banner

banner

Tuesday, March 20, 2012

CAPAL RASULULLAH S.A.W.

 
حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ دَلْهَمِ بْنِ صَالِحٍ عَنْ حُجَيْرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّجَاشِيَّ أَهْدَى إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُفَّيْنِ أَسْوَدَيْنِ سَاذَجَيْنِ فَلَبِسَهُمَا ثُمَّ تَوَضَّأَ وَمَسَحَ عَلَيْهِمَا.
Telah mengkhabarkan Hannad daripada Dalham Ibn Soleh daripada Hujair Ibn Abdullah daripada Buraidah daripada bapanya, suatu ketika Raja Najashi memberi hadiah sepasang capal berwarna hitam pekat kepada Rasulullah s.a.w. beliau pun memakainya, kemudian berwudhu’ dan mengusap capal tersebut. [ HR Tirmidzi, Ibn Majah dan Ahmad]
  • Najashi adalah gelaran yang diberikan Raja Habsyi. Pada zaman Rasulullah s.aw. nama raja Habsyi itu adalah Ashhamah. Ia adalah salah seorang raja yang diajak Nabi s.a.w. untuk memeluk Islam. Ajakan itu disampaikan melalui surat yang dihantarkan oleh Amru Bin Umayyah Adh-Dhamri. Berdasarkan pendapat majoriti sejarahwan, Raja Najashi masuk Islam pada tahun keenam hijriah.

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي زَائِدَةَ عَنْ الْحَسَنِ بْنِ عَيَّاشٍ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ هُوَ الشَّيْبَانِيُّ عَنْ الشَّعْبِيِّ قَالَ قَالَ الْمُغِيرَةُ بْنُ شُعْبَةَ أَهْدَى دِحْيَةُ الْكَلْبِيُّ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُفَّيْنِ فَلَبِسَهُم.
Telah mengkhabarkan Qutaibah dan Ibn Abi Zaidah daripada Hasan Ibn ‘Ayyash daripada Abu Ishak (Al-Syaibani) daripada Al-Sya’bi berkata : Telah berkata Al-Mughirah Ibn Syu’bah : Dihyah pernah memberi hadiah sepasang capal kepada Rasulullah s.a.w. dan beliau pun memakainya. [HR Tirmidzi]

Rujukan : Kitab Kesempurnaan Rasulullah oleh Imam Tirmidzi.

No comments:

Post a Comment