banner

banner

Saturday, December 3, 2011

Ya Aasyura!


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya:
  • pahala 10,000 malaikat dan 
  • sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 
  • 10,000 pahala orang mati syahid, dan 
  • barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. 
  • Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat.
Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."
 
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". 

Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, 
  • menjadikan laut pada hari Aasyura,
  • menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, 
  • menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, 
  • lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan
  • Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura,
  • Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, 
  • menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, 
  • Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, 
  • Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, 
  • Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan 
  • akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".








   
   

No comments:

Post a Comment