banner

banner

Thursday, March 7, 2013

LARANGAN MENCELA MAKANAN

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال
ما عاب النبي صلى الله عليه و سلم طعاما قط إن اشتهاه أكله وإن كرهه تركه 
Maksudnya : Nabi Muhammad S.A.W Tidak Pernah Mencela Makanan, Apabila Baginda Suka, Baginda Makan Makanan Itu Dan Apabila Baginda Tidak Suka Baginda Meninggalkannya.(H.R. BUKHARI & MUSLIM)

PENERANGAN HADIS

IMAM AL-NAWAWI BERKATA : INILAH ADAB TERHADAP MAKANAN YANG DIANJURKAN OLEH ISLAM. ANTARA PERKATAAN YANG SERING DIUCAPKAN TERHADAP MAKANAN  YANG TIDAK DISUKAI SEPERTI ‘MASIN, TAWAR,MASAM DAN SEBAGAINYA’. SEKIRANYA KITA TIDAK SUKA MAKANAN TERSEBUT ADALAH LEBIH BAIK KITA MENINGGALKAN MAKANAN TERSEBUT DAN TIDAK MENCELA MAKANAN  ITU. TETAPI HADIS INI TIDAK TERMASUK DENGAN KEADAAN DIMANA RASULULLAH TIDAK MEMAKAN DHAB.
IBNU HAJAR PULA BERKATA : HADIS (ما عاب النبي صلى الله عليه و سلم طعاما) MEMBAWA MAKSUD MAKANAN YANG MUBAH(HARUS), ADAPUN JIKA MAKANAN YANG HARAM MAKA BAGINDA AKAN MENCELA DAN MELARANG UNTUK MAKAN MAKANAN TERSEBUT.


MENJILAT SISA MAKANAN DIJARI SEBELUM DICUCI DAN DIBERSIHKAN


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلَا يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا

Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah S.A.W Pernah Bersabda “Apabila Salah Seorang Dari Kamu Selesai Makan, Maka Janganlah Kamu Membasuh Tangan Sebelum Kamu Jilat Jari-Jari Sendiri Atau Menyuruh Orang Lain(Daripada Kalangan Orang Kamu Cintai Dan Tidak Merasa Jijik Dengan Kamu)Untuk Menjilat Jari Tersebut.(H.R.BUKHARI,MUSLIM & IBNU MAJAH)

عَنْ ابْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْكُلُ بِثَلَاثِ أَصَابِعَ وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا
Maksudnya : Daripada Ka’ab Bin Mas’ud, Rasulullah S.A.W Makan Menggunakan Tiga Jari, Lalu Baginda Menjilat Jari-Jarinya Sebelum Membersihkannya. (H.R.MUSLIM & ABU DAWUD)

PENERANGAN HADIS

AL-HAFIZ IBNU HAJAR RAHIMAHULLAH MENYEBUTKAN DALAM KITAB FATHUL BAARI “HADIS INI MEMBANTAH ORANG-ORANG YANG TIDAK SUKA MENJILAT JARI DENGAN ALASAN DIKATAKAN PERBUATAN INI JIJIK.TETAPI MAKSUD JIJIK YANG SEBENAR IALAH SELEPAS KITA JILAT JARI-JARI TERSEBUT KEMUDIAN SAMBUNG SEMULA MAKAN DENGAN JARI YANG TELAH TERKENA AIR LIUR TADI. DENGAN PERBUATAN INI SUDAH TENTU AKAN MEYEBABKAN ORANG LAIN BERASA JIJIK”
IBNU ‘UTSAIMIN JUGA MENJELASKAN DALAM KITAB SYARAH RIYADHUS SALIHIN “ DALAM HADIS INI TERKANDUNG BEBERAPA KEBAIKKAN BERDASARKAN KAJIAN AHLI-AHLI PERUBATAN IAITU KETIKA MAKAN, DIHUJUNG-HUJUNG JARI AKAN MENGELUARKAN ZAT-ZAT YANG SANGAT MEMBANTU DALAM PROSES PENCERNAAN MAKANAN. INI BERMAKNA, DENGAN MENJILAT JARI-JARI SELEPAS MAKAN,KITA AKAN MEMPEROLEHI DUA FAEDAH. PERTAMA, FAEDAH SYAR’I IAITU KERANA MENGIKUTI SUNAH RASULULLAH S.A.W. KEDUA, FAEDAH DARIPADA ASPEK KESIHATAN IAITU DENGAN ADANYA ZAT-ZAT PADA JARI YANG DAPAT MEMBANTU PROSES PENCERNAAN”

