banner

banner

Saturday, August 25, 2012

ADAM..


Adam...
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Wahai Adamku...
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. 
Jadi, tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu tatkala aku sentiasa mahu terpesong dari landasan... kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannnya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusan-Nya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau bilaulah suasana kerana Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam...
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tetapi... aku risau, gundah gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam...
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku.
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini.
Kami dibiarkan terumbang-ambing tanpa haluan, malahan engkau juga mengambil kesempatan atas kelemahanku.
Dimana perginya keadilanmu?
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah. Aku akur asalkan aku keluar dari rumah, seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut... tetapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam..
Mengapa kau biarkan aku begini? Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?Adakah akhlak kaum Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam...
Kau sebenarnya Imam dan aku adalah makmummu. Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketuaku.
Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu. Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku? Akalku satu, nafsuku sembilan.
Oleh itu Adam...pimpinlah, bimbinglah aku kerana aku sering lupa, lalai dan alpa sehingga aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah. Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam...
Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegar munkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang Agung.
Maafkan aku sekali lagi Adam... 
Andainya warkah yang ku layangkan ini menimbulkan amarah di dadamu.
Jauh sekali niatku untuk membuat kau keliru apatah lagi menjadi buntu.
Waspadalah Adam...
Andai auratku terdedah...andai suaraku mengatasimu... andai langkah seiringmu... andai maruahku dirobek maka engkaulah yang bakal membawaku kepada kebenaran.
Usah dipersalahkan Hawa lantaran tewas mengemudi bahtera andai si Adam masih lena diulit mimpi...
Tetapi percayalah!!! Bukan emas yang kucari... bukan berlian yang kupinta... tetapi, hanyalah hati yang tulus ikhlas darimu...
Adam...
Dengarlah...keluhan hatiku buat dirimu...
Ikhlas dari Hawa abad ini...

10 ciri Individu Muslim

10 ciri Individu Muslim

Salimun Aqidah [Aqidah yang sejahtera]
  • Redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad s.a.w sebagai Nabi
  • Sentiasa muraqabah Allah dan memperingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir
  • Menjaga kebersihan hati, bertaubat,istighfar, menjauhi dosa dan syubhat
Sohihul Ibadah [Ibadah yang Benar]
  • Perlu melakukan ibadah yang meninggikan roh dan jiwanya
  • Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram
  • Tidak melampau atau berkurang (wasatiah-pertengahan)
Matinul Khuluq [Akhlak yang unggul]
  • Akhlak kita adalah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw
  • Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai’e iaitu:sensitif,tawadu’,benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk, dll
Qadiran Ala Kasbi [Mampu berdikari]
  • Walau kaya perlu bekerja
  • Tidak terlalu mengejar jawatan
  • Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya
  • Menjauhi riba dalam semua lapangan
  • Menyimpan untuk waktu kesempitan
  • Menjauhi segala bentuk kemewahan
  • Memastikan setiap sen yang dibelanjakan tidak terjatuh ke tangan bukan Islam
Mutsaqqafal Fikri [Fikiran yang berpengetahuan]
  • Perlu berpengatahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain
  • Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadith dan diterangkan oleh ulama’ yang Thiqah
  • Pesan Imam Al-Banna: perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan menjadi pakar dalam bidang yang diceburi
  • Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah,kisah salaf serta mempelajari kaedah serta rahsia hukum yang penting
Qawiyyul Jism [Kuat tubuh badan]
  • Dakwah berat tanggungjawab dan tugas-perlukan badan yang sihat dan kuat
  • Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Mafhum Hadith:Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,tetapi pada keduanya ada kebaikan.
  • Pesan Al-Banna: memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadahdan tidak memakan atau meminum sesuatu yang boleh merosakkan badan
Mujahadah Ala nafsi [Mampu melawan nafsu]
  • Perlu azam yang kuat untuk melawan nafsunya dan mengikut kehendak Islam
  • Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam
  • Dai’e mungkin akan melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan
Munazzamun fi Syu’unihi [Tersusun dalam urusan/berdisiplin]
  • Untuk manfaatkan waktu dengan baik,perlu penyusunan dalam segala urusan
  • Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan Dakwah
Harithun Ala Waqtihi [Menjaga Waktu]
  • Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula
  • Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka
  • Aku adalah makhluk baru..menjadi saksi kepada manusia
Nafi’un Ligharihi [Bermanfaat kepada orang lain]
  • Dai’e umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain
  • Dai’e adalah penggerak dakwah dan Islam
  • Amal Islam untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan
  • Dai’e merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya bila dapat mengajak seorang manusia kejalan Allah.
‘Supaya diri tidak lupa…’

L.E.L.A.K.I


Sebaik sahaja seorang lelaki yang telah akil baligh berumahtangga maka terpikul di bahu mereka pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan untuk mereka laksanakan.

