banner

banner

Sunday, November 13, 2011

Diari Hati Seorang Muslimah

Bismillahirrahmannirrahim~


"Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)

Setiap umat manusia yang beriman pasti inginkan pasangan yang soleh dan solehah. Tapi bagaimana cara untuk kita melangkah mendapatkannya??

“Untuk dapat isteri solehah, jadilah diri itu seorang calon suami yang soleh.” Boleh memilih, pilih jalan yang terbaik. Hehe! “Cuba cari ciri² seorang suami yang soleh… dan bina semua ciri² itu pada diri kita. Muhasabah diri soal hati adakah ikhlas kerana Allah bukan semata² untuk memiliki CINTA SOLEHAH tapi ikhlas kerana Allah… Ukur iman dan Takwa “. Cara ini lebih mudah dari kita berusaha mengukur iman dan takwa orang lain… .

" Jika kamu inginkan kejayaan di DUNIA, hendaklah dengan ILMU,,.. jika kamu inginkan kejayaan di AKHIRAT,hendaklah dengan ILMU..dan jika inginkan kejayaan pada kedua duanya.. hendaklah juga dengan ILMU." - Imam Syafi'e..

Seperti orang lain saya juga mahu seoramg suami yang soleh dan dapat membimbing saya dan keluarga ke jalan syurga sakinah. Biarlah perjalanan mencari sebelah hati saya ini dilakukan dengan tertib dan tidak tergesa- gesa. Siapa tidak mahu mendirikan baitul sakinah? mempunyai keluarga yang bahagia. Mungkin masanya belum tiba kerana Allah lebih tahu akan perjalanan takdir saya. Masih belum dibukakan hati ini olehNya untuk menerima kamu. Bersabarlah kerana ia pasti akan membawa hikmah. Tidak lari gunung dikejar, jika benar kamu jodohku pasti akan ketemu.
''Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan; manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.''
~ Mahatma Ghandi~
 
  • Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua..
  • Apabila kamu berkata, ‘ Aku Cinta Padamu’, maka tunaikanlah.
  • Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
  • Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri;
2. Rasa hormat kepada orang lain;
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
 
 
I ♥ ALLAH..

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya…
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa…


Tolong nasihati si dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa…
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa…
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan kedua ibu bapanya…


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga…
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya…


Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa…
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta…
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya…


Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia…
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya…
Tolong tegur si dia, bila nafsu mengawal fikirannya…
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Esa…
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga…
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya…


Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita belum terlaksana…
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta…
Tolong sabarkan si dia, bina jarak menjadi penyebab bertambah rindunya…


Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya…
Tolong pesan kepadanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya…
Tolong pesan kepadanya, aku membiarkan Yang Maha Esa menjaga dirinya…


Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia…
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya…
Tolong khabarkan pada si dia, aku sentiasa mendoakan kejayaannya…


Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga…
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya…
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang MahaKuasa…
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…
Kerana aku bukanlah mawar yang berdaun biasa....


No comments:

Post a Comment