banner

banner

Tuesday, March 20, 2012

BENTUK TUBUH RASULULLAH S.A.W


حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، عَنْ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ ، عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ ، أَنَّهُ سَمِعَهُ يَقُولُ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ بِالطَّوِيلِ الْبَائِنِ ، وَلاَ بِالْقَصِيرِ ، وَلاَ بِالأَبْيَضِ الأَمْهَقِ ، وَلاَ بِالآدَمِ ، وَلاَ بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ ، وَلاَ بِالسَّبْطِ ، بَعَثَهُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى رَأْسِ أَرْبَعِينَ سَنَةً ، فَأَقَامَ بِمَكَّةَ عَشْرَ سِنِينَ ، وَبِالْمَدِينَةِ عَشْرَ سِنِينَ ، وَتَوَفَّاهُ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى رَأْسِ سِتِّينَ سَنَةً ، وَلَيْسَ فِي رَأْسِهِ وَلِحْيَتِهِ عِشْرُونَ شَعْرَةً بَيْضَاءَ.

Abu raja’ qutaibah bin said mengkhabarkan bahawa daripada Malik bin Anas daripada Rabiah bin abi Abdil Rahman daripada Anas bin Malik sesungguhnya beliau mendengar Anas bin Malik berkata “Sesungguhnya Nabi S.A.W tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, tidak terlalu putih seperti kapur dan tidak pula hitam. Rambutnya hitam tidak terlalu kerinting dan tidak terlalu lurus. Allah S.W.T telah mengangkat Rasulullah S.A.W sebagai RasululNya pada usia empat puluh tahun. Rasulullah S.A.W telah menetap di Makkah selama sepuluh tahun dan di Madinah sepuluh tahun. Wafatnya Baginda S.A.W pada usia enam puluh tahun. Terdapat uban di atas kepala dan janggut Rasulullah S.A.W tidak lebih dua puluh helai.
(HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Malik dan Ahmad)
 
 
Hadith Ke 2 :

حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ الْبَصْرِيُّ قَالَ : حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ ، عَنْ حُمَيْدٍ ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَبْعَةً ، لَيْسَ بِالطَّوِيلِ وَلاَ بِالْقَصِيرِ ، حَسَنَ الْجِسْمِ ، وَكَانَ شَعْرُهُ لَيْسَ بِجَعْدٍ وَلاَ سَبْطٍ أَسْمَرَ اللَّوْنِ ، إِذَا مَشَى يَتَكَفَّأُ.

Daripada  Humaid bin Mas’adah al-Basri telah berkata diceritakan kepada kami Abdul Wahhab atthaqafi daripada Humaid daripada Anas bin Malik telah berkata : Sesungguhnya Rasulullah S.A.W mempunyai bentuk yang sederhana, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah dan cantik dan sempurna tubuh badannya. Rambutnya tidak terlalu kerinting dan tidak pula terlalu lurus. Kulitnya kemerah-merahan. Apabila berjalan, Banginda S.A.W berjalan dengan cepat”.
(HR Bukhari, Muslim, Tirmidzi dan Ahmad)


Sumber :  Kitab Kesempurnaan Rasulullah ; Al-Hafiz Muhammad ibn Isa ibn Saurah al-Tirmidzi ( Imam Tirmidzi )

No comments:

Post a Comment