banner

banner

Thursday, December 6, 2012

Sunnah Memberi Salam


Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda : “Manusia yang terdekat dengan Allah S.W.T ialah mereka yang memulakan memberi salam.” (Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w pernah ditanya apakah amakan yang terbaik dalam Islam. Baginda bersabda : “Memberi makan kepada yang lapar dan memberi salam kepada orang yang kamu kenali dan yang tidak kamu kenali.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Imran Ibn Hussain meriwayatkan dari hadith yang disusun oleh Abu Daud dan At Tirmidzi: Pernah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w lalu mengucapkan kepadanya ‘Assalaamu’alaikum’. Salamnya dijawab dan ia pun duduk, lalu Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Sepuluh’. Sebentar kemudian, datang pula lelaki lain kepadanya lalu mengucapkan, ‘Assalaamu’alaikum warahmatullaah’. Rasulullah SAW menjawab salamnya itu sementara ia duduk, lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Dua puluh’. Akhirnya, datang seorang lelaki sambil mengucapkan ‘Assalaamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh’, lalu Rasullullah SAW menjawab salamnya, maka ia pun duduk. Rasulullah SAW bersabda: ‘Tiga puluh kebajikan (pahala). (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)
Marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan salam agar ikatan ukhuwah kita akan terus kuat lebih-lebih lagi kita sebagai kakitangan UTeM merupakan satu keluarga yang besar yang patut saling kenal mengenali antara satu sama lain selain kita dapat mengejar ganjaran yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita serta mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA


Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku. [al-zariyat: 56]
Allah S.W.T. Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang terhadap hamba-hamba-Nya. Dia tidak menciptakan makhluk-Nya dengan sia-sia dan tiada manfaatnya. Malah Allah yang Maha Bijaksana tidak membiarkan mereka dalam keadaan terkapai-kapai tanpa pedoman dan panduan, terbiar tanpa pengisian dan amalan.
Bahkan dengan rahmat dan kurniaan nikmat-Nya yang tidak terhingga kepada manusia, Allah s.w.t. dan Rasul-Nya menunjukkan jalan-jalan ibadat dan ketaatan, begitu juga pintu-pintu kebaikan dan kebajikan untuk diamalkan sesuai dengan falsafah sebenar penciptaan jin dan manusia seperti ayat di atas. Salah satu ibadat sunat yang dianjurkan ialah solat sunat Dhuha.
Solat Dhuha bermaksud solat sunat yang dikerjakan pada waktu dhuha, iaitu pada saat matahari telah naik lebih kurang setinggi sebatang lembing atau galah (kira-kira jam 20 minit selepas terbit matahari atau lebih) hinggalah matahari berada tepat di tengah-tengah langit (sebelum menjelang Zuhur).
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya. Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang. [Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi]
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.
“Menurut mazhab jumhur ulama iaitu Imam Malik, Syafie dan Ahmad, solat ini hukumnya sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) sedangkan Imam Abu Hanifah hanya memandangnya sebagai suatu amalan sunat biasa.
Kelebihan
Setiap amalan kebajikan pasti memperoleh ganjaran setimpal daripada Allah s.w.t.. Pun begitu, ia mestilah dilengkapi dua syarat utama iaitu ikhlas dan menepati syariat. Setiap ibadat yang disyariatkan juga pasti tersirat hikmah dan fadilat yang tersendiri. “Namun demikian, terdapat nas-nas hadis nabawi yang menggesa umatnya melakukan amalan solat sunat Dhuha dengan disebutkan fadilatnya bagi menambahkan semangat dan keinginan untuk melakukan amalan mulia ini.
“Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah. Semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha. [HR : Muslim]
Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.
Hakikatnya, umat Islam perlu memahami kedudukan solat ini adalah :
1)      Sebaik-baiknya, ia dilakukan di rumah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna. Jadi, jika di tempat bekerja, lakukan dengan menggunakan masa yang sebaik mungkin.
 
2)      Sifat solat ini ringkas dan mudah dilaksanakan di mana-mana tempat (baik di surau atau bilik sendiri). Masanya pula hanya mengambil masa empat hingga lima minit. Jadi, apalah salah kalau ia dibudayakan.
 
