banner

banner

Friday, December 9, 2011

Mother, buat Ibuku yang ku sayangi..

td lpas cuci kain i g jemur kain.. so ada la mcik clener.. dia tnya "cuci tgn ke?" ckp ya mcik cuci mesin tak bersih(aq da hbis syiling). mck tu tnya asal mana i ckp sabah. dia tnya lg "ambik kos ape" i ckp btmm.. dia ckp anak dia pun U jgk.. UITM pulau pinang..i ckp oooo napa ambek jauh2.. mcik tu ckp saje je.. mcik tu trus kn.. tiap buln mcik bg duit kat die.. mcik blikn henpon, laptop,.. i tnya... gji mcik brp dia jawab 600 jer.. lpas tu dia truskn lpas pcik da mninggal mcik la sara kuarga mcik, mcik ada sorang anak ni je pompuan.. apa dia nak smua mcik bgi.. mcik bgtau dia mcik kerja kerani gaji RM1000.. i ckp napa mcik ckp kerje kerani? mcik tu jawab sbb nnt anak dia malu dia kerje clener.. lpas tu perckpnya berubah sprt suara sebak dia ckp dia tak nak anak die susah.. mcik nak dia senaaangg jer.. mcik perna mkn meggy sebuln tuk kumpul duit blikn dia laptop.. mcik nak dia seeennaaaaaaaang jer itu jer.. harap anak die anak yg baik... kpd anak2 d luar sana ambik ini sbgi iktibar.. pngorbanan sang ibu tuk anak die tp apa blasan kite ngan mereka???? makian?? herdikan?? keluhan?? pikir2 kan la..

Kasih ibu membawa ke syurga..
Selalu kita mendengar ayat ini bukan?
Bagaimana pula dengan lagu yang didendangkan oleh P.Ramlee ini?
Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempat menyatakan kasih
Wahai ibu

Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyniari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air lalu

Ibu ibu
Engkaulah ratu hatiku
Tempatku menyerahkan kasih
Wahai ibu
Pengorbanan ibu kepada kita sangat lah tidak ternilai, membelai kita sedari kecil, dari sekecil tapak tangan sehingga menjadi dewasa,memerah keringat demi memberi kesenangan kepada anak- anaknya.
 
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”[1]

Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam meminta pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
 
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?
 
Jahimah menjawab: “Ya.
 
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.”[2]
 
 
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya.[3] 

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. [al-Ahqaf 46:15]

Sayangilah ibu anda sewaktu beliau masih hidup kerana dengan itu kita dapat berbakti kepada ibu kita. Jika ibu anda sudah kembali kepadaNya, sedekahkan la Al- Fatihah, dan beramal baiklah kamu kerana doa anak yang soleh akan dapat menyelamatkan ibu kamu dari seksa api neraka.  
Wallahualam.
  • Al- Fatihah buat arwah ibuku, moga dikau tergolong dikalangan orang- orang yang beriman. Aminn..
 

No comments:

Post a Comment