banner

banner

Thursday, February 7, 2013

BERTAKBIR DAN BERTASBIH KETIKA MELIHAT SESUATU YANG MENAKJUBKAN ATAU KETIKA MENCELA SESUATU


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « بَيْنَمَا رَجُلٌ يَسُوقُ بَقَرَةً لَهُ قَدْ حَمَلَ عَلَيْهَا الْتَفَتَتْ إِلَيْهِ الْبَقَرَةُ فَقَالَتْ إِنِّى لَمْ أُخْلَقْ لِهَذَا وَلَكِنِّى إِنَّمَا خُلِقْتُ لِلْحَرْثِ ». فَقَالَ النَّاسُ سُبْحَانَ اللَّهِ. تَعَجُّبًا وَفَزَعًا. أَبَقَرَةٌ تَكَلَّمُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « فَإِنِّى أُومِنُ بِهِ وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ

Daripada Abu Hurairah r.a.,Rasulullah s.a.w. telah berkata “Pada satu ketika seorang lelaki sedang menunggang seekor lembu, tiba-tiba lembunya itu menoleh kebelakang dan berkata: “Sesungguhnya aku diciptakan bukan untuk ditunggang tetapi untuk membajak.”Maka ketika itu juga para sahabat serentak mengucapkan “Subhanallah(maha suci Allah)”,dengan perasaan takjub dan takut, bagaimana seekor lembu boleh berkata-kata? Kemudian baginda bersabda: ‘dan aku percaya tentang hal itu,begitu juga Abu Bakar dan Umar’(H.R. Bukhari&Muslim)

وَإِنِّي لَأَرْجُو أَنْ تَكُونُوا رُبُعَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَكَبَّرْنَا ثُمَّ قَالَ ثُلُثَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَكَبَّرْنَا ثُمَّ قَالَ شَطْرَ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَكَبَّرْنَا
“Sesungguhnya, aku berharap agar kamu semua menjadi satu perempat penduduk syurga”.Maka, kami(para sahabat) bertakbir. Lalu, baginda berkata, “Satu pertiga penduduk syurga”. Kami pun bertakbir lagi.Kemudian baginda berkata lagi, “Setengah penduduk syurga”. Kami pun bertakbir lagi.(H.R.Bukhari&Muslim)

PENJELASAN HADIS

Hadis ini menerangkan tentang kepentingan mengucapkan takbir dan tasbih apabila mendengar atau melihat sesuatu perkara yang menarik sehingga mendatangkan perasaan takjub dalam diri kita. Ucapan tasbih dan takbir bertujuan mengembalikan semula nikmat yang kita perolehi kepada pemberi nikmat itu iaitu Allah S.W.T, ianya juga bertujuan bagi mengelakkan wujudnya sifat riak dan ujub dalam diri kita dan sentiasa ingat bahawa setiap perkara baik dan buruk itu datang daripada Allah S.W.T

No comments:

Post a Comment