banner

banner

Friday, July 27, 2012

KONTEMPORARI BERKENAAN RAMADHAN

Assalammualaikum Wbt dan Salam Sejahtera,


KONTEMPORARI BERKENAAN RAMADHAN
 
 
1) Darah keluar dari tubuh

Samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.
 
Hukumnya

Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar’ dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhammad ‘Uqlah).

Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sahih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Rasulullah s.a.w berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (HR. Al-Bukhari) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida’ dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradhawi). Malah ini juga pandangan majoriti mazhab kecuali Hanbali. (Bidayatul Mujtahid)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya

Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalamkemaluan tadi, kerana illah atau faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Tetapi bagi wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan merangsang nafsu syahwat, maka ia membatalkan puasa,  tetapi jika tujuan istinja’ atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Muhammad ‘Uqlah). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa).

3) Pil elak haid untuk puasa penuh:

Hukumnya

 Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang pakar dalam hal tersebut.

4) Penyembur gas (inhaller) untuk pesakit lelah(asma):

Hukumnya

 Pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa (Majma’ A-Fiqh Al-Islami) di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama di seluruh dunia dan mereka berbeza pandangan apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Julai 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. 
Bagaimanapun para ulama masih bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhammad ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut.



Thursday, July 26, 2012

TELEKUNG TRAVEL PARACHUTE WALLET RM60 INCLUDE POSTAGE

 AA

 BB

 CC

 DD

 EE

 FF

 GG

 HH

 II

 JJ

 KK

 LL

 MM

 NN

 OO

 PP

 QQ

 RR

 SS

TT

PEMBELIAN 2 KEATAS AKAN MENDAPAT DISKAUN!!
PM ME= 013-2530130

TELEKUNG MUKENA TRAVEL RM 50 INCLUDE POSTAGE



 A

 B

 C

 D

 E

 F

 G

 H

 I

 J

 K

 L



 N

 O

 P



 Q

 R

 S

T
 
Beli 2 keatas akan mendapat diskaun!!

KELEBIHAN BERPUASA


1.Meninggikan Darjat
إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وأغلقت أبواب النار وصفدت الشياطين
Maksudnya: “Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibukakan segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”. (HR. Bukhari)

كل عمل ابن آدم له إلا الصيام فإنه لي وأنا أجزي به والصيام جنة وإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث يومئذٍ ولا يصخب فإن شاتمه أحدٌ أو قاتله فليقل إني امرؤ صائم إني صائم والذي نفس محمد بيده لخلوف فم الصائم أطيب عند الله يوم القيامة من ريح المسك وللصائم فرحتان يفرحهما إذا أفطر فرح بفطره وإذا لقي ربه فرح بصومه
Maksudnya: “Setiap amalan anak Adam ialah bagi dirinya kecuali puasa. Sesungguhnya ia terpulang bagiKu dan Aku yang membalasnya. Puasa ialah perisai, dan apabila seseorang dari kamu berada pada hari puasanya, maka janganlah kamu berkata dengan kata-kata yang keji serta berkelahi. Sekiranya ada yang mencaci atau mengajak untuk berkelahi, hendaklah menjawab “sesungguhnya aku sedang berpuasa”. Bau mulut orang orang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi disisi Allah pada hari kiamat nanti. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka puasa dan ketika bertemu dengan Tuhannya, ia bergembira dengan puasanya”.( HR Muttafaqun ’alaih)

2. Menghapuskan Dosa
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan menjadi penghapus dosa di antara kedua-duanya selama mana dia menjauhi dosa-dosa besar”. (HR Muslim)

3. Mengekang Nafsu Syahwat
يَا مَعْشَرَ الشَّبَابِ مَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ
Maksudnya: “Wahai para pemuda, sesaiapa yang mampu daripada kalangan kamu al-Ba’ah (perkahwinan), maka berkahwinlah. Sesungguhnya ia menundukkan pandangan dan melindungi kemaluan. Sesiapa tidak mapu, maka hendaklah ia berpuasa. Sesungguhnya padanya (puasa ada al-Wija’(benteng)”. (HR Muttaqun ‘alaih)

SAMA-SAMALAH MEMANFAATKAN BULAN RAMADHAN DENGAN MENGHIDUPKAN KESELURUHAN HARI DENGAN MEMBACA AL-QURAN, BERIKTIKAF, BERZIKIR DAN LAIN-LAIN AMALAN SUNNAH.

