banner

banner

Thursday, February 7, 2013

Cara Duduk Rasulullah s.a.w


حدثنا موسى قال حدثنا عبد الله بن حسان العنبري قال حدثتني جدتاي صفية بنت عليبة ودحيبة بنت عليبة وكانتا ربيبتي قيلة أنهما أخبرتهما قيلة قالت : رأيت النبي صلى الله عليه و سلم قاعدا القرفصاء فلما رأيت النبي صلى الله عليه و سلم المتخشع في الجلسة أرعدت من الفرق
أخرجه البخاري في الأدب المفرد, التِّرمِذي في الشمائل)
Qabilah (r.anha) meriwayatkan mengenai cara duduk Rasulullah saw seperti berikut :

“ Aku melihat  Rasulullah (saw) duduk memaut lutut didaam masjid ( dengan keadaan tawaduk ) sehingga kementar tubuhku lentaran kehebatan baginda.”
( Hadith Riwayat Tirmizi )

Penjelasan:

Ulama-ulama berselisih pendapat mengenai cara duduk. Keadaan begini di ketahui ramai  di mana punggong akan berada di lantai sedangkan lutut diangkat serta di dakap ke dada. Kehebatan yang dilihat itu adalah suatu keadaan bimbang dan risau yang dialami oelh rasulullah saw. Kebimbangan ini bukan lah daripada jenis yang yang biasa.jadi baginda menyimpulkan bahawa sesuatu azab hampir-hampir akan melanda umatnya yang menimbulkan rasa bimbang yang amat sangat kepada baginda. Di dalam hadith ini juga menyatakan bahawa seorang sahabat telah ternampakwanita tua ini tadidalam keadaan terpegun lalu memberitahu kepada Rasulullah saw. Qailah r.a . ( perempuan tua tadi berkata ) saya berada betul-betul dibelakang Rasulullah saw.tanpa menoleh ke arahku baginda bersabda bersahaja:m” Wahai wanita, sungguh kasihan! Bertenanglah! “ sebaik sahaja ucapan ini terkeluar daripada mulut Rasulullah saw maka segala ketakutan dan gementar hilang daripadaku”.



BERTAKBIR DAN BERTASBIH KETIKA MELIHAT SESUATU YANG MENAKJUBKAN ATAU KETIKA MENCELA SESUATU


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « بَيْنَمَا رَجُلٌ يَسُوقُ بَقَرَةً لَهُ قَدْ حَمَلَ عَلَيْهَا الْتَفَتَتْ إِلَيْهِ الْبَقَرَةُ فَقَالَتْ إِنِّى لَمْ أُخْلَقْ لِهَذَا وَلَكِنِّى إِنَّمَا خُلِقْتُ لِلْحَرْثِ ». فَقَالَ النَّاسُ سُبْحَانَ اللَّهِ. تَعَجُّبًا وَفَزَعًا. أَبَقَرَةٌ تَكَلَّمُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَإِنِّى أُومِنُ بِهِ وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ

Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. telah berkata “Pada satu ketika seorang lelaki sedang menunggang seekor lembu, tiba-tiba lembunya itu menoleh kebelakang dan berkata: “Sesungguhnya aku diciptakan bukan untuk ditunggang tetapi untuk membajak.”Maka ketika itu juga para sahabat serentak mengucapkan “Subhanallah(maha suci Allah)”,dengan perasaan takjub dan takut, bagaimana seekor lembu boleh berkata-kata? Kemudian baginda bersabda: ‘dan aku percaya tentang hal itu,begitu juga Abu Bakar dan Umar’(H.R. Bukhari&Muslim)

وَإِنِّي لَأَرْجُو أَنْ تَكُونُوا رُبُعَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَكَبَّرْنَا ثُمَّ قَالَ ثُلُثَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَكَبَّرْنَا ثُمَّ قَالَ شَطْرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَكَبَّرْنَا
“Sesungguhnya, aku berharap agar kamu semua menjadi satu perempat penduduk syurga”.Maka, kami(para sahabat) bertakbir. Lalu, baginda berkata, “Satu pertiga penduduk syurga”. Kami pun bertakbir lagi.Kemudian baginda berkata lagi, “Setengah penduduk syurga”. Kami pun bertakbir lagi.(H.R.Bukhari&Muslim)

PENJELASAN HADIS

Hadis ini menerangkan tentang kepentingan mengucapkan takbir dan tasbih apabila mendengar atau melihat sesuatu perkara yang menarik sehingga mendatangkan perasaan takjub dalam diri kita. Ucapan tasbih dan takbir bertujuan mengembalikan semula nikmat yang kita perolehi kepada pemberi nikmat itu iaitu Allah S.W.T, ianya juga bertujuan bagi mengelakkan wujudnya sifat riak dan ujub dalam diri kita dan sentiasa ingat bahawa setiap perkara baik dan buruk itu datang daripada Allah S.W.T

Sunday, February 3, 2013

::Muzium Tentera Darat P.dickson::

Lawatan Suka Suki (*_*)

Selamat datang ke Muzium Tentera Darat Port Dickson..
Jalan nak pegi muzium ni memang lawa la..
jalan sume warna merah..=)

ni pintu masuk..lawa kan??hehe






Ni pintu masuk 1
muzium ni ada banyak pintu masuk..
lebih kurang 13 pintu dan lebih kot..

ni antara yang kami adik beradik dapat masa pegi..
sila la menjamu mata..