3)      Pada dasarnya ia adalah sunat hukumnya malah Baginda jua tidak melaksanakannya dalam bentuk yang konsisten.
Hal ini diterangkan oleh Aishah: Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w. mendirikan sembahyang sunat Dhuha. Sesungguhnya aku mendirikan sembahyang Dhuha walaupun Rasulullah meninggalkannya. Tetapi pada hakikatnya Baginda suka melakukannya, ini adalah kerana Baginda bimbang jika selalu mengamalkannya, orang ramai akan mewajibkan ke atas diri mereka. [HR : Muslim]
Bilangan rakaat
Yang masyhur di kalangan para ulama adalah paling minimum dua rakaat sahaja dan bilangan yang maksimum adalah lapan rakaat. Cuma terdapat juga pendapat sebilangan ulama yang mencadangkan bilangan yang paling afdal iaitu empat rakaat (dilakukan secara dua kali salam).
Ini bersandarkan hadis Aishah menjelaskan bahawa Nabi melakukannya sebanyak empat rakaat. Begitu juga hadis Qudsi yang disampaikan oleh Nu’aim yang bermaksud: Wahai anak Adam! Usahlah dikau lemah daripada mengerjakan empat rakaat Dhuha. Demikian itu pasti melengkapi kebajikan genap satu hari yang dikau jalani. [HR: Imam Abu Daud dengan sanad yang sahih]
Ada riwayat lain menyatakan solat Dhuha berjumlah enam rakaat (tiga kali salam) seperti hadis Nabi yang disebutkan oleh Jabir bin Abdullah. [HR: Imam al-Tabarani]
Dalam pada itu, ada juga riwayat yang dirakamkan oleh Anas bin Malik menjelaskan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Barang siapa yang menunaikan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat maka nescaya Allah s.w.t. akan membina sebuah mahligai di dalam syurga kelak. [HR : al-Tirmizi]
Ayuh, marilah sama-sama kita tunaikan solat sunat Dhuha  yang sangat di tuntut dalam agama kita ini, mudah-mudahan amal yang buat berterusan ini mendapat keberkatan dan keredhaan daripadaNya.


Monday, December 3, 2012

Wearing a khemah??

video

 Would you agree to this theory? I do =)

               

Monday, November 12, 2012

manisnye!

sweetness hanya akan dapat dirasa bila hati sudah terikat..
bila sudah hadirnya kasih di dalam hati..
sweetness bukan suatu yang boleh dibuat-buat dan dipaksa-paksakan bukan?
hehe maaflah yer lately lukisan banyak yang jiwang..
Sebarkan Cinta Tuhan kepada seluruh jiwa yang sedang sakit dan gersang. Nanti jiwa itu akan tumbuh dengan subur dan menghasilkan buah-buahan amal yang sedap dimakan. nyum nyum..

Kita berkawan ni untuk apa?


Salam wbt.
Dalam berkawan dan bersahabat,
Ada 1 mende yang perlu kita luruskan.
iaitu hati kita.
Kalau kita berkawan,
Biarlah semata-mata kerana Allah,
Tanak kawan kita buat dosa,
Nak kawan kita jadi orang bertaqwa dan lain-lain.
Berfikirlah dengan cara fikir seorang hamba..iaitu..
"Berfikir untuk memberi, untuk berkorban, untuk berinfaq, untuk berbakti,"
"Bukan berfikir untuk memperoleh sesuatu, untuk dilayan sebaiknya, untuk itu dan untuk ini."
Sebab itulah ada sesetengah orang bila berkawan, dia hanya tahu
nak cari untung sahaja. Ada kepentingan barulah dia cari kawan dia.
Orang seperti ini hanya akan rugi dan akan rugi.
Kalau kita asyik harap sesuatu dari persabahatan juga, kita akan naik gila dan tak puas hati.
Kerja kita sebagai hamba Allah memang kena memberi,
Kemudian bila Allah nak bagi, terpulang kepada Allah.
Allah boleh bagi ramai manusia sayangkan kita,
Allah boleh bagi ada orang ambil berat tentang kita,
Allah boleh bagi macam-macam..
Jadi apa yang perlu dirisaukan bila kita dah buat bahagian kita.
Bahagian Allah, Allah lah yang sempurnakan.
Betul tak?
 
 http://kangensyurga.blogspot.com/2012/10/kita-berkawan-ni-untuk-apa.html

Wednesday, November 7, 2012

Buah Hati Baru ::Kungu::

Kungu ni bru je bli kt pasar tani UTC..murah je pokok cactus ni..
igt nk cari yang wane-wani tu..tp xdela plak..xpela..ni pn jadila..huhu...
sape2 yg nk bli pokok cactus ni bole la beli dekat Pasar Tani UTC Melaka..hee =)

Nape nama dia kuning? hehe..sebab nanti dia akan kuarkan bunga wane kuning or kecoklatan..
xsabar nk tunggu..hee^^

Nama dia ungu pula sebab nti bunga dia akan brwarna ungu.. can't waitt!!!


setia suami or setia BF, mne lg pnting?


