banner

banner

Thursday, July 26, 2012

LIMA PROJEK MEGA BULAN RAMADHAN 1433 H


PROJEK PERTAMA : INGIN DAPATKAN PAHALA QIYAMULLAIL SEPANJANG MALAM?
Ø  Syaratnya hanya satu! Jangan lari berjemaah solat tarawih bersama imam sehinggalah imam selesai solat di sepanjang Ramadhan
Ø  Tunggu sehingga Imam habis salam. Tidak kira sama ada Imam buat 8 rakaat atau 20 rakaat termasuk witir

Ø  Dalilnya :


عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ صُمْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يُصَلِّ بِنَا حَتَّى بَقِيَ سَبْعٌ مِنْ الشَّهْرِ فَقَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِنَا فِي السَّادِسَةِ وَقَامَ بِنَا فِي الْخَامِسَةِ حَتَّى ذَهَبَ شَطْرُ اللَّيْلِ فَقُلْنَا لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ نَفَّلْتَنَا بَقِيَّةَ لَيْلَتِنَا هَذِهِ فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
“ Daripada Abi Dzar r.a : “ Kami berpuasa bersama-sama Rasulullah s.a.w dan baginda tidak bersolat (terawih) bersama kami sehingga berbaki 7 hari dari bulan (Ramadhan). Kemudian baginda berqiyamullail bersama kami sehingga berlalu 1/3 malam. Sehinggalah pada hari keenam terakhir baginda tidak berqiyam bersama kami. Kemudian baginda kembali berqiyam bersama kami pada hari kelima terakhir sehingga berlalu separuh malam lalu baginda berhenti qiyam. Lalu kami berkata: Wahai Rasulullah! Alangkah bagusnya kalau kita teruskan sahaja separuh malam ini untuk berqiyam (sehingga subuh). Lalu sabda baginda: “Sesungguhnya barangsiapa yang solat (terawih) bersama dengan imam sampai sudah (selesai), pasti (sudah cukup) ditulis baginya (pahala) membangunkan satu malam (dengan ibadat).” [H.R. al-Tirmidzi]
Ø  PERHATIAN : Kalau anda ingin solat 20 rakaat, sedangkan imam buat 8 rakaat, ikutlah imam dalam witir. Kemudian apabila pulang..anda boleh sambung solat terawih dan tak perlu berwitir lagi..

PROJEK KEDUA : KAEDAH NAK TARIK PAHALA ORANG BERPUASA DAN BAGI KAT KITA TANPA DIKURANGI SEDIKIT PUN PAHALA ORANG YANG BERPUASA ITU.
Ø  Bersedekah Dengan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa.
Ø  Dalilnya :
عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا
 كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tanpa mengurangi paha orang yang berpuasa itu walaupun sedikit
[H.R. al-Tirmidzi]
 
Ø  PERHATIAN : Beri makan orang berpuasa tak semestinya mewah-mewah seperti Nasi Arab dan lain-lain..sedekahlah ikut kemampuan kerana yang penting makanan itu dari sumber yang halal dan baik.
 
 
PROJEK KETIGA : KAEDAH NAK DAPAT PAHALA HAJI DAN UMRAH SEMPURNA DALAM BULAN PUASA.
Ø  Solat Subuh Berjemaah Dan Berzikir (dengan cara dengar ceramah / baca al-Ma’thurat / baca al-Quran) Sehingga Terbit Matahari Dan Di akhiri Dengan Solat Sunat (Dhuha).
Ø  Dalilnya :
 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
Daripada Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a. "Sesiapa yang solat (Subuh) berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat  maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna, sempurna dan sempurna" [H.R. al-Tirmidzi]
 
Ø  PERHATIAN : Masuk waktu subuh kira-kira jam 5.50 pagi dan masuk waktu untuk solat dhuha ialah 7.40 pagi. Jadi dalam tempoh tak sampai 2 jam anda beribadat pahalanya menyamai haji dan umrah yang sempurna! Jangan lepaskan peluang…

PROJEK KEEMPAT : KHATAM AL-QURAN DAN TADABBUR (MENGHAYATI MAKSUD-MAKSUDNYA)
Ø  Dalilnya :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْرَإِ الْقُرْآنَ فِي شَهْرٍ قُلْتُ إِنِّي أَجِدُ قُوَّةً حَتَّى قَالَ فَاقْرَأْهُ فِي سَبْعٍ وَلَا تَزِدْ عَلَى ذَلِكَ
Dari `Abdullah bin `Amru r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.”  Aku berkata:  ”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.”  Rasulullah s.a.w bersabda:  “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.”
[H.R. al-Bukhari]
Ø  PERHATIAN : Pesanan hadith ini bertujuan supaya para sahabat membacanya dalam keadaan baik, tidak tergopoh-gapah dan membacanya dengan penghayatan.  Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya.  Di samping itu, supaya para sahabat tidak melupakan akan tugas dan peranan harian mereka.
 
Kaedah mudah dapat khatam al-Quran sebulan

Ø  Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat.  Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

Ø  Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu:  Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’.  20÷5=4.  Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

Ø  Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
·         2 muka surat sebelum solat fardhu
·         2 muka surat selepas solat fardhu
·         Semoga Istiqamah!

PROJEK KELIMA : KAEDAH NAK DAPATKAN GANJARAN LEBIH HEBAT DARI DUNIA DAN SEISINYA..BAGAIMANA?
Ø  Keraplah berzikir 4 kalimah iaitu “SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH WA LAILAHA ILLALLAH, WALLAHU AKBAR
Ø  Dalilnya :
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَأَنْ أَقُولَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya membaca Subhanallah (Maha Suci Allah) walhamdulillah (Segala puji bagi Allah) wala ilaha illallah (Tiada Tuhan selain Allah) wallahu akbar (dan Allah Maha Besar) lebih aku sukai daripada  segala sesuatu yang terkena sinaran matahari (dunia dan seisinya)."  [H. R Muslim]
 
Ø  PERHATIAN : Perbanyakkanlah zikir di bulan Ramadhan sebagai alternatif menggantikan percakapan-percakapan yang sia-sia (mengumpat, berdusta, dan melalaikan)..zikir ini boleh dilakukan bila-bila masa (tak semestinya ketika ada majlis zikir) melainkan pada suasana yang tidak diizinkan seperti dalam tandas..Berzikirlah selesai solat, memandu kenderaan, sambil buat kerja ofis dan lain-lain..

No comments:

Post a Comment