Galakan dalam beristinsyaq (memasukkan air ke hidung)

 
أسبغ الوضوء، و خلل بين الأصابع، و بالغ في الإستنشاق إلا أن تكون صائماً . (رواه أبو داوود، الترمذي، النسائي)
Maksudnya : “ Sempurnakanlah wudu’, selati air antara jari-jemari dan beristinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung) lah kecuali jika kamu berpuasa” (Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Nasa’ie)
Hadith Hukum :
Imam As-Son’ani menyatakan dalam kitabnya Subulus Salam : “ Hadith tersebut adalah dalil galakkan  dalam ber’isytinsyaq bagi orang yang tidak berpuasa. Sementara orang yang berpuasa adalah tidak digalakkan untuk beristinsyaq kerana dikhuatiri akan membatalkan puasanya sekiranya tertelan air tersebut”.
Bagaimana Melakukannya :
Rasulullah s.a.w berkumur-kumur dan ber-istinsyaq secara serentak. Seseorang mengambil wudhu’ dengan tangan kanan, kemudian dengan air yang ada di tangannya dimasukkan ke dalam mulut. Setelah air masuk ke dalam mulut, dengan sisa air yang ada di tangannya dia memasukkan ke dalam hidungnya. Ianya dilakukan sebanyak tiga kali dan dihembus dengan menggunakan tangan kiri. (Fiqh Minhaj Imam Syafi’e)

ADAB BERKUNJUNG KE RUMAH ORANG

 
MEMINTA IZIN KEPADA TUAN RUMAH KETIKA HENDAK PULANG
 
عَن ابنُ عُمَر قَال:
 إِذَا زَارَ أَحدُكُم أَخَاهُ فَجَلَسَ عِنْدَهُ فَلاَ يَقُومَنَّ حَتَّى يَسْتَأْذِنُهُ
 
Maksudnya : “Apabila salah seorang di antara kamu berkunjung ke rumah saudaranya dan duduk di dalamnya, maka hendaklah dia tidak bangun (pulang) dari tempat duduknya sebelum meminta izin terlebih dahulu kepada saudaranya itu”. [ HR AL-DAILAMI ]
 
KETERANGAN HADITH:
Hadith ini memperingatkan tentang adab yang mulia, iaitu seseorang tetamu tidak boleh bangun dari tempat duduknya sebelum meminta izin kepada tuan rumah. Adab ini sudah dilupakan oleh kebanyakan kaum muslimin di beberapa Negara arab, sehingga kamu tidak akan mendapati mereka keluar dari majlis tanpa meminta izin terlebih dahulu. Bukan hanya itu, bahkan mereka juga keluar tanpa mengucapkan salam.
 
TUAN RUMAH LEBIH BERHAK MENJADI IMAM DI RUMAHNYA
 
عَنْ اَبُو مَسعُود الانْصَارِي قَال:
 يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ وَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً فَإِنْ كَانَتْ قِرَاءَتُهُمْ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُم بِالسُّنَّة، فَإِن كَانُوا فِي السُّنَّة سَوَاءً فَأَقْدَمُهُم هِجْرَةً، فَإِن كَانُوا فِي الهِْجْرَة سَوَاءً فَأَقْدَمُهُم سِلْمًا، وَلَا
تَؤُمَّنَّ الرَّجُلُ فِي أَهْلِهِ وَلَا فِي سُلْطَانِهِ وَلَا تَقْعُدْ فِي بَيْتِهِ عَلىَ تَكْرِمَتِه إِلَّا بِإِذْنِهِ
 