Suatu malam 500 meter dari 7-Eleven. Kelihatan dua gadis tengah berbicara. Situasi nampak tegang.

Anis: "Kenapa Tuhan tak ambil je nyawa aku! Biarlah aku mati dilanggar keretapi dari terseksa hati begini. Sampai hati bf sendiri curang depan mata dengan awek lain! Siap pegang tangan lagi! Aku tengok sendiri kegiatan tidak bermoral beliau ittewww!"

Farah: "Astaghfirullahaladzim. Istighfar Anis. Dia bf je. Bukan suami. Lantaklah dia nak buat apa. Nanti dia dapatlah balasannya tu. Suami yang baik, dia ada ciri-ciri setia. Ko patut bersyukur Allah dah tunjuk awal-awal dia tu tak layak jadi suami."


Anis: "Tapi aku sayang dia dowh!"

Farah: "Tu bukan sayang kalau sampai nak mati. Sayang bukan boleh bawak sampai mati pun. Ilmu bermanfaat, sedekah jariah dan anak-anak yang soleh solehah. Itu je yang boleh."

Anis: "Argh. Boleh tak kalo tak bagi tazkirah time-time aku memerlukan macam ni?! Stress tahu tak!"

Farah: "Iya, maafkan aku. Cuma aku nak bagitau ko, Rasulullah SAW ada pesan jangan sesekali mendoakan sesuatu yang tidak baik pada diri sendiri, anak-anak atau harta kita. Kerana apabila doa itu diucapkan tepat pada waktu Allah sedang menerima doa, maka dikabulkan doa itu."

Pang! Penampar hingga di muka Farah.

Anis: "Ohh! Maksudnya, ko nak aku mampus la ni! Aku tengah panas ni. Asyik nak tazkirah je. Aku cari BFF lain je lah! Kita putus kawan! Ko pun sama, suka kat BF aku gak sebab dia ensem kan?! Aku tahu ko pernah hantar mesej dekat dia dulu! Ko pun sama je jahat!(emo)"

Farah: "Anis!"


Anis terus berlari meninggalkan Farah. Berlari dan terus berlari. Sampai di gate keretapi yang ditutup, dia teruskan juga larian. Semboyan keretapi kuat berbunyi.

Suasana bingit seketika. Hanya kedengaran bunyi bising roda keretapi bergesel-gesel berat dengan landasan besi. Hingga akhirnya keretapi tersebut sampai di stesennya.

Kelihatan tangan manusia berada di tengah-tengah landasan. Dua kaki lagi tercampak beberapa puluh meter dari landasan.

Mungkin mereka tidak sedar, tatkala kata-kata persis doa tadi diucapkan, waktu itu baru sahaja selesai azan Isyak. Belum pun dilaungkan Iqamah. Doa antara azan dan iqamah tidak akan tertolak.

Tuesday, November 6, 2012

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita

                                                 13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyik

an – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

)5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Monday, November 5, 2012

Apakah hukum perbuatan perempuan ini?

1. Perempuan yang jahat mulutnya dan perbuatan atas suaminya.
Terlalu banyak komplen. Ada sahaja yang tidak kena.

" Abang ni pun satu, beli ikan kecil-kecil sangat. Belilah yang besar sikit. Susah nak siang. " komplen Lisa pada Zack. Esoknya..

" Abang ni, beli ikan besar sangat, gelilah nak makan." Komplen Lisa lagi. Ada sahaja yang tidak kena pada Zack, suaminya.

Suka memburuk2an suami dibelakang suami samada kpd ibu bapa, sedara mara atau kawan2nya.

Curang pada suami.

Ketika suami tiada di rumah kerana pergi kursus, balik kampung, maka si isteri mengambil peluang dengan membawa lelaki lain masuk ke dalam rumahnya. Si isteri membuat perkara haram atau bergayut atau berchatting dgn lelaki lain.
Menyakitkan hati suami dengan mengungkit segala kekurangan suami setiap hari.

