banner

banner

Saturday, August 25, 2012

Kasih Kepada Rasulullah S.A.W



Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya:

     Didiklah anak-anak kamu atas tiga sifat iaitu: cintakan nabi mereka, cintakan keluarga Nabi dan membaca al-Quran.
( Riwayat At-Tabrani )
Huraian Hadis: 
1. Kita perlu beradab dengan Rasulullah S.A.W dalam semua keadaan sekalipun baginda sudah wafat.

2. Adalah tidak memadai mengasihi Rasulullah S.A.W dengan sekadar berselawat memuji baginda sahaja sedangkan diri kita tidak pernah mencontohi segala   
    tindakan dan akhlak baginda tetapi mengasihi Rasulullah S.A.W mestilah disertakan dengan segala tindakan anggota badan iaitu dengan mendirikan segala
    kewajipan beribadat serta berusaha melaksanakan tuntutan yang lain sebagai menandakan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebenaran
    Islam yang dibawa oleh baginda.

3. Cintakan keluarga baginda pula bererti menjaga kemuliaan atau nama baik keluarga Rasulullah S.A.W iaitu tidak membiarkan sebarang fitnah dan cercaan
    berlaku oleh orang-orang kafir atau mereka yang mahu mengkhianati Islam.

4. Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah S.A.W, maka sebagai menjaga keteguhan iman dan aqidah, seorang Muslim itu hendaklah sentiasa membacanya
    dan menjadikan al-Quran sebagai petunjuk dan pedoman agar terhindar daripada kejahatan dan kesesatan.

If you’ve tried to lose weight before and failed, take heart. Herbalife’s science-based ShapeWorks™ Program combines Cellular Nutrition and the power of protein so you can manage your hunger, maintain a healthy metabolism and feel energised as you lose those unwanted kilos.

The ShapeWorks™ Program is simple, easy-to-follow and delicious, offering you everything you need for lasting weight-loss success.

No comments:

Post a Comment