banner

banner

Tuesday, March 20, 2012

CARA BERCELAK RASULULLAH S.A.W

                                                                                                                             
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنه قال:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اكْتَحِلُوا بِالْإِثْمِدِ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ وَيُنْبِتُ الشَّعْرَ وَزَعَمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ لَهُ مُكْحُلَةٌ يَكْتَحِلُ بِهَا كُلَّ لَيْلَةٍ ثَلَاثَةً فِي هَذِهِ وَثَلَاثَةً فِي هَذِهِ
Maksudnya : Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah saw memiliki sebuah wadah  celak yang baginda gunakan untuk bercelak setiap malam,sebanyak tiga kali disini(mata kanan)dan sebanyak tiga kali disini(mata kiri)
(Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Hakim)
 
عن ابن عباس رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : إن خير أكحالكم الإثمد فإنه يجلو البصر و ينبت الشعر
Maksudnya : Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa rasulullah bersabda alat celak yang paling baik adalah batu celak (al-itsmid) kerana ianya dapat memperjelaskan pengelihatan dan menumbuhkan bulu mat mata
(Riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)
 
Keterangan : Bercelak merupakan salah satu daripada sunah junjungan besar kita rasulullah saw. Sebelum baginda tidur. Amalan bercelak ini juga dapat membantu untuk menjelaskan pengelihatan .
 
Ruj Rujukan : Kitab Kesempurnaan Rasulullah oleh Imam Tirmidzi

No comments:

Post a Comment