banner

banner

Saturday, August 11, 2012

Perkahwinan Jarak Jauh: Bual Pagi di FB

Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!

  • Mashitah Abdul Moin
    • Teringat apek driver teksi pernah sembang, kalau kahwin… duduk satu rumah, jangan duduk jauh-jauh, susah duduk jauh-jauh… banyak masalah. Dan apa pandangan ustaz, pasangan yang bermasalah dalam hubungan mereka mencari penyelesaian dengan tindakan tinggal di rumah berasingan dengan alasan tempoh menenangkan diri? 
     
  • Abdul Muiz Abdul Wahab
    • Hmm.. saya antara yang masih PJJ. Nikah Januari lepas. Takut jugak apa yang ustaz katakan tu berlaku.. ‘Keselesaan’ yang bakal membinasakan. . Nauzubillah.
     
  • Hasrizal Abdul Jamil
    • Berkahwin tetapi berjauhan daripada pasangan, boleh memberikan ‘nikmat’ yang tidak dikecapi sama ada oleh orang bujang mahu pun yang telah berumahtangga iaitu hidup macam orang bujang tetapi tiada tekanan untuk berkahwin sebab sudah berkahwin.
     
  • Mohd Yusry Mohd Yusopp
    • Ya. Saya sedang melalui perkahwinan jarak jauh. Bukan mudah buat masa ini. Setakat mendapat support emosi dan psikologi dari jarak jauh. Sedang berusaha untuk tinggal bersama.
     
  • Ahmad Azri
    • Bagaimana pula dengan perkahwinan jarak dekat, tapi dirasakan jauh? Walau pun tidur setilam, namun dirasakan jauh sebatu.
     
  • Rahimah Rahim
    • Hmmm… saya dikelilingi rakan-rakan yang berstatus weekend wife/husband. Saya nampak masih boleh survive hingga ada perkahwinan yang dah berlangsung selama lebih 5 tahun. Yang paling penting pasangan harus sangat memahami dan sangat bertoleransi.  Malahan, housemate saya juga weekend wife. Kalau saya juga tiada pilihan, saya juga tak kisah untuk menjadi weekend wife kerana saya tahu tuntutan kerja akan membuatkan saya berada di tempat sekarang lebih lama. Bukankah teknologi sangat canggih sekarang? Banyak cara untuk kita maintain effective communication. Yang penting juga COMMUNICATION dan tak jealous tak tentu pasal. Itu pandangan saya sahaja based on what i see in my environment.  Wallahua’lam.
     
  • Omar Elbaritii
    • Komunikasi hanya mengenyangkan satu aspek dalam tubuh seorang manusia. Weekend hubby biasanya untuk isteri kedua, ketiga atau empat. Mungkin juga yang pertama. Tapi, jika yang di hujung minggu itu hanya seorang isteri, mungkin dia dimadukan diam-diam? Dan apakah ia halal atau haram? Iman di dada seorang suami mesti kental dengan situasi begini.
     
  • Rahimah Rahim
    • Iye, agree. Communication is only part of it.Tapi itulah kata pepatah kut, sayang bini tinggal-tinggalkan ( Saya pun tak berapa faham sebab saya tak jadi isteri lagi), tapi iman memang harus kental especially bila dah beranak pinak. Cuma yang saya nampak, mereka menggunakan ‘masa lapang’ jauh dari wife/husband sebagai bujang yang masih terbatas, contohnya bersukan. Mungkin kebaikannya di kawasan saya very less entertainment kecuali futsal. Tapi mungkin kita boleh tengok environment juga kerana environment saya di sini, dah terlalu ramai yang PJJ. Jadi semua org boleh compromise tentang PJJ ni. Cuma kalau ikut pengalaman sendiri, memang pernah calon suami saya batalkan perkahwinan kerana tak sanggup PJJ. So, saya anggap bukan jodoh saya yang terbaik. Wallahua’lam.
     
