banner

banner

Tuesday, March 8, 2011

~Gerimis dalam hati Tidak terungkai~

Assalamualaikum..
da lame xupdate blog ni..haisy..mcm2 cerita bce..(^_^)

arini nk cte pe lak ea..hee
hm..susah kan nk berubah ni..hm...
perlukan mental yg kuat dan tawadhuk..
kene ada kekuatan dalam diri untuk menangkis 
godaan yang dtang ke dalam diri..
hm..dugaan dunia ni sgtla besar...
berharap sgt sesiapa yg terasa diri da mula hanyut tu,
kembali la ke pangkal jalan..
di mana diri anda yang tunduk merendah diri kepada Allah?
mana hilangnya tawadhuk dalam beribadah kepadaNya?
iman itu ada turun naiknya..
kene selalu ditambah dan diteruskan..
bila diri da berbuat dosa,
titik2 hitam akan mula memenuhi hatimu...
dan mulalah hatimu menjadi keras...
tiada lagi cahaya dariNya yg menyinari hidupmu..
tinggallah kamu di dalam kesesatan...

 Firman Allah: "Maka, pernahkah kamu melihat orang yang telah menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya." (Surah al-Jatsiyah: 23)

mulalah berubah dari sekarang kerana mati akan datang menjemputmu 
xkira masa dan ketika...
mulakan langkah pertama..
sehingga kamu mencintai Allah pencipta alam...

"Allah SWT bukan sahaja menguji cinta kita kepadanya tapi cinta kita kepada-Nya. Pulihkan cinta kalian kepada-Nya, demi cinta kalian kepadanya. "

"Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: ya Tuhan kami sesungguhnya tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksa neraka". (Surah Ali-Imran ayat 191)
"Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah sahajalah hati akan menjadi tenteram".(Surah Ar-Ra'd ayat 28)
Cintailah Allah terlebih dahulu sebelum anda MENCINTAI hambanya yang lain, 
kerana jika engkau dapat CintaNya, 
Engkau akan berbahagia dengan Cinta hambanya....


No comments:

Post a Comment