal 20 saja yang masih berdiri di tikar sejadah. Termasuk pak Imam tu. Lelaki terbabit segera embuka topengnya lalu berkata kepada pak Imam itu "Ok, pak Imam boleh teruskan solat, kami dah halau semua yang hipokrit," lalu dua lelaki itu turut bersama pak Imam dan jemaah yang lain menunaikan solat Jumaat.

macam mana? lawak ke? atau....

tapi cuba fikirkan, dari yang 1000 jemaah kata mengaku beriman kepada Allah, tetapi cuma tinggal 20 orang sahaja yang benar-benar sanggup mati kerana Allah.

Lawakkan, berapa ramai manusia yang mudah lupa padakan Allah bila dalam situasi bahaya seperti itu, dua lelaki hanya bawa senjata api saja, dia tak kata nak bunuh mereka semua,.. tapi generasi sekarang amat la lemah, batu diugut dah kecut perut. lari lintang pukang.

Ada lagi yang lawak, sembahyang seminggu sekali, itu pun hari Jumaat, ish teruk betul.

Ada yang percaya gosip-gosip dari yang tercatit dalam Ayat al-Qur'an.
Berapa ramai manusia percaya hidup di dunia hanya sementara, akhirat kekal abadi, tetapi masih mengejar kehidupan dunia.

Ada yang lagi lawak, boleh bersembang, berbual, bercakap dan bergurau senda dengan kekasih berjam-jam, tapi bila waktu berdoa, tak sampai 2 minit pun.
Sanggup lagi sebar bahan yang jenaka dan porno (lucah) dari sebarkan artikel yang berunsurkan Islamik.

Lawakkan?
kenapa gelak? itu kan realiti hidup.
sebar-sebarkanlah... 

Muslimah Mukminin

Assalamu'alaikum wbt. para serikandi yg dirahmati ALLAH. insya-ALLAH





Jadilah bunga mawar yg indah berpagarkan duri. Jangan biarkan dirimu menjadi sebarangan bunga yg tetap juga indah tetapi sayang tidak berduri...apabila tiada duri, tiada lagi benteng yang boleh melindungi keindahan si bunga daripada sewenang2nya didekati sang kumbang. Lantas, tercemarlah keindahan dan murahlah nilainya..duri mawar itulah ditasyhbihkan dengan perbatasan AURAT, AKHLAK DAN AL-HAYA�. Dengan pagaran duri itu, kilauan warnanya semakin memancar indah dan harum aromanya menyelinap disegenap naluri yg mengundang kekaguman hati sang kumbang hinggakan sang kumbang berfikir bebrapa kali untuk mendekatinya.






Wanita solehah itu tidak memandang dan dipandang,
Ia "menyembunyikan" dirinya dari menjadi tatapan sang ajnabi
tiada dia berurusan dng para ajnabi kecuali
kepada perkara yang menjadi keperluan
atas dasar dakwah dan perjuangan.


Gurau senda dengan para ajnabi ditinggalkan jauh sekali,
dia lebih rela dianggap manusia sombong oleh para ajnabi
namun bermusuh dan bersifat kasar dgn para ajnabi bukan akhlaknya.


Bila pandangan dan pertolongannya diperlukan
ia tampil menghulurkan bantuan,
namun dalam suasana yang sangat terhijab dan jauh dari fitnah
Jika pernah tersilap langkah maka berundurlah,
moga wanita solehah itu, kita. Wallahualam..


10 Tabiat Rosakkan Otak

10 tabiat rosakkan otak


1. Tidak mengambil sarapan pagi

* Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.


2. Terlebih makan


* Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.


3. Perokok



* Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit �Alzheimer�.


4. Penggunaan gula yang berlebihan


* Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.


5. Pencemaran udara


* Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.


6. Terlebih tidur



* Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.


7. Menutup muka ketika tidur


* Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.


8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat


* Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.


9. Kurang berimiginasi


* Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.



10. Jarang berfikir



* Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Sumber: pali@muadzin studio

Aku Tamak! Aku Inginkan Semua Ciri-Ciri Wanita Itu!

Aku Tamak! Aku Inginkan Semua Ciri-Ciri Wanita Itu!
www.murabbi.net



Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang BERAGAMA nescaya kamu bahagia.