  • Hasrizal Abdul Jamil
    • PJJ menjadi sebab yang signifikan untuk sesetengah pasangan susah mendapat anak sebab hubungan kelamin dibuat pada waktu bertemu yang isteri masa tu tak subur. Itu satu bab. Dah ada anak, anak perlukan dua figure untuk mendidiknya ialah ibu dan bapa. Apabila bapa tak dapat berperanan dengan baik, akan ada cacatnya pada proses tumbesaran itu, hingga ke tahap, anak lelaki yang kurang spend masa dengan figure bapa boleh mengalami kesongsangan jantina (gay). Dan sudah tentu bila isteri atau suami spend waktu lunch dan dinner dengan kawan-kawan setiap hari, ada kesan jangka pendek dan panjang yang tidak baik…. Kekangan kerja memang susah. Yang penting jangan mengalah!
     
  • Atie Zam
    • Totally agree!
     
  • Ahmad Kamal Hafiz Kamarulzamil
    • Masalah ‘Touch n Go’ juga akan terjadi dalam PJJ. Kesannya.. ramai juga tahu malapetakanya…
     
  • Omar Elbaritii
    • Sekarang dah banyak dalam industri berkerjaya, unofficial partner. Pergi meeting, lunch, dinner dengan teman sesyarikat, tapi bukan isteri.
     
  • Mohd Hamzah Abdullah
    • PJJ dalam bidang pelajaran juga jadi kemudahan kepada para siswa namun banyak komen umum terhadap kualiti para siswa apalagi dengan keluarga PJJ, bagus untuk menghalalkan hubungan tetapi masih akan berhadapan dengan pelbagai masalah lain.
     
  • Aiman San
    • ” Apabila bapa tak dapat berperanan dengan baik, akan ada cacatnya pada proses tumbesaran itu, hingga ke tahap, anak lelaki yang kurang spend masa dengan figure bapa boleh mengalami kesongsangan jantina (gay).” Boleh ustaz huraikan sikit tak? Mungkin ada statistical figure or experience ustaz dengan client yang macam ini..
     
  • Anas Rosedi
    • Macam permasalahan sikap jugak ustaz, kalau dunia yang dicari sebelum kahwin, dunia juga yang akan dikejar lagi selepas kahwin, umpama minum air laut, makin banyak makin dehydrated, makin haus.. moga-moga niat itu ikhlas kerana Allah.
     
  • Mohd Azimin Elias
    • Bukan dunia semata-mata, tetapi menunaikan tanggungjawab dan amanah kerjaya seperti kerjaya yang memerlukan seseorang itu kerap bekerja di luar kawasan.T api pasangan perlu sentiasa bersikap positif menempuh perkahwinan jarak jauh ini.
     
  • Hasrizal Abdul Jamil
    • Kenyataan asal saya tidak meletakkan sebarang judgement terhadap mereka yang duduk jauh antara suami dan isteri. Ada banyak sebab. Ada sebab yang baik. Ada sebab yang tidak baik.  Tetapi yang dibincangkan ialah, sama ada sebabnya baik atau tidak baik, kesan-kesan sampingan duduk berjauhan itu mesti diambil kira. Maka kedua-dua mesti ada cita-cita dan usaha untuk duduk bersama sebab itu FITRAHNYA. Melanggar fitrah akan mengundang banyak kesan sampingan yang tidak baik.
RENUNGAN
Perkahwinan jarak jauh jarang berlaku atas kehendak pasangan yang berumahtangga. Lazimnya ia berpunca daripada komitmen kepada kerja seperti doktor, jurutera carigali, guru malah mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kita perlu ingat, manusia dikurniakan oleh

Allah kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran hatta dalam situasi yang paling sukar. Justeru, kemampuan seorang suami dan isteri menyesuaikan diri dengan jarak yang memisahkan mereka, tidak harus menjadi satu-satunya penentu kepada baik atau tidaknya PJJ itu.
Perkahwinan ada tujuan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’aala:

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterang an (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” [al-Room 30: 21]
Rumahtangga adalah tempat manusia mengecap damai. Sakinah dikurniakan Allah apabila seorang suami berada di sisi isteri, dan demikian juga sebaliknya. Inilah faktor terbesar mengapa di zaman Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, beliau membuat polisi tidak membenarkan tentera keluar berperang meninggalkan isterinya lebih daripada empat bulan, atau enam menurut pendapat lain.
Suatu malam, Umar mendengar seorang wanita menyanyikan sebuah syair yang menimbulkan rasa takut yang luar biasa kepada Amir al-Mu’minin:
Malam ini terasa panjang,
Aku dibalut kegelapannya,
Mataku enggan lena,
Tiada teman untuk bersenda,
Demi Allah, jika tidak kerana takutku kepada-Nya,
Bergoncanglah katil ini dari sisi ke sisi!
Umar memanggil wanita itu dan bertanyakan perihal dirinya. Beliau menceritakan keadaan dirinya yang ditinggalkan suami atas misi ketenteraan untuk satu tempoh yang panjang. Mendengar akan hal itu, Umar bertanya kepada anak beliau, Hafsah radhiyallahu ‘anha, yang ketika itu adalah balu kepada Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Soal beliau “berapakah tempoh seorang wanita mampu berpisah dengan suaminya?
Hafsah menjawab, “empat bulan!”
Lalu Umar menetapkan polisi agar tenteranya tidak pergi menyertai misi ketenteraan lebih daripada empat bulan.
Seorang suami yang meninggalkan isteri kerana kekangan kerja, harus untuk meninggalkannya lebih daripada tempoh itu jika isteri memberi restu. Hak yang terbabit adalah hak isteri untuk digauli oleh suaminya. Namun apakah kita secara mudah mengambil pilihan yang paling berisiko itu? Apakah harga yang mampu dibayar atas kehilangan masa-masa yang berharga, tambahan pula jika anak-anak turut terbabit sama.
Isteri mempunyai hak ke atas suami.
Suami mempunyai hak ke atas isteri.
Anak-anak, mudah-mudahan dikurniakan rezeki beroleh anak, juga ada hak ke atas ibu dan bapa.
Kesempurnaan fizikal, mental, emosional, spiritual, memerlukan didikan dengan kombinasi ayah dan ibu. Andai berpisah nyawa, atau talaq sudah membataskannya, tiadalah banyak yang boleh dikata. Namun dengan sengaja membiarkan jarak memisahkan suami dan isteri ketika pilihan yang lebih baik itu ada, falaa yalumanna illa nafsah, yakni janganlah disalahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri!
Berusahalah untuk segera kembali bersama.
Di satu sudut yang unik di Malaysia, jururawat yang mahu bekerja di negara Arab, mesti berbincang dengan baik bersama suami. Tempoh kerja mestilah mematuhi perjanjian yang disepakati. Jangan sewenang-wenangnya membiarkan suami di tanah air. Jangan biarkan dirimu selesa dengan perpisahan itu.
Antara keelokan Islam, ia bukan sahaja memuliakan pernikahan, malah tegas menutup pintu-pintu fitnah dan kemusnahan.
Berusahalah!
ABU SAIF @ www.saifulislam. com

 IF U GUYS NAK LOSE WEIGHT , GAIN WEIGHT DAN MAINTAIN SIHAT 
pun boleh just ASK ME HOW n boleh inbox saya :) or hanya tidak perlu senaman, mudah diikuti dan keberkesanannya dijamin 100%!

-> Penampilan baru yang lebih muda & sedap mata memandang
-> Daya tahan terhadap penyakit terbina secara semulajadi
-> Tidak perlu berlapar
-> Masih boleh menikmati makanan kegemaran
-> Badan sentiasa segar dan bertenaga sepanjang hari
-> Tiada sebarang kesan sampingan
-> Anda tidak perlu malu lagi di khalayak ramai!
-> Tiada orang akan mengata anda lagi!
-> Tiada lagi penyakit yang membimbangkan kerana kegemukan

No comments:

Post a Comment