 
Maksudnya : “Yang berhak menjadi imam atas suatu kaum adalah yang paling bagus bacaan al-Qurannya, jika bacaannya (dua orang atau lebih dari mereka) sama-sama bagus, maka yang berhak adalah yang paling mengetahui Sunnah, jika sama-sama mengetahui sunnah, maka yang berhak menjadi imam adalah yang paling dahulu hijrah, jika dalam hijrahnya sama juga, maka yang paling berhak menjadi imam adalah yang paling dahulu masuk Islam. Dan janganlah kamu menjadi imam bagi seseorang di keluarga orang tersebut dan jangan pula kamu menjadi imam di wilayah kekuasaan orang lain, dan janganlah pula dia duduk di dalam rumah orang tersebut dengan menempati tempat khususnya, kecuali setelah mendapat izin darinya”. [HR IMAM  MUSLIM]
 
KETERANGAN HADITH:
Imam An-Nawawi berkata: “Makna hadith tersebut adalah seperti yang disebutkan oleh ulama-ulama kami (mazhab Syafie) dan ulama lainnya, bahawasanya tuan rumah, pemilik majlis dan imam masjid lebih berhak menjadi imam di wilayahnya masing-masing daripada orang lain walaupun orang lain itu lebih pintar, lebih wara’ dan lebih mulia daripadanya.

MENGUCAP SALAM DAN MEMINTA IZIN

 
MEMINTA IZIN DAN MEMBERI SALAM

Dari ‘Abdullah bin Busr r.a. , dia berkata maksudnya :
Jika Rasulullah s.a.w. mengunjungi pintu (rumah) seseorang, beliau tidak langsung menghadap ke pintu tersebut, melainkan dari sebelah kanan atau kiri pintu. Lalu, beliau berkata : “ As- Salaamu ‘alaikum; as-Salaamu ‘alaikum ”. Hal itu beliau lakukan kerana rumah-rumah pada masa itu belum ada tutupnya ( daun pintu ).”
(Hadith riwayat Abu Dawud)
Al-Bukhari menjadikannya sebagai judul bab (pembahasan) dalam kitabnya, al-Adabul Mufrad, iaitu Bab “Kaifa Yaquumu ‘indal Baab” (Bagaimana Ketika Berdiri Di Depan Pintu).
Hadith tersebut disahihkan oleh al-Albani dalam Takhriijul Misykaah-nya.
Perbuatan demikian termasuk adab mulia tuntutan Nabi s.a.w. yang dilupakan oleh kebanyakan kaum Muslimin. Wallaahul musta’aan.
Penerangan            : Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan kepada kita cara bertandang ke rumah orang lain dengan memberikan salam terlebih dahulu. Dalam masa yang sama menjaga pandangan agar tidak meninjau-ninjau di dalam rumah tersebut kerana rumah adalah tempat yang terlalu peribadi bagi tuan rumah tersebut. Mungkin tuan rumah tersebut belum bersedia untuk menguruskan auratnya, dan mungkin juga sedang tidur ataupun berehat.

ADAB BACAAN HAMDALLAH SAAT BERSIN DAN DOA BAGI ORANG YANG MENDENGARNYA


Nabi Muhammad s.a.w mengajarkan kepada umatnya, melalui beberapa hadith baginda, bacaan doa dan zikir bagi orang yang bersin dan bacaan doa bagi orang yang mendengarnya. Di antara doa yang masyhur dan sahih bagi keduanya iaitu orang yang bersin dan orang yang mendengarnya adalah:

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda:


إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ , فَلْيَقُل : أَلْحَمْدُ لِلّه, وَلْيَقُل لَّهُ أَخُوهُ  أَو صَاحِبُه : يَرْحَمُكَ الله , فإذا قال له : يَرْحَمُكَ الله , فليقل : يَهْدِيْكُمُ الله وَيُصْلِحْ بَالَكُم.

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kalian bersin, ucapkanlah: Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), dan hendaklah saudara atau temannya iaitu orang yang ada disekitarnya menjawab dan mengucapkan: Yarhamukallah (semoga allah merahmatimu). Dan apabila saudaranya mengucapkan Yarhamukallah, hendaklah orang yang bersin itu menjawab: Yahdikumullah wa yuslih balakum (semoga Allah memberi hidayah dan memperbaiki keadaan kalian).”

Selalunya, apabila rakan atau teman kita bersin, tiada apa-apa doa yang diucapkan. Lebih malang lagi, orang yang bersin juga tidak mengucapkan apa-apa kerana tidak tahu sunnah yang di ajari oleh baginda Rasul s.a.w.