Tetapi aku tamak! Aku nak semua ciri-ciri ini, aku nak dia cantik, ada harta, dipandang mulia, dan juga solehah. Macamana cara untuk aku dapatkan semua ciri-ciri ini? Ada ke wanita yang sebegini dizaman ini? Sadaqarasulullah, Benarlah segala perkataan Rasulullah itu.


Rasulullah mencadangkan supaya memilih yang BERAGAMA (Solehah dgn ertikata yang sebenar-benarnya) adalah kerana ada RAHSIA yang tersirat disebaliknya.


Apa RAHSIAnya?


Wanita yang BERAGAMA seperti yang disebutkan oleh Rasulullah didalam konteks hadis diatas, adalah wanita yang benar-benar solehah, dan mentaati serta mempertahankan keimanannya kepada Allah.


Oleh itu, wanita yang sebegini pasti akan

1. Berikhtiar dan berusaha untuk memiliki HARTA, 
kerana:


Ingin menjalankan suruhan-suruhan dalam Islam yang menjurus kepada memiliki harta seperti:


a) Bersedekah

b) Amal jariah, Derma, Wakaf

c) Zakat

d) Haji, Umrah

e) dan lain-lain yang relevan


Oleh itu, wanita seperti yang dicadangkan oleh Rasulullah akan memiliki ciri-ciri pertama iaitu BERHARTA


2. Berketurunan (dipandang mulia)


Allah berfirman yang bermaksud:

�Maka wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara dirinya (kehormatannya) ketika suaminya tiada, oleh kerana Allah memelihara (mereka)�.
(Surah an-Nisaa� ayat 34)



Walau dari keturunan apa pun, dari latar belakang yang macamanapun, andainya wanita ini telah bertaubat, dan benar-benar taat dalam beragama, pasti Allah akan mengangkat darjatnya dan dia tetap terpandang mulia dari sudut mana pun jua. Firman Allah diatas jelas menunjukkan betapa Allah memelihara wanita-wanita yang solehah ini.


3. Cantik


Wajah yang sentiasa disentuh wudhu yang sempurna dan dipenuhi dengan ibadah-ibadah kerohanian seperti qiam dan lain-lain (yang dilakukan dengan ikhlas dan istiqamah), pastinya akan bercahaya, jernih dan menenangkan hati sesiapa yang melihatnya. Pasti mampu menjadi penawar dimata dan penyejuk dihati suami (Qurrata A'kyun). Kecantikan itu abstrak, ianya tidak bergantung hanya semata-mata kepada raut fizikal seseorang wanita, TETAPI ianya lebih banyak bergantung kepada MATA YANG MEMANDANGNYA!


Nah! Oleh kerana aku tamak dan inginkan kesemua ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah itu, maka ikutilah cadangan dan saranan yang telah direkomenkan oleh baginda S.A.W, iaitu, pilihlah yang TAAT BERAGAMA dan solehah.

Antara Membimbing Perasaan dengan Melayan Perasaan

Antara Membimbing Perasaan dengan Melayan Perasaan
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : Lukhman Abdul Taib


Masa beredar tiada siapa mampu menghalang. Dari usia yang muda, seorang kanak-kanak perlahan-lahan menginjakkan diri ke fasa remaja. Seorang remaja perlahan-lahan menginjakkan diri ke dunia dewasa. Dalam perjalanan itu, tidak ringan jalan yang ditempuh.


Gelora nafsu adalah antara mehnah yang harus ditempuhi oleh setiap remaja. Mahu ataupun tidak, itulah ketentuan yang harus dihadapi oleh setiap pemuda. Jiwa yang muda begitu bersemangat dan berkobar-kobar. Dan, pada titik inilah kita semua mengenal apakah itu perasaan cinta.


Inilah titik yang amat kritikal dalam dunia remaja. Sesiapa yang mampu melepas titik kritikal ini, maka beruntunglah mereka apabila dewasa. Sesiapa yang tewas, perjalanan mereka seterusnya dirasakan sukar sekali. Hanya iman dan ilmu di dada mampu menjadi teman terbaik dalam menempuh titik kritikal ini.


Tanpa iman dan ilmu, manusia mudah jatuh ke dalam perangkap keji nafsu. Nafsu memperlihatkan kepada mata segala kejahatan itu indah, dan segala kebaikan itu buruk. Nafsu juga mengawal hati untuk bertindak agar keperluan buasnya dipenuhi tanpa mengira soal halal dan haram dalam Islam.