Lelaki yang telah berkahwin bertanggungjawab mengetuai keluarganya serta menjadi suami dan bapa kepada anak-anak yang lahir daripada perkahwinan itu.

Malah, tanggungjawab seorang anak lelaki terhadap kedua ibu bapanya juga tidak akan berakhir walaupun beliau telah berkahwin.

Sebagai ketua keluarga, seseorang lelaki yang bergelar suami dan bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat besar dalam memberi dan menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anak. 

Mereka perlu menyediakan keperluan asas keluarga seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan. 

Menurut Perunding Cara Kekeluargaan dan Keagamaan, Shafiee @ Sapien Khatib Jali, seorang suami perlu memastikan makanan yang diberikan kepada ahli keluarganya adalah berkualiti dan halal, memastikan pakaian yang dipakai oleh ahli keluarga sempurna dan menutup aurat, memberikan tempat tinggal yang selesa dan selamat serta memberikan pendidikan fardu ain dan kifayah kepada ahli keluarga.

``Seorang bapa yang baik ialah mereka boleh menjadi pemimpin, mo del ikutan serta contoh yang baik kepada anak-anaknya.

``Justeru, untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik, seorang bapa perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsur-unsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaik, lahir dari dalam diri,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah `Strategi Kebapaan Efektif' pada kursus bulanan pembangunan keluarga untuk orang awam anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), baru-baru ini.

Selain itu, menurut Shafiee lagi seorang suami dan bapa juga bertanggungjawab menjadi pelindung keselamatan kepada semua ahli keluarganya.

Malangnya, pada masa sekarang terdapat sebahagian kecil bapa yang sanggup menodai anak kandung mereka.

Terdapat juga bapa yang terlalu garang sehingga anak-anak takut hendak berdekatan dengan bapa mereka dan tidak kurang juga suami yang hanya menjalankan tanggungjawab mencari sumber pendapatan semata tetapi menyerahkan tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya kepada isteri.

Dalam pada itu beliau juga memberitahu sebagai seorang suami mereka perlu bergaul dengan isteri mereka secara baik, sentiasa bersabar, memberikan nafkah batin dan merahsiakan hubungan kelamin.

``Seorang suami juga perlu mendidik isteri, memberi mahar, menyediakan tempat tinggal yang layak, memberi nafkah (sara hidup) serta tidak mencampuri isterinya ketika isteri sedang haid,'' katanya.

Beliau juga sempat memberikan beberapa panduan kepada suami untuk menjadi seorang suami yang berkaliber.

Katanya, seorang suami perlu meletakkan matlamat dan visi yang perlu dicapai keluarga agar keluarga berkenaan sentiasa berada dalam keadaan bahagia. 

Malah, suami perlu menjadi pemimpin yang berwibawa untuk memimpin keluarga ke jalan yang benar, merangsang keluarga agar lebih komited dalam menempuh hidup, bijak, sabar, sentiasa cuba memenuhi keperluan keluarga, bertoleransi, bertanggungjawab dan menjaga kebajikan keluarga.

``Seorang suami juga tidak boleh mencemuh atau menyalahkan isteri sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Suami tidak boleh merungut semasa atau selepas membantu isteri, tidak mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri, tidak mengambil sikap acuh tidak acuh atau tidak peduli terhadap isteri, bertolak ansur dan sedia membantu isteri dalam apa jua perkara,'' katanya.

Seorang suami yang baik harus memahami kekuatan dan kelemahan isteri, ikhlas ketika membantu dan bersikap empati.

``Suami yang memahami kekuatan isteri membantunya dengan memberikan semangat serta bantuan fizikal dan material diberikan oleh suami ketika isterinya berada dalam keadaan `lemah','' katanya.