" Sedarlah diri awak tu, kos perkahwinan pun saya yang keluarkan. Nak harapkan awak dan keluarga awak, tak merasalah hidup senang seperti sekarang ni tau." sehingga suaminya tidak terkata apa-apa.

2. Perempuan yang membuat suaminya barang yang tidak mampu (memperbodohkan suami, memaksa suami membuat perkara yang di luar kemampuan suami).

Menggunakan ilmu hitam agar suami patuh dan ikut segala kemahuan isteri.

" Itulah engkau, kalau dari dahulu, kau dengar cakap aku, beri suami kau makan nasi kangkang, sudah tentu sekarang ni kau tidak dimadukan. "

Memaksa suami untuk membeli sesuatu di luar kemampuannya atau suaminya mampu tapi suami minta tangguhkan dulu sebab ada perkara lain yg lebih perlu.

" Abang, saya tak tahu, raya nanti saya nak kereta. "

" Abang mana mampu yang. Yang tahukan, hutang kereta yang ada ni pun belum habis pembayarannya. "

" Itu saya tak tahu. Yang saya tahu, saya nak kereta, saya nak kereta."

3. Perempuan yang tidak mahu menutup aurat. Yang memakai perhiasan untuk tujuan bermegah-megah.

" Amboi, cantiknya isteri abang. Bila bergaya nak keluar rumah, mengalahkan artis nak ambil award."

" Mestilah, bila orang tanya, isteri siapa yang cantik, bergaya, rambut ikal mayang tu..ha..abang juga yang akan dapat namakan. "

" Iya tak ya juga. Bangga abang ada isteri cantik macam kamu ni."

4. Perempuan yang tiada cita-cita melainkan makan, minum dan tidur.

Di suruh solat, tak nak. Di suruh berpuasa, tak nak. Di suruh belajar membaca Quran tak nak. Di suruh bertudung, tak nak. Apatah lagi hendak menutup aurat. Hidupnya hanya untuk bergembira dan berseronok. Hari-harinya di habiskan dengan berseronok, makan, minum dan tidur.

-[Al-Muhd Izzat]-

petua nk kaya


"Baru balik dari makan malam bersama kawan saya di rumah seorang multimillionaire.

Dia ada macam2 kelulusan. Medicine, engineering and law. Oxford and cambridge. MasyaAllah. Menjadi lecturer di Dubai. Gaji AED100K bersih sebulan. Tua hanya 2 tahun dari mak saya.

Berketurunan bangsawan kesultanan Brunei. Suaminya bekerja di Qatar. 2 minggu di offshore, 2 minggu di darat. Hidup mewah kaya raya Alhamdulillah. Jadi, saya sebagai orang yang curious mestila bertanya, apa rahsia rezeki bertambah kaya raya setiap hari?


1. Sembahyang. Solat tahajud setiap malam. One to one dengan Allah pukul 2,3,4 pagi. Minta lah apa sahaja Allah kabulkan masa tu. Urusan kita pagi tu nanti smoooooth je~
2. Kemudian bangun solat Subuh. Pintu rezeki akan dibuka seluas2nya.
3. Sebelum keluar rumah, solat dua rakaat. Nanti Allah jaga perjalanan kita.
4. Kalau ada masalah, solat sunat dua rakaat. InsyaAllah Allah selesaikan. Jangan tonggang arak semua tu. Jawapan semua tak clear. Kalau solat, nanti semua clear.
5. Pagi2 sebelum solat subuh,kakak minum air zamzam."

Intensif Mentor Kekayaan dan Kejayaan, versi Dubai. Hehe. Banyak lagi yang nak dikongsikan. Tapi cukup lah setakat ni sahaja. Alhamdulillah. Perut kenyang, hati tenang. Dijamu pula dengan santapan rohani .

Alhamdulillah. Ya Robbi lakal hamdu ka maa yambaghi li jalaali wajhika wa 'azimi sulthonik. :)"

Friday, November 2, 2012

whats make you beautiful =)

video

You're insecure
Don't know what for
You're turning heads
When you walk through the do-o-or
Don't need make up
To cover up
Being the way that you are is en-o-ough
Everyone else in the room can see it
Everyone else but you

Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it ain't hard to tell
You don't know oh oh
You don't know you're beautiful
If only you saw what I can see
You'll understand why I want you so desperately
Right now I'm looking at you and I can't believe
You don't know oh oh
You don't know you're beautiful
Oh oh
That's what makes you beautiful

