banner

banner

Tuesday, March 15, 2011

...Perempuan memang tidak guna...



Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi

yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu,

eloklah dahulu bertenang dang baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.

Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, sila betulkan saya.


1.Perempuan itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang

kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai

oleh perempuan jalang.


2. Perempuan memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililit kan pada kakinya.

Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian

orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia

telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur.


3. Perempuan memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini

mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.

Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia)

yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat

ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang

keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi

bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.


4. Perempuan memang tidak guna kata-kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja

yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.Lelaki atau

perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @jahat, adalah seperti

sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang

baik dan buruk dinyatakan dengan jelasdalam ayat 24-26 surah Ibrahim.


5. Perempuan tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya

atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keaiban saudaranya. Dia tahu bahawa

sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan

daging saudaranya sendiri. Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?

Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12. surah al-Hujurat.


6. Perempuan memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya

sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya.Sememangnya ia menjadi tatapan mata

lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti

melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk

di bahagian dadanya.Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam

ayat 59 al-Ahzab.Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi

peringatan untuk isteri dan anak-anaknya.


7. Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki.

Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan

biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya.

Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika auratmaka Allah tidak akan menjadikan

perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk

menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap

dengangaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya)dicatat

dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"?.Maka janganlah kamu

tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan

ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk'di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap

yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka.

"Penyakit dlm hati"adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang

dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.


8. Perempuan memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan

di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek(tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita

muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti

dipersembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up

secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek.

Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu.

Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah ygtidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak

pakai lipstick sahaja?


9. Perempuan tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang

digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini,

akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain.

Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan

menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan

rapi di dlam sangkar,dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka

demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna

dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara

yang terbaik.


No comments:

Post a Comment