Shafiee menjelaskan betapa pentingnya seorang suami menghormati isteri, tidak pernah lupa untuk mengucapkan terima kasih, benar-benar mendengar semasa isteri sedang bercakap, menguruskan rumah tangga dengan semangat sepasukan, mementingkan pendapat isteri serta berlaku adil dengan isteri.

Sebagai lelaki yang bergelar bapa pula, mereka wajib memberi nafkah, menjaga anak, memimpin, mendidik, menasihat mendisiplin dan memberikan kasih sayang kepada anak-anak mereka.

``Jika boleh sentiasa menghabiskan masa bersama anak-anak, beriadah dan berekreasi bersama mereka, menjauhkan keluarga dari persekitaran yang tidak sihat, menjadi teman kepada anak-anak dan mengawal anak-anak menggunakan disiplin.

``Tiga strategi untuk `mendisiplin-kasih' anak-anak ialah dengan cara mengukuhkan hubungan ibu-bapa dan anak secara profesional, komunikasi yang berkesan serta pendekatan psikologikal,'' ujarnya.

Sebagai anak pula, golongan ini juga perlu bertanggungjawab terhadap ibu bapa, memberi sumbangan kepada mereka, membantu, menziarah serta menjalin hubungan mesra dengan sanak saudara.

Cinta, cinta ,Cinta!


"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaan-Ku pada hari ini, Aku perlindungi mereka dibawah naungan-Ku pada hari yang tiada lagi naungan kecuali nuangan-Ku" (Riwayat Muslim)


C-I-N-T-A. Mengeja lima huruf tadi ternyata tidak semudah mendeskripsikan wujudnya. Definisi etimologi, terminologi, maupun historikal sekalipun tidak dapat menghindarkan adanya multi tafsir atas eksistensinya. Idealnya, semua orang pasti pernah merasakan cinta, entah kepada siapa cinta itu ditujukan dan dari sudut mana kita menafsirkan cinta itu.

Dalam Islam, cinta atau al-hub dalam bahasa Arab adalah suatu hal yang sangat dianjurkan . Rasulullah S.A.W. memberikan contoh konkrit ketika ia memanggil Aisyah r.a. dengan sebutan humaira (pemilik pipi yang kemerah-merahan) karena kalau marah wajahnya berubah menjadi merah. Begitu romantisnya Rasulullah terhadap Aisyah dan juga isteri-isterinya yang lain, semua itu dilakukan atas dasar cinta.


Cinta dalam Islam bukan sekadar nafsu yang diaktualisasikan dalam hal-hal yang berhubungan dengan fizikal. Lebih dari itu, cinta adalah pertemuan antara ruh dengan ruh, kerinduan jiwa dengan jiwa, bukan fizikal dengan fizikal. Kemudian mengalirlah sebuah perasaan yang suci, bagai glasier yang cair dari pergunungan ais.

Agama Islam adalah agama percintaan dan kasih sayang. Firman Allah di dalam surah Ar-Rum ayat 21, “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.

Di dalam urusan agama, Allah mengingatkan kita: (maksudnya) Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (Surah Ali-‘Imran, ayat 31)

Kata al-Hafizd Ibn Kathir (meninggal 774H): “Ayat ini adalah pemutus kepada sesiapa yang mendakwa mencintai Allah tetapi tidak di atas jalan Muhammad. Maka sesungguhnya dia adalah pendusta atas apa yang didakwanya, sehinggalah dia mengikuti syariat Muhammad dan agama nabawi dalam semua perkataan, perbuatan dan hak ehwalnya seperti yang pasti dalam Sahih al-Bukhari daripada RasululLah s.a.w: Sesiapa yang beramal dengan suatu amalan yang tidak di atas petunjuk kita, maka dia ditolak” (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/366, Beirut: Dar al-Ma’rifah)


Cinta bukan satu-satunya sumber kebahagiaan, tapi tanpa cinta adalah sumber kemalangan dan kesengsaraan. Cinta dalam konteks kebahagiaan tidak akan dapat terwujud kecuali di dalam hati seseorang itu terdapat perasaan redha dan ikhlas dalam menghadapi setiap “ujian” cinta. Kenapa ujian? Kerana tidak ada satupun cinta yang tidak diuji. Ujian itu bukan sebagai rintangan, tapi lebih sebagai alat pengukur untuk mengetahui seberapa dalam cinta dan seberapa besar pengorbanan yang dapat dia berikan untuk seseorang yang dia cintai. Analogi yang secara nyata ditunjukkan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-NYA yang mencintai-NYA iaitu akan senantiasa diuji dan diuji. Semoga Allah menunjukkan kita cinta yang haqiqi.