Maka, kita tidak hairan, mengapa saban hari ada sahaja gadis yang sanggup membiarkan kehormatannya dirobek tanpa hak dengan kerelaannya. Usahlah kita terkejut beruk apabila melihat di mana-mana sahaja ada bayi yang ditinggalkan, buah daripada perbuatan zina.


Hanya satu sahaja langkah yang paling berkesan untuk menghukum nafsu kita, iaitu syariat. Syariat Islam datang membawa rahmat dan kemudahan kepada manusia. Syariat Islam datang menghapuskan sebarang musibah dan kesusahan yang menimpa manusia akibat kegagalan mengawal nafsu.


Bermula dari awal lagi, Allah SWT menyuruh remaja yang sudah memasuki tahap akil baligh, untuk menundukkan pandangan. Firman Allah SWT:


�Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).� (Surah An-Nur ayat 30)

Demikian juga, perintah Allah SWT ini juga tertakluk kepada para gadis dalam ayat yang seterusnya. Betapa bijaksananya Allah SWT, kerana Allah SWT Maha Mengetahui bahawa mata adalah suatu panahan beracun yang sangat berbahaya kepada manusia. Jika mata tidak dikawal, mata itu sendiri membawa bencana kepada manusia.


Di dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari menceritakan, dalam perjalanan Rasulullah SAW bersama Fadhl ibn �Abbas RA, seorang wanita telah melintasi mereka. Kerana anggun dan jelitanya wanita tersebut, mata Fadhl ibn �Abbas RA tidak berkelip-kelip menatap wanita itu. Rasulullah SAW yang menyedari hal itu terus memalingkan wajah Fadhl ke arah yang lain.


Bagi yang sudah tersasar dari jalan yang lurus, masih tidak terlambat untuk kalian meluruskan jalan yang ditempuhi. Bersihkanlah hati yang kian menghitam dengan syariat Allah SWT. Bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang mampu membimbing dan mengawal kita daripada tersasar untuk kali yang seterusnya. Sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada kita.


Juga, dalam keperluan kita mentarbiyah diri dengan syariat, wujudnya suatu golongan yang terumbang-ambing umpama kapal di tengah lautan. Dek kerana terlalu syadidnya cara mereka dalam mengawal diri daripada terjerumus ke lembah zina, menyebabkan segala urusan harian menjadi sukar. Semuanya disebabkan berlakunya ketidakjelasan dalam bab ikhtilat.


Sehingga kadang-kadang, disebabkan cara yang terlalu syadid ini, ramai di antara kita yang mengalami konflik perasaan. Mereka berada di tengah-tengah: antara memenuhi kehendak perasaan dengan membimbing perasaan (dengan cara yang terlalu keras). Akibatnya, ramai yang mengambil jalan untuk �melayan perasaan� mereka.


Kemunculan novel-novel dan cerpen-cerpen cinta memburukkan lagi keadaan ini. Mereka disuap dengan khayalan dan imaginasi seperti yang digambarkan dalam novel, tanpa diajar bahawa sebenarnya realiti bukanlah seperti yang digambarkan dalam novel. Akibatnya, mereka tewas dan menjadi kecewa apabila berhadapan dengan realiti yang sedikit lari daripada imaginasi novel.


Sedarlah, apa yang kalian baca hanyalah sekadar imaginasi pengarang. Bersikaplah realistik, dan pandanglah dunia realiti. Apa yang kalian nampak sebenarnya jauh lebih banyak berbanding apa yang digambarkan dalam kisah-kisah cinta.


Tidak salah membaca novel, tetapi dalam masa yang sama usahakanlah untuk mempelajari agama. Jika anda merasakan nafsu anda bergelora, sibukkanlah diri dengan urusan menuntut ilmu fardu ain dan fardu kifayah untuk mencapai cita-cita anda. Jika sudah tidak mampu, maka pilihlah jalan sunnah Nabi SAW, yakni bernikah, kerana dalam pernikahan adanya ketenangan.


Contohilah Rasulullah SAW, usia muda Baginda dihiasi dengan pekerjaan dan perniagaan. Contohilah �Abdullah ibn �Abbas RA, usia muda beliau dipenuhi dengan kegiatan menuntut ilmu pengetahuan. Contohilah Usamah bin Zaid, usia mudanya digunakan untuk menyahut seruan jihad. Mereka semua adalah ikon-ikon remaja yang realistik, bukannya utopia.