"Semoga beroleh ketaqwaan"

Hadis dhoif dan palsu berkaitan dengan bulan Ramadhan

Hadis dhoif dan palsu berkaitan dengan bulan Ramadhan
 
Hadith Pertama:
لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ مَا فِيْ رَمَضَانْ لَتَمَنَّتْ أُمَّتيِْ أَنْ يَكُوْنَ السَّنَة كُلّهَا
Maksudnya : Sekiranya seseorang itu tahu mengenai apa (Keistimewaan) yang ada dalam bulan Ramadhan itu, nescaya mereka akan mengimpikan agar puasa itu adalah selama setahun.
Imam Syaukani : Fawaid Majmu’at fi ahadith maudu’at : 1/254,  Al-Jauzi dalam kitab al-Maudu’at : 2/ 188,  Al-Haithami : Kitab Majmu’ Zawaid 3/ 141. Keseluruhan sepakat hadith ini adalah hadith Palsu.

Hadith Kedua:
رَجَبٌ شَهْرُ اللهِ وَ شَعْبَانُ شَهْرِيْ وَ رَمَضَانُ شَهْرِ أُمَّتِيْ
Maksudnya : Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan ku, dan Ramadhan bulan ummatku.
Ibnul Jauzi dalam al-Maudu’at: 2/117 , Az-Zahabi dalam Tarikhul Islam : 1/2990, Al-Syaukani dalam Fawaid Majmuah fi Ahadith Maudu’at: 95, Ibnu Hajar Asqalani dalam Lisanul Mizan:6/202. Mereka menghukum hadith ini adalah Palsu.

Hadith Ketiga:
وهوشهر أوله رحمة , ووسطه مغفرة , وآخره عتق من النار
Maksudnya : Awalnya (bulan Ramadhan) adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan akhirnya dalah pembebasan dari api neraka.
Abu Hatim dalam Al’Ial li ibni Abi Hatim : 1/249, Ibnu Hajar al-Asqalani dalam Lisanul Mizan : 2/169, Az-Zahabi dalam As-Siyar: 5/207, Syeikh al-Albani dalam as-Silsilah Ad-Dho’ifah:  2/262. Mereka menghukum hadith tersebut sebagai Mungkar.
Hadith Keempat :

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ نَظَرَ اللَّهُ إِلَى خَلْقِهِ الصُّيَّامِ ، وَإِذَا نَظَرَ اللَّهُ إِلَى عَبْدٍ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا ، وَلِلَّهِ ، عَزَّ وَجَلَّ ، فِي كُلِّ يَوْمٍ أَلْفُ أَلْفِ عَتِيقٍ مِنَ النَّارِ  .
Maksudnya : “Ketika malam pertama bulan Ramadhan, Allah S.W.T melihat makhluknya, ketika Allah S.W.T melihat kepada seorang hamba maka Dia tidak akan mengazabnya selama-lamanya dan Allah S.W.T pada setiap hari memiliki seribu hamba yang dibebaskan dari neraka”.
 
Al-Juzajani menyatakan bahawa perawi hadith ini iaitu ‘Uthman bin Abdillah Al-Qurasyi Al-Umawi Al-Syami adalah seorang pendusta hadith dan suka mencuri hadith. Ibnul Jauzi dalam al-Maudu’at 2/104, Ibnu al-Iraqi dalam Tanzihusy Syari’ah 2/146, Asy-Syaukani dalam al-Fawaidul Majmu’ah hal 85 dan ramai ulama menghukum hadith ini sebagai Palsu.
 
Ini adalah sebahagian daripada hadith-hadith yang masyhur kita dengari mengenai kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan. Akan tetapi ramai dikalangan kita yang suka mengambil sikap tidak kritis terhadap periwayatan hadith. Oleh itu mari kita lihat hadith-hadith yang sahih mengenai kelebihan dan keistimewaan bulan ramadhan yang boleh kita amalkan dalam melengkapkan diri kita dan beribadah dengan cara yang sahih dan dituntut oleh Islam.
 