So c-come on
You got it wrong
To prove I'm right I put it in a so-o-ong
I don't know why
You're being shy
And turn away when I look into your ey-e-es.
Everyone else in the room can see it
Everyone else but you

Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it ain't hard to tell
You don't know oh oh
You don't know you're beautiful
If only you saw what I can see
You'll understand why I want you so desperately
Right now I'm looking at you and I can't believe
You don't know oh oh
You don't know you're beautiful
Oh oh
That's what makes you beautiful

Na na na na na na naaaa na na
Na na na na na na
Na na na na na na naaaa na na
Na na na na na na

Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it ain't hard to tell
You don't know oh oh
You don't know you're beautiful

Baby you light up my world like nobody else
The way that you flip your hair gets me overwhelmed
But when you smile at the ground it ain't hard to tell
You don't know oh oh
You don't know you're beautiful
If only you saw what I can see
You'll understand why I want you so desperately
Right now I'm looking at you and I can't believe
You don't know oh oh
You don't know you're beautiful
Oh oh oh
You don't know you're beautiful
Oh oh oh
That's what makes you beautiful


Thursday, November 1, 2012

kawan saya turun 1.6 kg hanya dalam masa 2 hari,anda bila lg?? PM me for details!!!



IF U GUYS NAK LOSE WEIGHT , GAIN WEIGHT DAN MAINTAIN SIHAT pun boleh just ASK ME HOW n boleh inbox saya :) or ni no saya: 013-2530130
hanya tidak perlu senaman, mudah diikuti dan keberkesanannya dijamin 100%!

-> Penampilan baru yang lebih muda & sedap mata memandang
-> Daya tahan terhadap penyakit terbina secara semulajadi
-> Tidak perlu berlapar
-> Masih boleh menikmati makanan kegemaran
-> Badan sentiasa segar dan bertenaga sepanjang hari
-> Tiada sebarang kesan sampingan
-> Anda tidak perlu malu lagi di khalayak ramai!
-> Tiada orang akan mengata anda lagi!
-> Tiada lagi penyakit yang membimbangkan kerana kegemukan!









Tuesday, October 30, 2012

Ketika Cinta Bertasbih

video


dimana Janjimu?


Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu . Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat. (QS. An-Nahl : 91)

Dan janganlah kamu jadikan sumpah-sumpahmu sebagai alat penipu di antaramu, yang menyebabkan tergelincir kaki sesudah kokoh tegaknya, dan kamu rasakan kemelaratan karena kamu menghalangi dari jalan Allah; dan bagimu azab yang besar. (An-Nal : 94)


Monday, October 29, 2012

Dugaan November

..Tidak seorang pun memiliki hak untuk menghakimi anda..
Mereka mungkin telah mendengar cerita anda, tetapi mereka tidak merasakan apa yang anda alami...
Jadi.....tetaplah tersenyumm......
ALLAH SWT tidak membebankan sesuatu kecuali sesuai dengan kemampuan hamba-Nya.....
Jangan pernah menyerah...


بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ”
 

Thursday, October 18, 2012

Panduan Berpakaian yang betul bagi Wanita Muslimah



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum..kali sini saya nak tunjuk kan cara pemakaian seorang muslimah yang mengikut garis panduan syarak. Tak perlu taip banyak-banyak, sebab gambar ni je dah menjelaskan semuanya. Kalau nak perenangan lebih lanjut, boleh klik sini ye. Selain daripada gambar yang berunsurkan dakwah..gambar kartun ni jugak sangat-sangat comel. Saya suka!! http://www.emocutez.comSama-sama lah kita belajar dan terus belajar untuk menjadi seorang muslimah yang sejati~


Jom sama-sama fikirkan


Panduan Pemakaian Yang Betul Buat Muslimah, Pakaian Muslimah, Pakaian yang Berpandukan Syariat Islam, Pakaian Menutup Aurat, Muslimah, Wanita Islam, Oh So Muslim, Owesome

Panduan Pemakaian Yang Betul Buat Muslimah, Pakaian Muslimah, Pakaian yang Berpandukan Syariat Islam, Pakaian Menutup Aurat, Muslimah, Wanita Islam, Oh So Muslim, Owesome

Panduan Pemakaian Yang Betul Buat Muslimah, Pakaian Muslimah, Pakaian yang Berpandukan Syariat Islam, Pakaian Menutup Aurat, Muslimah, Wanita Islam, Oh So Muslim, Owesome

