banner

banner

Tuesday, March 20, 2012

CINCIN RASULULLAH S.A.W

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ الْمِصْرِيُّ أَخْبَرَنِي يُونُسُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ حَدَّثَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ كَانَ خَاتَمُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ وَرِقٍ وَكَانَ فَصُّهُ حَبَشِيًّ
Maksudnya : Diriwayatkan Yahya bin Ayub dari Abdullah bin Wahab bin Yunus memberitahu kepada saya Yunus bin Yazid dari Ibn Shihab dari Anas bin Malik bahawa cincin Rasulullah saw diperbuat daripada perak dan batu cincin baginda merupakan batu hitam Habsyi.
(Riwayat Muslim, Tirmidzi ,Nasa’I, Ahmad dan Ibnu Majah)
حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ أَخْبَرَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لَمَّا أَرَادَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَكْتُبَ إِلَى الْعَجَمِ قِيلَ لَهُ إِنَّ الْعَجَمَ لَا يَقْبَلُونَ إِلاَّ كِتَابًا عَلَيْهِ خَاتَمٌ فَاصْطَنَعَ خَاتَمًا قَالَ فَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِهِ فِي كَفِّهِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Maksudnya : Ishak bin Mansur telah memberitahu kami dari Mu’az bin Hisyam dari Abu Qatadah dari Anas bin Malik telah berkata mereka “ketika Rasulullah saw hendak mengirim surat ke negara lain, Baginda mendapat tahu yang negara lain tidak akan menerima surat yang tidak ada tanda(cop). Baginda memerintahkan untuk dibuatkan cincin. Maka saya seakan-akan melihat warna putih cincin itu di tapak tangan baginda”.

(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Abu Dawud dan Ibnu Sa’ad )
Anas bin Malik juga meriwayatkan :
كَانَ نَقْشُ خَاتَمِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ مُحَمَّدٌ سَطْرٌ وَرَسُولُ سَطْرٌ وَ اللهِ سَطْرٌ
Maksudnya : Tulisan (ukiran) yang ada di cincin Rasulullah saw adalah perkataan محمد  Pada satu garis, perkataan  رسول pada satu garis dan perkataan   الله pada satu garis .

 
               

No comments:

Post a Comment