Demikian dimuliakannya cinta dalam Islam bahkan Allah S.W.T. memberikan apresisasi yang sangat tinggi kepada insan-insan yang saling mencintai karena-NYA. Rasulullah bersabda “Sesungguhnya di surga terdapa pilar-pilar dari yakut, di atasnya ada kamar-kamar dan zamrud. Kamar-kamar ini memiliki pintu yang terbuka dan bersinar seumpama mutiara." Para sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah penghuninya?" Beliau menjawab, "Orang-orang yang saling mencintai karena Allah, orang-orang yang duduk bersama karena Allah dan orang-orang yang bersua karena Allah." (Riwayat Al-Bazzar, dilemahkan oleh Al-Albani dalam At-Targhib dan di-hasan-kan oleh para pen-tahqiq At-Targhib).

Mengapa  Allah S.W.T. memberikan kedudukan yang tinggi bagi orang-orang yang mencintai karena-NYA? Karena cinta seperti itu sangat sulit dilakukan kecuali orang-orang yang bersih jiwanya, ikhlas dan mampu melihat keredhaan Allah di setiap aspek kehidupannya. Dunia ini penuh dengan kefanaan yang siap menerkam siapa saja yang menjadikan nafsu sebagai budaknya. Hati-hati, karena nafsu dapat merubah raja menjadi budak dan sebaliknya, budak menjadi raja.


Apakah yang dikatakan dengan cinta? Pada buah fikiran saya, inilah yang dapat saya rungkaikan :


1)  Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal sedemikian itulah yang dikatakan bercinta-cintaan kerana Allah Ta'ala.


2)  Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya di dalam selok-belok agama, dan mengarahkannya untuk bertaat setia terhadap Tuhannya, maka hal sedemikian itu juga dikira bercinta-cintaan kerana Allah.


3)  Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana orang itu membantunya dalam urusan keduniaan, yang mana dengannya pula ia dapat mengurus urusan akhiratnya, maka itu juga termasuk cinta-mencintai kerana Allah.


4)  Ataupun jika ia mencintai orang itu dan bersahabat dengannya, kerana dirinya merasa senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang senang berkawan dengan orang itu, dan dadanya merasa lapang bila duduk bersama-sama dengannya.


5)  Ataupun orang itu dapat menolongnya di dalam urusan dunianya, dan di dalam hal-ehwal kehidupannya, yang menerusinya ia dapat hidup senang-lenang, maka cinta serupa itu adalah cinta biasa yang tidak ada kena-mengena sedikit pun dengan Allah.


6)  Adapun jika ia bersahabat kepada seseorang, kerana orang itu sentiasa menemaninya untuk pergi ke tempat maksiat, atau membantunya untuk menganiaya orang, ataupun memimpin dan menunjuknya ke jalan-jalan fasik dan mungkar, maka persahabatan dan kecintaan serupa itu adalah persahabatan dicela dan kecintaan yang tidak berguna, kerana ia menarik kita ke jalan syaitan, yang tidak kena-mengena dengan Allah. Persahabatan dan kecintaan serupa inilah yang akan bertukar menjadi permusuhan di akhirat.

Saya, sebagai hamba yang merasai cinta seorang insan, menghadirkan rasa pentingnya kita dalam  meminta petunjuk Allah tika mencari cinta insan. Beramallah dengan doa yang dilafazkan oleh Rasulullah s.a.w.  ketika mana Allah bertanya kepada baginda, “apakah yang engkau ingin minta kepadaku? Agar aku perkenankan ianya.” Lantas Rasulullah berdoa, meminta kepada Allah s.w.t. :

أللهم إِنِّيْ أًسْألُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ والعَمَلُ الذي يُبَلِّغُنِي إِلى حُبِّكْ


maksudnya : “ wahai Tuhanku, aku memohon pada-MU cinta-MU, jua cinta orang yang mencintai-MU, jua amal perbuatan yang akan mendekatkan diriku pada cinta-MU.” (hadith riwayat Imam Ahmad)

