banner

banner

Wednesday, January 23, 2013

MUKJIZAT TERPANCUTNYA AIR DARI BATU DENGAN TERPANCUTNYA AIR DARI JARI JEMARI RASULULLAH S.A.W.

 
عن انس ، رايت رسول الله صلى الله عليه وسلم وحانت صلاة العصر والتمس الناس الوضوء فلم يجدوه ، فأتي رسول الله صلى الله عليه وسلم بوضوء ، فوضع يده في ذلك الإناء فأمر الناس ان يتوضؤوا منه ، فرايت الماء ينبع من اصابعه واطراف اصابعه حتى توضأ القوم.
قال رواية: فقلنا لأنس كم كنتم قال : كنا ثلاثمائة.
Daripada Anas, Aku melihat Rasulullah S.A.W. dan ketika itu telah masuk waktu sembahyang asar. Maka orang ramai pergi mencari air untuk berwudhu’ tetapi mereka tidak menemuinya. Maka didatangkan (dibawa) kepada Rasulullah S.A.W. air wudhu’nya. Lalu Baginda meletakkan tangannya ke dalam bekas tersebut dan menyuruh orang ramai mengambil wudhu’ daripada bekas tersebut. Aku melihat air terpancut dari celah jari jemari Rasulullah S.A.W. dan hujung jarinya sehingga semua kaum dapat mengambil wudhu’ daripadanya.[HR Bukhari]
Telah berkata perawi hadith : maka kami bertanya kepada Anas , Berapa ramaikah bilangan kamu semua ketika itu? kami seramai 300 orang.

Hadith ke 2 :

عن سالم بن ابي الجعد عن جابر قال : عطش الناس يوم الحديبية ورسول الله صلى الله عليه وسلم بين يديه ركوة فتوضأ منها واقبل الناس نحوه ، وقالوا: ليس عندنا ماء ماء الا ما في ركوتك ، فوضع النبي صلى الله عليه وسلم يده في الركوة ، فجعل الماء يفور من بين اصابعه كامثال العيون. وفيه ، فقلت : كم كنتم؟ قال جابر : لو كنا مائة الف لكفانا ، كنا خمس عشرة مائة.
Daripada Salim ibn al Ja’d daripada Jabir berkata: pada hari hudaibiah, orang ramai kehausan. Pada ketika itu, di hadapan Rasulullah S.A.W. terdapat sebuah bekas air. Lalu Nabi berwudhu’ dengan air yang terdapat di dalam bekas tersebut. Orang ramai datang bertemu dengan Nabi dan berkata, kami tidak mempunyai air melainkan yang terdapat di dalam bekas airmu itu. Maka Nabi meletakkan tangannya ke dalam bekas tersebut dan terpancutlah air dari celah jari-jarinya seperti mata air.
Maka aku ( perawi hadith iaitu salim ibn al ja’d) bertanya, berapa ramaikah kamu ketika itu? Jabir menjawab, sekiranya bilangan kami seramai 100,000 orang pun, air itu mencukupi! Dan kami seramai 1,500 orang (pada waktu itu).[HR Bukhari]

No comments:

Post a Comment