banner

banner

Wednesday, January 23, 2013

CARA RASULULLAH MAKAN

Ka’b bin Malik meriwayatkan :

أَنَّ النَبِّىَ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ كَانَ يَلْعِقُ أَصَابِعَهُ ثَلَاثًا       
 
Maksudnya : “ selepas selesai makan, Nabi s.a.w. menjilati jari-jari beliau sebanyak tiga kali.”

( Riwayat Tirmidzi )


Menurut Abu Iza, para perawi, selain Muhammad bin Basysyar, menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w menjilati ketiga jari beliau.


·         Anas bin Malik r.a :
كَانَ النَبِّى صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَ سَلَّمَ إِذَا أَكَلَ طَعَامًا لَعَقَ أَصَابِعَهُ
Maksudnya : “ Selepas selesai makan, Rasulullah s.a.w. menjilat ketiga jari-jari beliau.” 

( Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad )

·         Abu Juhaifah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

أَمَّا أَنَا فَلَا آكُلُ مُتَكِئًا
Maksudnya : “Saya tidak makan sambil bersandar

(Riwayat Tirmidzi, Bukhari,Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Baihaqi)

·         Ka’ab bin Malik r.a meriwayatkan :

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ وَ سَلَّمَ يَأْكُلُ بِأَصَابِعَهُ الثَّلَاثِ وَيَلْعَقُهُنَّ
Maksudnya : “Rasulullah s.a.w makan dengan menggunakan ketiga jari beliau. Selepas selesai makan, beliau menjilati ketiganya.”

( Riwayat Tirmidzi, Muslim Abu Dawud dan Ahmad )


·      Anas bin Malik r.a meriwayatkan :
أُتِىَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ بِتَمْرٍ , فَرَأَيْتُهُ يَأْكُلُ وَهُوَ مَقْعٍ مِنَ الجُوْعِ
Maksudnya : “Rasulullah s.a.w pernah diberi kurma. Saya melihat beliau makan sambil duduk dengan betis ditegakkan kerana lapar”.

( Riwayat Tirmidzi, Muslim, Abu Dawud dan Ahmad )

No comments:

Post a Comment