 
Hadith Pertama
عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( من صام رمضان إيمانا واحتسابا ، غُفر له ما تقدم من ذنبه ) رواه الشيخان 
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan pahala Allah maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
 
Hadith Kedua
عن أبي أيوب الأنصاري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال ، كان كصيام الدهر ) رواه مسلم
Maksudnya : Daripada Abu Ayyub al-Ansori r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Siapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari pada bulan Syawwal seumpama dia telah berpuasa selama setahun. (Riwayat Muslim).
Hadith Ketiga
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( قال الله عزوجل : كل عمل بن آدم له إلا الصيام ؛ فإنه لي وأنا أجزي به ، والصيام جنّة ، وإذا كان يوم صوم أحدكم فلا يرفث ولا يصخب ، فإن سابّه أحد أو قاتله فليقل : إني امرؤ صائم ، والذي نفس محمد بيده لخلوف فم الصائم أطيب عند الله من ريح المسك ، للصائم فرحتان يفرحهما : إذا أفطر فرح ، وإذا لقي ربه فرح بصومه ) رواه البخاري و مسلم .
Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksud “ Setiap amalan anak Adam kepunyaannya kecuali puasa, Sesungguhnya puasa tersebut untuk-Ku dan Aku yang memberikan ganjaran tersebut. Puasa itu perisai, apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah diantara kamu berkata kotor dan memaki hamun, Jika ada yang memaki atau mengajak untuk bergaduh maka katakanlah sesungguhnya aku berpuasa. Demi nyawa Muhammad di tanganNya, bau mulut orang berpuasa itu lebih harum daripada minyak kasturi. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan. Kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika bertemu dengan Tuhannya dengan puasa yang dikerjakannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
 Hadith Keempat
عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنه ،  أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( الصيام والقرآن يشفعان للعبد يوم القيامة ، يقول الصيام : أي رب ، منعته الطعام والشهوات بالنهار فشفعني فيه ، ويقول القرآن : منعته النوم بالليل فشفعني فيه ،  فيشفعان ) رواه أحمد .
Maksudnya : Daripada Abdullah bin Amr r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, Puasa dan al-Quran adalah pemberi syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat. Lalu puasa berkata “ Wahai Tuhan, aku telah mengahalangnya daripada makan dan syahwat pada siang hari, maka terimalah syafaatku ini untuknya”. Kemudian al-Quran telah berkata “ Wahai Tuhan, aku telah menghalangnya daripada tidur pada waktu malam, maka terimalah syafaatku untuknya. Kedua-duanya memberikan syafaatnya. (Riwayat Ahmad)
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan membawa keberkatan yang melimpah dalam hidup kita dengan mengamalkan segala ajaran yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan meninggalkan segala larangannya. Akhir sekali akan menjadikan kita di kalangan hambaNya yang bertaqwa.

LIMA PROJEK MEGA BULAN RAMADHAN 1433 H


PROJEK PERTAMA : INGIN DAPATKAN PAHALA QIYAMULLAIL SEPANJANG MALAM?
Ø  Syaratnya hanya satu! Jangan lari berjemaah solat tarawih bersama imam sehinggalah imam selesai solat di sepanjang Ramadhan
Ø  Tunggu sehingga Imam habis salam. Tidak kira sama ada Imam buat 8 rakaat atau 20 rakaat termasuk witir

Ø  Dalilnya :


عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ صُمْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يُصَلِّ بِنَا حَتَّى بَقِيَ سَبْعٌ مِنْ الشَّهْرِ فَقَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِنَا فِي السَّادِسَةِ وَقَامَ بِنَا فِي الْخَامِسَةِ حَتَّى ذَهَبَ شَطْرُ اللَّيْلِ فَقُلْنَا لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ نَفَّلْتَنَا بَقِيَّةَ لَيْلَتِنَا هَذِهِ فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
“ Daripada Abi Dzar r.a : “ Kami berpuasa bersama-sama Rasulullah s.a.w dan baginda tidak bersolat (terawih) bersama kami sehingga berbaki 7 hari dari bulan (Ramadhan). Kemudian baginda berqiyamullail bersama kami sehingga berlalu 1/3 malam. Sehinggalah pada hari keenam terakhir baginda tidak berqiyam bersama kami. Kemudian baginda kembali berqiyam bersama kami pada hari kelima terakhir sehingga berlalu separuh malam lalu baginda berhenti qiyam. Lalu kami berkata: Wahai Rasulullah! Alangkah bagusnya kalau kita teruskan sahaja separuh malam ini untuk berqiyam (sehingga subuh). Lalu sabda baginda: “Sesungguhnya barangsiapa yang solat (terawih) bersama dengan imam sampai sudah (selesai), pasti (sudah cukup) ditulis baginya (pahala) membangunkan satu malam (dengan ibadat).” [H.R. al-Tirmidzi]
Ø  PERHATIAN : Kalau anda ingin solat 20 rakaat, sedangkan imam buat 8 rakaat, ikutlah imam dalam witir. Kemudian apabila pulang..anda boleh sambung solat terawih dan tak perlu berwitir lagi..