 Antara keperluan jua ialah melakukan solat istikharah. Istikharah adalah tempat pengaduan dan luahan secara total pada Sang Maha Kuasa.Bukan setelah kita suka pada seseorang itu,baru kita mahu istikharah.Kerana kadang-kadang,cinta yang telah meresap dalam jiwa itu,akan terus mempengaruhi keputusan kita dalam memilih pasangan itu.Jadi,keputusan itu bukan datangnya dari Allah,tapi dari hati yang telah dirasuk perasaan cinta itu.Oleh itu,haruslah kita pusatkan tumpuan kepada Allah ketika tunduk sujud pada-Nya dalam istikharah.Mungkin ramai yang katakan ini hanya sebuah retorik bahasa dan teori,tapi sedarlah bahawa kuasa manusia itu terbatas.Hanya Allah sahaja tempat pencarian dan pengaduan kita dalam segala hal,terutama bagi insan yang terkapai-kapai mencari cinta.


Solusinya

Solusinya,sebuah ikatan itu bukanlah sebuah hubungan yang main-main dan tiada arah tuju.Sebuah hubungan haruslah diakhiri dengan sebuah ikatan yang sah dengan nama perkahwinan.Untuk mencari pasangan haruslah mencari dengan pertolongan, dan sandaran kepada yang Esa.Bukan semudah kata, “Dia jodoh aku,aku nak kahwin dengan dia.” Tapi ucaplah, “InsyAllah dengan izin Allah,setelah berusaha dan istikharah sepenuhnya kepada Allah,pasti wanita itu menjadi isteriku.”

[“Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)” (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari).]

Artikel ini tulus untuk semua pembaca,dan menjadi peringatan yang terakhir dan keramat untuk penulis sendiri.Hubungan itu bukanlah sesuatu yang boleh diperlakukan dengan main-main,kerana pengakhiran hubungan yang menanti adalah ikatan perkahwinan yang membawa hingga ke akhirat.WaAllahualam...

..izinkan aku m'cintainya dgn redha Mu..

Ya Allah..izinkan aku m'cintainya dgn redha Mu.. 

Apabila Fitrah menjadi Fitnah

Artikel ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab sebab mengapa ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa berdepan dengan risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi risiko adalah satu lumrah kehidupan kita.

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.


Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta.

Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri.

Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan! Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat.


Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.

Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.

Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya? Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.


Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga.

Lebih dari itu pun banyak berlaku.

Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram, bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.

Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.


Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH.

Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!


Soalnya bagaimana?

Iringilah dengan niat untuk SEGERA berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.


Sabda Rasulullah saw, "Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya" Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.

Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH.

Tips memilih SUAMI

Cara-cara memilih suami, atau ciri-ciri lelaki pilihan...


Susah nak ulas bab ni, kena minum susu banyak-

banyak agar otak segar dan subjek jelas. Ini bukan kerja main-main lalu kita boleh buat sambil melepaskan batuk di escalator, atau tulis sekadar nak buat lawak.


Ini cerita serius.



Suami itu penting. Selain untuk menentukan generasi masa depan rumah awak, suami juga tempat untuk awak bergantung, bercerita, bertangis, bertawa, berpelukan dan suamilah juga orang yang akan awak pimpin untuk ke depan berjumpa Allah kelak.



Oleh itu proses memilih suami cukup kritikal dan serius. Bahkan, selagi proses itu tak menunjukkan hasil, tak kahwin pun tak kahwinlah. Lebih baik daripada dapat suami yang buat kita sengsara dan menyesal hingga ke akhir hayat.



Memandangkan zaman ini zaman yang menyajikan dugaan yang cukup sukar, besar, durjana dan jahannam; sedikit sebanyak proses memilih suami itu turut tergugat. Apatah lagi dengan nisbah perempuan kepada lelaki yang semakin membimbangkan, itu belum tolak kaki dadah, lemah tenaga batin, peragut, suami orang (ehem), gay, dan juga lelaki yang tak berapa kelihatan seperti lelaki. Sedangkan rata-rata gadis sekarang cantik, lawa, berbudi bahasa, sopan santun, patuh dan cerdik. Nampak sangat tak seimbang di situ.



