banner

banner

Wednesday, June 27, 2012

GERHANA SEPARA BULAN



قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله لا ينخسفان لموت أحد ولا لحياته , ولكن يخوف الله بهما عباده , فإذا رأيتم ذلك فادعوا الله , وكَبِّرُوا , وصَلُّوا , وتصَدَّقُوا , حتى ينكشف مابكمرواه (البخارى ومسلم عن عائشة)

Bahawa matahari dan bulan adalah dua tanda kekuasaan Allah, gerhana matahari dan bulan bukanlah tanda kematian atau kehidupan seseorang tetapi sebagai tanda supaya hamba-hamba Allah takut kepada Allah, Maka apabila melihat gerhana hendaklah kamu berdoa, bertakbir, melakukan solat dua rakaat, bersedekahlah, sehingga hilanglah apa yang telah berlaku. ( HR Bukhari & Muslim )

Hadis Abdullah bin Umar r.a:
Rasulullah S.A.W telah bersabda:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidaklah menjadi gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkan seseorang tetapi kedua-duanya adalah termasuk ayat-ayat (tanda-tanda) dari Allah. Oleh itu apabila kamu semua melihatnya maka dirikanlah sembahyang. ( HR  Muslim )


a) Disunatkan mengerjakan sembahyang sunat bila berlaku gerhana matahari atau bulan.
 
b) Dalam hadis yang lain, sembahyanglah seperti sembahyang fardhu (subuh- 2 rakaat). Bacalah ayat atau surah yang panjang hingga selesai kejadian gerhana.

Bersama artikel ini ada dilampirkan tatacara Solat Sunah Gerhana Bulan untuk panduan bersama. Marilah kita merebut peluang ini untuk menzahirkan pengabdian kita kepada Allah S.W.T mudah-mudahan kehidupan kita diberkati dan diredhai Allah S.W.T.
Kali ini kita berpeluang melihat selama 51 minit sahaja, bagi umat Islam digalak melakukan solat gerhana separa bulan ini sebaik selesai solat fadhu mahgrib.

# Info : Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Melaka

No comments:

Post a Comment