banner

banner

Friday, August 10, 2012

ADAB-ADAB PUASA


1) Memelihara lidah dan anggota badan daripada melakukan maksiat

من لم يدع قول الزور والعمل به والجهل فليس لله حاجة في أن يدع طعامه وشرابه
Maksudnya: Sesiapa yang tidak meninggalkan kata-kata yang palsu dan beramal dengannya, dan melakukan perbuatan yang buruk, maka Allah tidak menerima amalannya dalam perkara dia meninggalkan makan dan minum ( dia berpuasa). (H.R. al-Bukhari)

2) Memberitahu bahawa kita berpuasa sekiranya diajak makan
إذا دُعِيَ أَحَدُكم إلى طعام وهو صائمٌ فليقلْ : إني صائم
Maksudnya: apabila seseorang daripada kamu diajak untuk makan dalam keadaan dia berpuasa, maka hendaklah dia berkata, aku berpuasa. (H.R. Muslim)

3) Membaca sesuatu bacaan sebelum berbuka puasa
ذهب الظمأ ، وابتلت العروق ، وثبت الأجر إن شاء الله
Maksudnya: telah hilang dahaga, dan basahlah urat, serta tetaplah pahala insyaAllah.
( H.R. Abu Daud)

Diriwayatkan juga bahawa Baginda berkata (berdoa): 
اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت
Maksudnya: Ya Allah ya Tuhanku, keranaMu aku berpuasa dan di atas rezekiMu aku berbuka. (H.R. al-Baihaqi)

4) Memulakan berbuka dengan tamar (kurma) atau air
إذا كان أحدكم صائما فليفطر على التمر ، فإن لم يجد التمر فعلى الماء فإن الماء طهور
Maksudnya: Apabila seseorang kamu berpuasa, maka hendaklah berbuka dengan buah tamar. jika tiada, maka berbukalah dengan air kerana sesungguhnya air itu suci lagi menyucikan.
(H.R. Abu Daud)

5) Menyegerakan berbuka
لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر
Maksudnya: manusia sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka.
( H.R. al-Bukhari)

Diriwayatkan juga dalam hadis lain:
لا يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر. إن اليهود والنصارى يؤخرون
Maksudnya: Agama ini sentiasa utuh dan kuat selama mana manusia (umat Islam) menyegerakan berbuka, kerana orang yahudi dan Nasrani sentiasa melewatkannya.
(H.R. Abu Daud)

6) Melewatkan sahur
تسحروا فإن في السحور بركة
Maksudnya: Bersahurlah kerana sesungguhnya bersahur itu ada berkat. (H.R. Muslim)

Berkata Amru bin Maimun r.a.:
كان أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم أعجل الناس إفطارا وأبطأهم سحورا
Maksudnya: Para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. ialah orang yang paling meneygerakan berbuka puasa dan paling melewatkan sahur. (H.R. al-Baihaqi)

No comments:

Post a Comment