Dunia masih luas untuk kita terokai. Perjalanan kita masih jauh untuk tiba ke destinasinya, sedangkan usia kita semakin hari semakin memendek. Sedarlah, kewajipan dan kerja-kerja kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Mengapa perlu kita membazirkan masa melayan hawa nafsu yang tidak pernah kenyang?


Sama-samalah kita berdoa, memohon perlindungan Allah SWT daripada kejahatan hawa nafsu kita. Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon perlindungan dengan-Mu daripada ilmu yang tidak memberikan manfaat, daripada hati yang tidak khusyuk, daripada nafsu yang tidak pernah kenyang, dan daripada doa yang tidak Engkau dengari.



* Penulis ialah pelajar matrikulasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam aliran Sains Fizikal. 

Antara Kekasih dan Ibu Bapa

Antara Kekasih dan Ibu Bapa




Saya ada seorang kawan, namanya Ain (bukan nama sebenar) yang merupakan teman sebilik saya dan kami sekarang sedang mabuk bercinta dengan seorang lelaki, Asrul (buka nama sebenar). Dahulu saya dan Ain merupakan teman yang sangat rapat, tetapi sejak kehadiran Asrul, Ain sudah berubah dengan ketara. Saya sangat risaukan dia memandangkan pelajarannya sering diabaikan dan lebih banyak melayani teman lelakinya setiap hari.

Masa mereka lebih banyak dihabiskan bersama di luar tanpa mengulangkaji pelajaran. Di bilik pula, mereka akan saling membalas SMS sehingga lewat malam. Entah apa yang mereka bualkan saya tidak tahu, tetapi saya pasti bukan tentang pelajaran memandangkan Ain tidak memegang pen dan tiada buku padanya untuk mencatat.Ain pernah ceritakan pada saya bahawa dia tak mahu menghampakan ibu bapanya dalam pelajaran dan ingin berusaha bersungguh-sungguh. Sebelum ini dia memang seorang yang tekun. 

Namun, kehadiran Asrul telah mengubah sikapnya. Ain seolah-olah telah melupakan ibu bapanya dan hanya mendengar cakap teman lelakinya sahaja.Saya juga tidak senang dengan sikap si Asrul memandangkan dia merupakan seorang yang suka mengawal Ain. Ke mana sahaja Ain pergi, perlu memberitahunya walaupun sekadar ke tandas. Jika tidak, dia akan marah-marah sehinggakan sering terjadi pergaduhan antara mereka. Apabila hal ini terjadi, Ain seolah-olah terpukau dan akhirnya menurut sahaja kata-kata Asrul dan berbaik semula dengannya.

Saya telah nasihatkan Ain supaya tinggalkan Asrul. Malangnya, ketika Ain bertekad meninggalkannya, Asrul berpura-pura gila sehinggakan atas nama kemanusiaan Ain kembali padanya. Saya buntu. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan bapa Ain dan beliau telah melarang Ain bersama dengan Asrul. Tetapi, dalam diam Ain kembali kepada Asrul.


Assalamualaikum�.
Petikan di atas merupakan kisah benar yang terjadi kepada seorang pelajar di sebuah matrikulasi dan merupakan antara puluhan kisah benar yang telah diceritakan kepada penulis. Inilah hakikat pelajar sekarang tidak kira di sekolah rendah mahupun di universiti. Melihat kepada trend pelajar kini yang kebanyakannya semakin hanyut dalam percintaan, penulis ingin pembaca berfikir dan memilih, antara kekasih dan ibu bapa.

Seorang insan tidak akan wujud tanpa ibu dan bapa. Apabila kita dilahirkan ke dunia, kita dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang bersama harapan yang menggunung tinggi supaya kita menjadi insan yang berjaya suatu hari nanti. Ibu dan ayah berusaha sebaik mungkin agar kita mendapat pendidikan yang terbaik tanpa mereka kenal erti penat dan lelah. Bagi mereka, biarlah mereka penat asalkan anak mereka dapat menjadi seorang yang berjaya.

Malangnya, para pelajar sekarang kebanyakannya tidak lagi mengendahkan harapan ibu bapa mereka sedangkan ibu bapa lebih tahu yang terbaik untuk kita. Sebaliknya, mereka lebih selesa menikmati alam percintaan yang belum pasti arah tujunya. Jadi tidak hairanlah sekiranya berlaku sebagaimana yang terjadi dalam kes di atas. 