Panduan Pemakaian Yang Betul Buat Muslimah, Pakaian Muslimah, Pakaian yang Berpandukan Syariat Islam, Pakaian Menutup Aurat, Muslimah, Wanita Islam, Oh So Muslim, Owesome

Panduan Pemakaian Yang Betul Buat Muslimah, Pakaian Muslimah, Pakaian yang Berpandukan Syariat Islam, Pakaian Menutup Aurat, Muslimah, Wanita Islam, Oh So Muslim, Owesome

Panduan Pemakaian Yang Betul Buat Muslimah, Pakaian Muslimah, Pakaian yang Berpandukan Syariat Islam, Pakaian Menutup Aurat, Muslimah, Wanita Islam, Oh So Muslim, Owesome


Sebagai seorang yang bergelar muslimah sejati..kita tak perlu terikut-ikut dengan cara berpakaian agama lain kerana kita punyai identiti tersendiri. Setiap sesuatu yang Allah tetapkan, pasti ada sebab musababnya. Begitu juga dengan persoalan http://www.emocutez.com kenapa perempuan Islam perlu berhijab. Berhijab adalah salah satu cara untuk melindungi kaum wanita daripada "gangguan-gangguan" yang tidak diingini.
Fikir-fikir kan~


Jom perbaiki penampilan kita supaya dilihat sebagai seorang wanita muslimah
http://www.emocutez.com



 والسلام

Tuesday, October 9, 2012

R.I.N.D.U

R.I.N.D.U dan K.E.N.A.N.G.A.N
menyapa diri lagi..
penat, lelah, derita menanggung luka merinduimu..
Kedamaian yang lalu bila akan muncul lagi..
prasangka bagai tak mahu meninggalkn kita,
tulus,aku penat..


pergilah dikau wahai sengsara..

Saturday, August 25, 2012

ADAM..


Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
Ikhlas dari Hawa abad ini...

10 ciri Individu Muslim

10 ciri Individu Muslim

Salimun Aqidah [Aqidah yang sejahtera]
  • Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad s.a.w sebagai Nabi
  • Sentiasa muraqabah Allah dan memperingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir
  • Menjaga kebersihan hati, bertaubat,istighfar, menjauhi dosa dan syubhat
Sohihul Ibadah [Ibadah yang Benar]
  • Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya
  • Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram
  • Tidak melampau atau berkurang (wasatiah-pertengahan)
Matinul Khuluq [Akhlak yang unggul]
  • Akhlak kita adalah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw
  • Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai’e iaitu:sensitif,tawadu’,benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk, dll
Qadiran Ala Kasbi [Mampu berdikari]
  • Walau kaya perlu bekerja
  • Tidak terlalu mengejar jawatan
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan
  • Memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak terjatuh ke tangan bukan Islam
Mutsaqqafal Fikri [Fikiran yang berpengetahuan]
  • Perlu berpengatahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain
  • Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama’ yang Thiqah
  • Pesan Imam Al-Banna: perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan menjadi pakar dalam bidang yang diceburi
  • Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah,kisah salaf serta mempelajari kaedah serta rahsia hukum yang penting
Qawiyyul Jism [Kuat tubuh badan]
  • Dakwah berat tanggungjawab dan tugas-perlukan badan yang sihat dan kuat
  • Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Mafhum Hadith:Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,tetapi pada keduanya ada kebaikan.
  • Pesan Al-Banna: memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadahdan tidak memakan atau meminum sesuatu yang boleh merosakkan badan
Mujahadah Ala nafsi [Mampu melawan nafsu]
  • Perlu azam yang kuat untuk melawan nafsunya dan mengikut kehendak Islam
  • Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam
  • Dai’e mungkin akan melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan
Munazzamun fi Syu’unihi [Tersusun dalam urusan/berdisiplin]
  • Untuk manfaatkan waktu dengan baik,perlu penyusunan dalam segala urusan
  • Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan Dakwah
Harithun Ala Waqtihi [Menjaga Waktu]
  • Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula
  • Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka
  • Aku adalah makhluk baru..menjadi saksi kepada manusia
Nafi’un Ligharihi [Bermanfaat kepada orang lain]
  • Dai’e umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain
  • Dai’e adalah penggerak dakwah dan Islam
  • Amal Islam untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan
  • Dai’e merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya bila dapat mengajak seorang manusia kejalan Allah.
‘Supaya diri tidak lupa…’