Maka, adik-adik, dengar nasihat abang ni. Pilih lelaki yang:

  1. Tak hensem dan tak juga barai sangat. Kalau hensem macam Robert Pattinson kita kasi markah 85%, dan NurShahrul Idlan Talaha kita kasi 50%, korang cari sekitar 40% ke 60% tu kita dah cukup semangat. Orang kata sedang-sedang sedap mata memandang bahkan yang sedap itu bukan sekadar di mata tetapi.... Tetapi di hati...
  2. Lelaki tak berapa hensem dia appreciate kecantikan gadis dan pada masa sama punyai elemen 'romantis' yang kuat. He may be a little bit protective, mengongkong, itu cuma reaksi atau ekspresi 'jantan' jaga hak, sempadan atau kepunyaan seperti kucing jantan pancut kencing di tayar kereta. Girls, you can manage this, you can take an easy care of a man of this kind. Most handsome man (score 80 ke atas) are self-centered, appreciate only what pleases him.
  3. Lelaki yang bersih dan kemas, dan tidak terlalu serabai, tidak terlalu kemas. Dia cekap sesuaikan pakaian ikut peristiwa dan kejadian (occasion) 
  4. Lelaki yang tak hisap rokok. Kalau dia penuhi kriteria lain, tetapi dia merokok, cuba panjangkan isu rokok merokok ini sepanjang perkenalan even selepas kahwin sampai dia fed up dan berhenti. To be both a 'passive smoker' and a wife is not a good combination, moreover to nurture your kids right from your womb. 
  5. The way he talk, shows his character. Kalau dia suka cakap fasal diri sendiri, he's not independent and egoistic. Cari lelaki yang suka bercakap/bercerita/menceritakan subjek yang selain dari dirinya. Suka cerita fasal cuaca, filem, binatang, travel dan sebagainya. Dia juga tak bercakap tentang orang lain. Content perbualan dia menunjukkan frame of interest dia di mana dan bagaimana. Hayati juga bagaimana dia express comment dia terhadap some issues.
  6. Memahami dan bertolak ansur, justeru kelihatan sangat romantik.
  7. Pilih kawan-kawan dia. Kalau kita mengenali seorang lelaki yang menawan, hensem, baik dan kita jatuh cinta tanpa ragu-ragu, tiba-tiba dia sebenarnya tak available senang cerita tunang orang. Maka sila target kawan-kawan dia. From the beginning pun bila kita berkawan dengan orang yang menawan, sila berkawan juga dengan kawan-kawan dia. Tak hensem sikit pun, cuba bagi kawan dia tu peluang mungkin he got potential to be better guy, it is just about time.
  8. Hindari lelaki yang mencarut bila terkejut atau terperanjat. What you do or think in repetition over time will become habit. If he said, mana I sengaja, tak sengaja tiba-tiba terkeluar perkataan tu, nak buat macam mana I terkejut b.itu satu statement tak boleh pakai dan merepek. 
  9. Cari lelaki di tempat-tempat ilmu, seperti masjid, gotong royong hapuskan aedes, bersihkan kubur, derma darah dan sebagainya.
  10. Kenali mak ayah dia, do some study dan research tentang dia dan keluarga dia.
  11. Solat hajat, minta petunjuk selalu.

Nak mengorat lelaki kena sabar dan kering. Usah terlalu cemburu, gelenya dan gedik. Lelaki akan tahu kalau seorang perempuan ada hati kat dia. So, awak tak payah nak cakap terus terang, just bagi hint-hint istimewa seperti hadiah harijadi, poskad, (poskad?) err, atau anything yang kita buat dia rasa special.


He will go to any length to say the three words first. The effort driven by love, definitely.

Do not put most of your energy and time in one bucket, explore other possibilities that will always increase the potential and efficiency. Jangan layan stim dan hormon hingga kita terlalu fokus/tertumpu pada seorang jejaka, izinkan diri untuk berkawan dengan semua. Dari situ kita sebenarnya berlatih menjadi seorang gadis yang disenangi semua. 

Cinta akan tumbuh seperti pokok dan menghijau dan membesar. Be patient and take a good time for it. Jangan terburu-buru bahkan fikir panjang-panjang.

Kalau ada lelaki terburu-buru ucap kata cinta. That's either fake or baseless. I can say that it is normal for a girl to say 'I love U' after one second she knows a man. Woman feels, man thinks. A good man may take forever to utter the three words. But remember, a good girl can know. Be a good girl, you will know who's the best for you.

Just sharing from other..hehe