Benar bercinta mampu membuat kita berasa senang, terasa ringan beban yang ditanggung dan membuatkan kita bahagia. Tetapi para pelajar harus ingat, bahana bercinta membawa kesan yang jauh lebih besar jika fikirkan dengan sebaik-baiknya. Berikut merupakan sebab kenapa kita perlu memilih dan mentaati ibu bapa daripada mentaati kekasih:


1. Suruhan ALLAH S.W.T
Sesungguhnya, semua pembaca yang beragama Islam telah sedia maklum bahawa mentaati ibu bapa merupakan satu keutamaan yang besar kepada setiap umat Islam. Sesiapa sahaja yang melanggar perintah ibu bapa (selagi tidak melanggar perintah ALLAH) adalah dianggap telah menderhakai kedua orang tuanya. Oleh itu, sesiapa sahaja yang memilih kekasihnya boleh dikatakan tidak mentaati kedua ibu bapanya. Jadi, pembaca sekalian fikirlah sendiri, ibu bapa atau kekasih?


2. Merugikan diri sendiri
Kenapa merugikan diri sendiri? Mungkin ada yang mengatakan bahawa mempunyai pasangan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Tetapi pembaca perlu sedar bahawa sekadar mempunyai semangat, tidak cukup untuk membuatkan seseorang itu hebat dalam pelajaran. Untuk hebat dalam pelajaran, seseorang itu perlu bersungguh-sungguh dan memberi tumpuan sepenuhnya dalam pelajaran. Tetapi, benarkah seseorang yang sedang hangat bercinta mampu menumpukan sepenuh perhatiannya dalam pelajaran? Bagi penulis berdasarkan pengalaman sejak dari sekolah, telah ramai yang kecundang dan keputusan mereka tidaklah sehebat pelajar solo. Kenapa? 

Jawapannya mudah sahaja. Apabila sudah dilamun cinta, fikiran hanya memikirkan tentang kekasih hati sahaja tambahan lagi apabila mereka mengulangkaji pelajaran bersama. Hal ini masih terjadi kepada beberapa orang rakan penulis sehingga sekarang.Bercinta masih merugikan diri sendiri terutama sekali kepada golongan hawa. Kenapa? Cubalah fikir, adakah hubungan cinta yang dijalin itu terjamin untuk sampai ke jinjang pelamin. Jawapannya mudah. TIDAK! Jika orang yang telah berkahwin boleh bercerai, yang bertunang masih boleh putus, inikan pula pasangan yang masih belum mempunyai apa-apa ikatan. 

Bayangkan, jika anda (kaum hawa) telah melakukan hubungan terlarang, siapakah yang rugi? Lelaki, tidak rugi apa-apa bahkan yang paling rugi adalah anda. Jika anda telah mengandungkan anaknya hasil hubungan yang haram, apa yang akan terjadi kepada anda? Apabila berita anda mengandung anak luar nikah terheboh, pastinya keluarga anda dapat malu. Kesannya bertambah mendalam jika si lelaki tadi tidak mahu bertanggungjawab. Hal ini, rasanya tak perlu penulis terangkan dengan panjang lebar kerana penulis percaya mahasiswa mampu memikirkan kesan selanjutnya.

Bukan itu sahaja, kesannya turut melibatkan konteks yang lebih besar lagi. Apabila pelajaran terabai dan keputusan yang diperoleh tidak memuaskan, sudah tentu pekerjaan yang diperolehi jugak tidak akan memuaskan dan sudah pasti pendapatan juga kurang memuaskan. Cuba anda fikirkan, di masa hadapan nanti kos sara hidup semakin meningkat. Dengan pendapatan yang tidak seberapa, senangkah hidup anda?


3. Menghampirkan diri kepada zina
Benar! Perbuatan bercinta sebelum kahwin ini boleh menghampirkan diri kepada zina. Siapa yang tidak tahu? Tipulah kalau dia kata tidak tahu. Bagi orang Islam, zina merupakan satu dosa besar yang memberikan kesan yang lebih dahsyat dan amat dilarang mendekati zina. Bila dikatakan JANGAN MENDEKATI, maka bermaksud tidak boleh melakukan sebarang perkara yang membawa kepada zina. Hal ini termasuklah bercinta sebelum perkahwinan kerana orang yang bercinta ini sering berdua-duaan. Lambat laun, godaan syaitan pasti akan berjaya.

