banner

banner

Friday, August 10, 2012

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIJAUHI SEPANJANG BULAN RAMADAN


1. Al-Wisal (penghubung)

Al-Wisal ialah puasa dua hari atau lebih tanpa makan dan minum (berbuka) antara kedua-duanya. Imam Asy- syafi’I menjelaskan bahawa ia makruh dan pendapat yang asah (kuat) ialah makruh tahrim

Abu Hurairah R.A : Rasulullah saw melarang daripada Al-Wisal. Lalu seorang lelaki daripada kalangan muslimin berkata : “ Sesungguhnya kamu juga melakukan wisal wahai Rasulullah.” Jawab Rasulullah saw :

وأيكم مثلي إني أبيت يطعمني ربي ويسقيني
Maksudnya :Siapakah daripada kalanganmu yang serupa denganku? Sesungguhnya aku bermalam dalam keadaan tuhanku memberi makan dan minum kepadaku.

Tatkala para sahabat enggan berhenti daripada melakukan wisal, nabi saw terus wisal dengan mereka sehari demi sehari. Kemudian, mereka melihat anak bulan. Abu Hurairah r.a rasulullah saw  bersabda :

فقال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم : لو تأخر الهلال لزدتكم
Maksudnya : sekiranya anak bulan terlewat untuk terbit, pasti aku akan tambah lagi (hari-hari wisal).

Seolah-olah ingin menakutkan mereka ketika mereka enggan berhenti (melakukan wisal). Tujuan larangan Al-Wisal adalah kerana ia menyebabkan kelemahan serta menguruskan badan bukan disebabkan ibadat. Adapun Rasullullah saw, jika makan dan minum baginda di sisi Allah adalah hakiki, maka baginda sebenarnya tidak berwisal.

Sekiranya ditakwilkan bahawa makan dan minum baginda merupakan gambaran kekuatan bersama Allah SWT serta kegembiraan bertaqarrub dengan-nya, maka sesungguhnya hal tersebut (taqarrub) menyamai makan dan minum dari segi menyegarkan kekuatan baginda. Malah, kekuatan tersebut lebih kuat daripada makan dan minum.

2. Bercium

Aisyah r.ha berkata :

كان رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقبل وهو صائم ويباشر وهو صائم ولكنه كان أملككم لإربه
Maksudnya :
Rasulullah saw ada bercium (dengan isteri baginda) sedangkan baginda berpuasa dan bersentuhan (dengan isteri baginda) sedangkan baginda juga berpuasa, namun baginda paling kuat menahan hajatnya (nalurinya).
Oleh itu, individu yang telah lanjut usianya dan berasa terselamat daripada godaan nafsu syahwat serta merosakkan puasanya, harus baginya bercium. Jika orang muda yang tidak berasa aman (selamat), dimakruhkan baginya (bercium). Ini adalah kerana perbuatan sedemikian membuka jalan kepada kerosakan atau berisiko ke arah merosakkan ibadah tersebut.

3. Berbekam

Telah sabit hadis shahih bahawa Rasulullah saw berbekam sedangkan baginda berpuasa.

Anas r.a ditanya, adakah kamu memakruhkan berbekam bagi orang yang berpuasa? Jawab beliau tidak, kecuali menjadi penyebab badan menjadi lemah.

Maka, sesiapa yang boleh menjadi lemah kerana berbekam, hukumnya makruh. Ini adalah kerana ia tidak terselamat daripada berbuka (akibat berbekam) atau menyebabkan berat untuk beribadat, maka dia akan berasa jemu dengan sebab berbekam lalu enggan beribadat kepada Allah.

4. Memakai Celak

Anas bin Malik r.a pernah memakai celak sedangkan beliau berpuasa.

Al-A’masy berkata : “Aku tidak melihat seorang pun daripada kalangan sahabat kami yang memakruhkan pakai celak bagi orang yang berpuasa.”

Ibrahim (An-Nakha’i) memberi rukhsah untuk memakai celak bagi orang yang berpuasa menggunakan sabir ( (الصَّبِر – air atau jus yang dihasilkan daripada sejenis yang pahit.

Ini tiada beza antara celak yang tajam sehingga rasanya masuk ke halkum dengan jenis lain. Namun, lebih baik (aula) menjauhinya sebagai keluar daripada khilaf para ulama’.

No comments:

Post a Comment