Oleh itu, sekiranya kita bersin, segeralah mengucapkan “Alhamdulillah”, dan sahabat disekelilingnya mendoakan beliau dengan “Yarhamukallah”, kemudian dijawab semula oleh orang yang bersin tadi, “Yahdikumullahu wa yuslihbalakum”.

Ini semua bagi mengikuti tuntutan sunnah Rasulullah s.a.w, dan semoga disampaikan dan diberi peringatan kepada yang terlupa. Insya Allah, dengan mengamalkan sunnah ini, kita akan diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga bermanfaat.

SUJUD SYUKUR KETIKA MENDAPAT NIKMAT DAN TERHINDAR DARI MALAPETAKA


Dari Abu Bakrah r.a., dia berkata:
 
وَعَنْ أَبِي بَكْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرٌ يَسُرُّهُ خَرَّ سَاجِداً لِلَّهِ
“Apabila Nabi s.a.w. menerima sesuatu yang menggembirakan, beliau langsung sujud syukur kepada Allah S.W.T.”. [HR: AHMAD, ABU DAUD, TIRMIZI & IBNU MAJAH]
 
Dari ‘Abdul Rahman Bin “Auf r.a, dia berkata:
 
وَعَنْ عَبْدِ اَلرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ رضي الله عنه قَالَ: سَجَدَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَأَطَالَ اَلسُّجُودَ ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَقَالَ: " إِنَّ جِبْرِيلَ آتَانِي ، فَبَشَّرَنِي ، فَسَجَدْتُ لِلَّهِ شُكْرًا"
 “Nabi s.a.w. melakukan sujud dan melamakan sujudnya, kemudian beliau mengangkat kepalanya (setelah selesai) beliau berkata: Jibril baru sahaja menemuiku dan memberikanku berita gembira. Kerana itulah aku sujud kepada Allah S.W.T. sebagai tanda syukur aku kepadaNya”. [HR: AHMAD, HAKIM & ABU YA’LA]

KETERANGAN HADITH:
Ibnu Qayyim menyebutkan dalam karangannya  Zaadul Ma’aad’ tentang faedah dari kisah Ka’ab bin Malik, mengenai kisah taubatnya, dia berkata :
“Aku mendengar suara teriakan dari atas gunung: Wahai Ka’ab bin Malik, berbahagialah (kerana mendapat ampunan dari Allah S.W.T.)”.
Sujudnya Ka’ab bin Malik ketika mendengar berita gembira adalah dalil bahawa itu merupakan perilaku para Sahabat, iaitu melakukan sujud syukur ketika mendapat nikmat dan ketika terhindar dari malapetaka.
Ibnu Hajar berkata, kisah itu menunjukkan disyariatkannya sujud syukur.

FAEDAH SUJUD SYUKUR:
Al-‘Allamah Ibnu ‘Utsmain menyebutkan dalam karangannya ‘Fatawaa’ : “Sujud syukur dilakukan ketika terhindar dari musibah dan ketika mendapat nikmat. Hukumnya seperti sujud tilawah ketika membaca al-quran di luar solat. Sebahagian ulamak berpendapat sujud syukur dilakukan ketika berada dalam keadaan bersih (berwudhuk) dan diawali dengan takbir. Ulamak lain berpendapat, cukup dengan takbir pertama, laulu langsung sujud dan membaca doa:  سُبْحَانَ رَبِّيَ الاعْلَى (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi).

SUNNAH YANG DILUPAKAN MEMBUDAYAKAN UCAPAN SALAM


Bahawa Rasulullah s.a.w yang kita sayangi mengungkapkan banyak kelebihan memberi salam di antara sesama Islam. Antara kelebihannya ialah :

Islam Yang Paling Baik

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ اْلإِسْلاَمِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru r.a, ia menceritakan, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w : ‘Apakah ciri keislaman seseorang yang paling baik? Rasulullah s.a.w menjawab : ‘Kamu memberikan makanan (kepada orang yang memerlukan) dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Penyubur Kasih Sayang

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
لاَ تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :  "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan kalian kepada sesuatu amalan jika kamu lakukan nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu". [Riwayat Muslim]
 