Penzinaan merupakan satu perbuatan yang hina dalam mata masyarakat. Sesiapa yang berzina akan disisihkan dari masyarakat dan mereka akan dipandang serong sebagai orang yang tidak berakhlak kerana zina bukanlah akhlak yang baik. Boleh dikatakan kita sekarang semakin menghampiri masyarakat jahiliah sebagaimana masyarakat Quraisy sebelum kedatangan Islam. Kenapa? Jika kita membaca berita yang dikeluarkan akhbar-akhbar tempatan sejak akhir-akhir ini, gejala pembuangan bayi semakin menjadi-jadi. Hampir setiap minggu, pasti ada bayi yang ditemui sama ada hidup atau mati.

Peningkatan kes ini menunjukkan bahawa keruntuhan akhlak dan moral menjadi semakin serius dan keruntuhan akhlak dan moral memberikan kesan yang lebih besar kepada negara. Negara akan kehilangan generasi muda yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Bukan itu sahaja, malah dengan berlakunya keruntuhan moral dan akhlak kadar jenayah akan meningkat dan perbalahan besar mungkin akan berlaku. Apabila hal ini terjadi, negara berada dalam keadaan kucar-kacir dan tiada lagi keharmonian.

Jadi, pilihan di tangan anda. Inginkan negara yang aman makmur harmoni, atau kucar-kacir? Inginkan pengukuhan institusi keluarga atau keruntuhannya? Ingin menjadi insan yang berakhlak atau tidak bermoral seperti masyarakat jahiliah? Kekasih, atau ibu bapa?

Universiti: Bukan kunci kebebasan [ Rindu Bau Pohon Tin, karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.]



Bukan Tempat Mencari Jantan
www.murabbi.net
Dihantar Oleh :shaari
Editor: KAKLONG


“Hasrizal!” pensyarah memanggil nama saya.

“Ya, saya!”
“Munawwar!” beliau terus mencatat kedatangan.

“Ya, saya,” balasa teman saya di sebelah.


Sudah menjadi rutin, di awal kelas, Dr. Mustafa Abu Zaid akan mencatat kehadiran pelajar. Satu demi satu nama dipanggil. Inilah bagusnya sistem di Jordan, kehadiran ke kelas adalah wajib. Enam atau empat kali ponteng, akan ‘diharamkan’ masuk ke kelas.


Malas macam mana sekalipun, sistem pengajian di Jordan akan memaksa pelajar supaya lebih berdisiplin. Mana mungkin boleh menjadi thalib al-ilm, jika proses pengajian di kelas jadi sampingan.

Semester ini kami mengambil subjek Aqidah III bersama Dr. Mustafa Abu Zaid.


GANGGUAN

Tiba-tiba, “PANGGG!” teperanjat kami sekelas dibuatnya. Dr. Mustafa Abu Zaid menghempas failnya di atas meja.


“Siapa yang pakai minyak wangi tadi?”
 bentak beliau.


Rupa-rupanya ada dua orang pelajar perempuan yang baru masuk ke kelas. Mereka memakai minyak wangi yang agak kuat baunya hingga dikesan Dr. Mustafa.


“Allah! Habislah kita hari ni,”
 bisik saya kepada Munawwar di sebelah.


Memang menjadi suatu pantang yang amat sangat bagi Dr. Mustafa Abu Zaid jika ada pelajar perempuan yang bertabarruj (berhias) ke kelas. 


Apatah lagi minyak wangi, oleh pelajar Syariah.

Beliau memetik hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Apabila seorang perempuan memakai minyak wangi dan kemudian melintasi sekumpulan manusia dengan maksud untuk mereka itu menghidu wanginya, maka perempuan itu adalah penzina. Dan setiap mata itu adalah penzina jua.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie, Ibn Khuzaimah dan Ibn Hibban)

“Universiti adalah tempat kamu mencari ilmu, bukan mencari jantan. Kalau mahu mencari jantan, berambus ke pasar,” marah benar Dr. Mustafa Abu Zaid pagi itu.