PROJEK KEDUA : KAEDAH NAK TARIK PAHALA ORANG BERPUASA DAN BAGI KAT KITA TANPA DIKURANGI SEDIKIT PUN PAHALA ORANG YANG BERPUASA ITU.
Ø  Bersedekah Dengan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa.
Ø  Dalilnya :
عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا
 كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tanpa mengurangi paha orang yang berpuasa itu walaupun sedikit
[H.R. al-Tirmidzi]
 
Ø  PERHATIAN : Beri makan orang berpuasa tak semestinya mewah-mewah seperti Nasi Arab dan lain-lain..sedekahlah ikut kemampuan kerana yang penting makanan itu dari sumber yang halal dan baik.
 
 
PROJEK KETIGA : KAEDAH NAK DAPAT PAHALA HAJI DAN UMRAH SEMPURNA DALAM BULAN PUASA.
Ø  Solat Subuh Berjemaah Dan Berzikir (dengan cara dengar ceramah / baca al-Ma’thurat / baca al-Quran) Sehingga Terbit Matahari Dan Di akhiri Dengan Solat Sunat (Dhuha).
Ø  Dalilnya :
 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
Daripada Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a. "Sesiapa yang solat (Subuh) berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat  maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna, sempurna dan sempurna" [H.R. al-Tirmidzi]
 
Ø  PERHATIAN : Masuk waktu subuh kira-kira jam 5.50 pagi dan masuk waktu untuk solat dhuha ialah 7.40 pagi. Jadi dalam tempoh tak sampai 2 jam anda beribadat pahalanya menyamai haji dan umrah yang sempurna! Jangan lepaskan peluang…

PROJEK KEEMPAT : KHATAM AL-QURAN DAN TADABBUR (MENGHAYATI MAKSUD-MAKSUDNYA)
Ø  Dalilnya :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْرَإِ الْقُرْآنَ فِي شَهْرٍ قُلْتُ إِنِّي أَجِدُ قُوَّةً حَتَّى قَالَ فَاقْرَأْهُ فِي سَبْعٍ وَلَا تَزِدْ عَلَى ذَلِكَ
Dari `Abdullah bin `Amru r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.”  Aku berkata:  ”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.”  Rasulullah s.a.w bersabda:  “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.”
[H.R. al-Bukhari]
Ø  PERHATIAN : Pesanan hadith ini bertujuan supaya para sahabat membacanya dalam keadaan baik, tidak tergopoh-gapah dan membacanya dengan penghayatan.  Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya.  Di samping itu, supaya para sahabat tidak melupakan akan tugas dan peranan harian mereka.
 
Kaedah mudah dapat khatam al-Quran sebulan

Ø  Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat.  Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

Ø  Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu:  Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’.  20÷5=4.  Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

Ø  Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
·         2 muka surat sebelum solat fardhu
·         2 muka surat selepas solat fardhu
·         Semoga Istiqamah!

PROJEK KELIMA : KAEDAH NAK DAPATKAN GANJARAN LEBIH HEBAT DARI DUNIA DAN SEISINYA..BAGAIMANA?
Ø  Keraplah berzikir 4 kalimah iaitu “SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH WA LAILAHA ILLALLAH, WALLAHU AKBAR
Ø  Dalilnya :
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَأَنْ أَقُولَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya membaca Subhanallah (Maha Suci Allah) walhamdulillah (Segala puji bagi Allah) wala ilaha illallah (Tiada Tuhan selain Allah) wallahu akbar (dan Allah Maha Besar) lebih aku sukai daripada  segala sesuatu yang terkena sinaran matahari (dunia dan seisinya)."  [H. R Muslim]
 
Ø  PERHATIAN : Perbanyakkanlah zikir di bulan Ramadhan sebagai alternatif menggantikan percakapan-percakapan yang sia-sia (mengumpat, berdusta, dan melalaikan)..zikir ini boleh dilakukan bila-bila masa (tak semestinya ketika ada majlis zikir) melainkan pada suasana yang tidak diizinkan seperti dalam tandas..Berzikirlah selesai solat, memandu kenderaan, sambil buat kerja ofis dan lain-lain..