banner

banner

Tuesday, March 20, 2012

KHATAM NUBUWWAH RASULULLAH S.A.W

 
عَنِ الْجَعْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَ : سَمِعْتُ السَّائِبَ بْنَ يَزِيدَ يَقُولُ : ذَهَبَتْ بِي خَالَتِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنَّ ابْنَ أُخْتِي وَجِعٌ . فَمَسَحَ رَأْسِي وَدَعَا لِي بِالْبَرَكَةِ ، وَتَوَضَّأَ ، فَشَرِبْتُ مِنْ وَضُوئِهِ ، وَقُمْتُ خَلْفَ ظَهْرِهِ ، فَنَظَرْتُ إِلَى الْخَاتَمِ بَيْنَ كَتِفَيْهِ ، فَإِذَا هُوَ مِثْلُ زِرِّ الْحَجَلَةِ.
Maksudnya : Daripada Ja’di ibn Abdul Rahman bahawa beliau telah berkata aku mendengar Sa’ib ibn Yazid telah berkata “ Ibu saudaraku telah membawa aku kepada Rasulullah S.A.W lalu beliau telah berkata kepada Rasulullah S.A.W ,“ Wahai Rasulullah! Anak saudaraku ini telah sakit,” Maka Rasulullah S.A.W telah menyapu kepalaku ( al-Sa’ib) dan mendoakan keberkatan untukku. Kemudian Baginda S.A.W berwudu’ dan aku pun meminum air bekas wudhu’nya. Setelah itu, aku berdiri  di belakangnya dan aku memandang Khatam Nubuwwah yang terdapat di antara kedua bahunya. Ternyata Khatam itu sebesar telur burung merpati.”
Keterangan : Khatam Nubuwwah yang dimaksudkan ialah tanda kenabian yang mana ianya diperlihatkan untuk menunjukkan bahawa Rasulullah  S.A.W ini adalah utusan Allah. Imam Bukhari dan Muslim di dalam sahihnya menyatakan bahawa pada badan baginda Rasulullah S.A.W terdapat seketul daging sebesar telur merpati, di atasnya tumbuh beberapa helai rambut hitam. Perkara ini dinukilkan di dalam kitab sirah yang mana ketulan ini pernah dilihat oleh paderi kristian sewaktu Baginda keluar ke sham bersama bapa saudaranya Abu Talib. Melihat ketulan itu, paderi Buhaira menasihatkan agar Abu Talib membawa pulang anak saudaranya dengan segera kerana bimbang keselamatan dan dikhuatiri akan diganggu oleh orang yang mengetahui rahsia ketulan itu.
Paderi itu mengatakan bahawa beliau pernah membaca dalam kitab suci agamanya bahawa suatu masa nanti akan lahir seorang Nabi dari bangsa Arab, dan tandanya dapat dilihat di belakang Nabi S.A.W sewaktu ia masih kecil.

Rujukan :  Kitab Kesempurnaan Rasulullah Imam Tirmidzi
                    Raheq al-Makhtum ; Sofiul Rahman Mubarakfuri

No comments:

Post a Comment