Beliau amat sedih dengan gelagat pelajar di universiti. Jordan, terutamanya di kawasan pedalaman seperti di pekan Mu’tah, umumnya masih terjaga. Apatah lagi universiti kami ini terletak bersebelahan dengan Medan Mu’tah, tempat berlakunya pertempuran tentera Islam hingga menumpahkan darah syuhada seperti Jaafar bin Abi Thalib, Zaid ibn Harithah dan Abdullah ibn Rawahah, radhiallahu ‘anhum ajma’en.


Lantaran itu, kerenah pelajar di universiti amat menyedihkan. Pergaulan bebas dengan pakaian yang menjolok mata, amat mengganggu pemandangan.


“Kuliah Syariah pula diletakkan jauh di belakang. Untuk ke kelas, terpaksa menempuh Fakulti Undang-undang, Sains dan Kejuruteraan. Di rumah hafal satu surah, sampai fakulti, lupa sepuluh surah!” 
bisik saya kepada Munawwar.


“Universiti ini amat buruk kelakuan pelajarnya. Tetapi saya tidak boleh terima jika pelajar Syariah pun sama. Tidak boleh memakai minyak wangi untuk menarik perhatian atau hingga menarik perhatian. Itu perlakuan zina. Kamu balik rumah dan mandi wajib. . . kamu tahu Nabi Muhammad SAW pernah memberi amaran begitu?” Dr. Mustafa meneruskan tegurannya.


Sok. . . sek. . . sok. . . sek!



Kami mendengar bunyi tangisan seorang pelajar perempuan di bahagian belakang kelas. Tidak berani untuk menoleh ke belakang.


“Kalau takut busuk, jaga kebersihan. Bukan dengan berwangi-wangian. Sudah, hari ini tiada kelas. Kita ganti semula kemudian. Saya tidak boleh mengajar dalam keadaan seperti ini. Bersurai semua,”
 tegas Dr. Mustafa.

Aduh! Rugi satu kelas.


“Hah, apa lagi? Bangun!” 
Dr. Mustafa menyergah kami, pelajar lelaki yang masih tercegat di bangku masing-masing.


Sebenarnya, kami terus duduk kerana mahu mengesan siapakah pelajar perempuan yang dimarahi tadi. Tetapi Dr. Mustafa lebih cepat mengecam ‘niat jahat’ kami lalu menghalau semua pelajar lelaki agar terlebih dahulu meninggalkan bilik kuliah. Kami segera bangun hingga ada yang tercicir pen di lantai.


KEBEBASAN

Universiti ialah ‘gelanggang merdeka’ untuk pelajar-pelajar bebas dari peraturan. Tiada lagi ibu bapa, tiada lagi pengawas yang menjadi ‘kaki retot’ di sekolah. Tiada lagi warden untuk menyergah asrama. Kebebasan itulah yang menjahanamkan jati diri kebanyakan pelajar.


Seperti layang-layang yang memutuskan tali. Alasannya mahu terbang tinggi, rupa-rupanya sesat dirempuh taufan sampai jatuh binasa ke bumi.


Hingga ramai yang terlupa bahawa universiti tempat mencari ilmu, bukan jantan bukan betina!


Al-jaami’ah, wa maa adraaka maa al-Jami’ah! (Universiti! Apa yang engkau tahu tentang universiti!)


Sumber:
Dipetik dari Travelog Tarbiah, Rindu Bau Pohon Tin, karya Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.

Tanda-tanda hari akhir di dalam Al Qur’an

Tanda-tanda hari akhir di dalam Al Qur’an



Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu, melainkan hari kiamat (yaitu) yang datang kepada mereka dengan tiba-tiba, karena sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesadaran mereka itu apabila hari Kiamat sudah datang? (QS Muhammad: 18)

Allah berfirman dalam Al Qur’an bahwa tidak diragukan lagi bahwa Hari Akhir itu sudah dekat. 

