banner

banner

Wednesday, January 30, 2013

KESUKAAN RASULULLAH S.A.W. BERSIWAK

 
1.      Dari Ibnu ‘Umar r.a., dia berkata maksudnya:
 
“ Tidaklah Rasulullah s.a.w. tidur melainkan siwak ada di samping beliau. Manakala bangun tidur, beliau terus bersiwak ”.
 
( HR. Ahmad & Al- Bukhari )
 
2.      Dari Abu Hurairah s.a.w., dia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
 
“ Andaikata tidak memberatkan ummatku, pasti akukakan memerintahkan mereka untuk selalu bersiwak pada setiap kali hendak mengerjakan solat ”.
( HR Al-Bukhari & Muslim )
 
3.      Dari ‘Aisyah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
 
“ Siwak itu pembersih mulut dan mendatangkan redha Allah ”

                ( HR Al-Bukhari & Ahmad & An-Nasa-i)         
           
Keterangan : Al-“allamah ash-Shan’ani menyebutkan dalam Subulus Salaam bahawa dalam kitab al-Badrul Muniir menyatakan : Ada lebih dari seratus hadith yang menyebutkan tentang siwak. Namun, sungguh menghairankan, Sunnah Nabi s.a.w. yang banyak tersebut dilalaikan oleh kebanyakkan orang.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menghidupkan sunah-sunnah Rasulullah s.a.w. yang mana Rasulullah s.a.w. amat menjaga kesihatan dan kebersihan mulut dan gigi.

No comments:

Post a Comment