banner

banner

Friday, June 1, 2012

Berbeza pendapat

Bila berbeza pendapat, kita tak dapat elak dari terpengaruh dengan emosi kita lalu 'bergaduh'. Ini aku perasan semenjak peristiwa Bersih 3.0 yang lalu di mana pihak yang pro dan anti Bersih bertikam lidah dalam laman FB berkali-kali!

Bila diperhatikan lagi, ia bukan sebab Bersih semata-mata. Banyak lagi perkara lain yang menyebabkan kita 'bergaduh' disebabkan perbezaan antara kita!

Imam-imam terdahulu memiliki pendapat yang berbeza dalam melaksanakan ibadat (fekah dll), tapi mereka sangat respek kat pendapat imam lain. Kita?

Astaghfirullah. Ini merupakan teguran buat diriku berkali2. Moga tak mudah terikut emosi bila berbeza lagi .... :)

 
               

No comments:

Post a Comment