Dan sesungguhnya hari kiamat itu pastilah datang, tak ada keraguan padanya ... (QS Al Hajj: 7) 

Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya, melainkan dengan benar. Dan sesungguhnya saat (kiamat) itu pasti akan datang, maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik (QS Al Hijr: 85)

TTelah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan. (QS Al Qamar: 1)

Tanda-tanda yang terjadi setelah tanda yang lain seperti butiran manik-manik sebuah kalung yang jatuh satu per satu ketika talinya putus. (HR Tirmidzi)

Rasulullah SAW bersabda, “Al Harj (akan meningkat)”’ Mereka bertanya, “Apakah Al Harj itu?” Beliau menjawab, “(Yaitu) pembunuhan (saling membunuh), (yaitu) saling membunuh (pembunuhan).” (HR Bukhari)
Hari Kiamat (As Sa’ah) akan tiba ketika kekerasan, pertumpahan darah, dan kekacauan akan menjadi suatu yang lazim (HR Al-Muttaqi al-Hindi, Muntakhab Kanzul Ummaal)

Dunia ini tidak akan menemui akhirnya, hingga suatu hari akan datang pada manusia, pada hari itu akan ada pembunuhan massal dan pertumpahan darah. (Muslim)

Berbagai kota besar akan dihancurkan dan hal ini akan terjadi seolah-olah kota-kota itu tidak pernah ada sebelumnya. (Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman)

As Sa’ah (Hari Akhir) tidak akan terjadi hingga ... gempa bumi akan sangat sering terjadi (HR Bukhari)

Ada dua hadits besar sebelum hari hisab ... dan kemudian tahun-tahun penuh gempa bumi (Diriwayatkan oleh Ummu Salamah RA.)

Orang-orang miskin akan meningkat jumlahnya. (Amal Al-Din Al-Qazwini, Mufid Al-'ulum Wa-mubid Al-humum)

Kekayaan beredar hanya di antara orang-orang kaya, tanpa manfaat bagi orang-orang miskin. (HR Tirmidzi)

Hari Kiamat (As Sa’ah) akan datang ketika perzinaan tersebar luas (Al-Haythami, Kitab al-Fitan)

Hari Akhir tidak akan datang hingga mereka (orang-orang jahat) melakukan perzinaan di jalan-jalan (jalan-jalan umum). (Ibn Hibban and Bazzar)

Pria akan meniru perilaku wanita; dan wanita akan meniru perilaku pria. (Allama Jalaluddin Suyuti, Durre-Mansoor)

Orang-orang akan menyenangi perbuatan homoseksual dan lesbianisme. (Al-Muttaqi al-Hindi, Muntakhab Kanzul Ummaal)

Hubungan seksual tidak sah secara terbuka akan marak. (HR Bukhari) 

Hari Akhir itu tidak akan datang hingga angka pembunuhan meningkat. (HR Bukhari)

Menjelang datangnya Hari Akhir akan ada hari-hari ketika pengetahuan (agama) akan dicabut (lenyap) dan kejahiliyahan secara umum akan meluas.... (HR Bukhari)

Akan ada suatu ujian kegelapan kecil yang akan menimpa setiap orang di suatu masyarakat, dan kemudian ketika orang menganggap ujian itu telah berakhir, ujian itu akan terjadi terus-menerus. Selama itu seorang manusia bisa jadi adalah seorang mukmin di pagi hari dan menjadi seorang kafir di sore hari. (HR Abu Daud).

Akan datang suatu waktu pada umat ketika orang akan membaca Al Qur'an, tetapi tidak akan lebih jauh dari tenggorokan (tidak masuk ke dalam hati mereka) (HR Bukhari)

Sebelum Hari Akhir akan ada kekisruhan seperti potongan malam yang gelap, ketika seorang manusia akan menjadi seorang beriman di pagi hari dan seorang kafir di sore hari, atau seorang beriman di sore hari dan kafir di pagi hari (HR Abu Daud)

Suatu waktu akan datang, ketika seorang manusia tidak akan peduli bagaimana mereka mendapatkan sesuatu, halal atau haram. (HR Bukhari)

Akan muncul pada hari akhir seseorang yang akan memperoleh keuntungan dunia dengan menjual agama. (HR Tirmidzi)

Hari Akhir tidak akan datang hingga tersisa orang-orang yang tidak mengetahui kebajikan dan tidak pernah mencegah kejahatan (HR Ahmad)

Hari Akhir tidak akan datang sebelum Allah mengambil agama-Nya dari manusia di bumi, tidak meninggalkan seorang pun di atas bumi ini selain orang-orang kafir yang tidak mengenal perbuatan yang benar atau menolak perbuatan yang salah. (Diriwayatkan oleh Abdullah ibn 'Amr bin ‘Ash)
 
Hari akhir tidak akan datang sebelum datangnya tiga puluh Dajjal, masing-masing mengaku dirinya sebagai seorang utusan Allah. (HR Abu Daud)