 
Memberi Salam Hanya Kepada Orang Yang Dikenali Di Antara Tanda-tanda Kiamat
 
 
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُسَلِّمَ الرَّجُلُ عَلَى الرَّجُلِ لاَ يُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِلاَّ لِلْمَعْرِفَةِ
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya salah satu daripada tanda kiamat ialah seseorang yang memberi salam hanya kepada orang yang dikenali sahaja. ”   [Riwayat Ahmad] – Disahihkan oleh Albani
 
 
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan salam agar ikatan ukhuwah kita akan terus kuat lebih-lebih lagi kita sebagai kakitangan UTeM merupakan satu keluarga yang besar yang patut saling kenal mengenali antara satu sama lain selain kita dapat mengejar ganjaran yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita serta mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

MENGUCAPKAN SALAM KETIKA HENDAK MENINGGALKAN MAJLIS



Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda :
Maksudnya :“ Apabila di antara kalian hendak berkumpul dalam suatu majlis maka ucapkanlah salam. Dan, apabila hendak meninggalkan majlis, maka ucapkanlah salam. Salam pertama tidak menjadi keutamaan daripada salam yang kedua ( kerana kedua-duanya sama keutamaannya ).Hadis Riwayat Al-Bukhari
Imam al-Bukhari r.h.a meriwayatkan dari Mu’awiyah bin Qurrah, dia berkata: “Ayahku berpesan kepadaku :
Maksudnya : “ Hai anakku, jika kamu berada di suatu majlis yang kamu harapkan kebaikannya, lalu ada keperluan mendadak ( yang memaksamu untuk keluar majlis dengan segera ) maka ucapkanlah: ‘ Salaamun ‘alaikum ( Semoga Allah SWT melimpahkan keselamatan/kesejahteraan kepada semua ), kerana sesungguhnya kamu akan mendapatkan kebaikan yang sama dengan mereka yang masih ada di dalam majlis itu”.
Keterangan : An-Nawawi menyebutkan di dalam al-Majmuu’- nya: “ Termasuk Sunnah adalah menyalami orang-orang yang duduk di dalam majlis, dan apabila seseorang bangun dari suatu majlis dan hendak meninggalkan tempat tersebut”. Beliau melanjutkan lagi bahawa, : “Sesungguhnya salam itu sunnah diucapkan ketika hendak berpisah sebagaimana disunnahkan ketika bertemu”.
Sunnah ini juga boleh diamalkan apabila menghadiri dan ingin meninggalkan mesyuarat (ketika mesyuarat belum tamat ). Maka sebelum berpisah disunatkan untuk memberi salam dan cara ini menampakkan lebih beradab.

SIFAT SEORANG MUSLIM



يقول صلى الله عليه وسلم : » المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يُسلمُه ، من كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته ، ومن
فرّج عن مسلم كربة فرّج الله بها كربة من كُرب يوم القيامة ، ومن ستر مسلماً سترهُ الله يوم القيامة « متفق عليه


"Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya dizalimi oleh orang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melepakan sesuatu kesulitan saudaranya, maka allah akan melepaskan salah satu kesulitan di hari kiamat dan barangsiapa yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, maka allah akan menyembunyikan keaibannya di hari kiamat ". (Muttafaq Alaih)

Penjelasan :

1.      
1.     1. Perhubungan sesama muslim adalah sama seperti hubungan saudara senasab kerana ia diikat dengan tali iman yang kukuh. Perhubungan yang kuat menyebabkan mereka tidak sanggup untuk menzalimi saudaranya yang lain. Ia akan berusaha untuk membantu sebaik mungkin kesusahan saudaranya.
 
2.      2. Membantu menyelesaikan hajat saudaranya bermaksud berusaha membantu saudaranya  samada dari aspek peribadi atau kemasyarakatan. Sesiapa yang ingin hajatnya tercapai maka hendaklah ia menolong orang lain dan tidak berasa susah dan berat untuk menolong saudaranya dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan, maka Allah akan membantunya dalam mencapai sesuatu hajat mereka.
 
3.   3. Seseorang muslim wajib menutup aib saudaranya daripada dihebahkan kepada orang lain. Jangan sesekali kita menceritakan perkara aib saudara kita kepada orang lain, kerana sekiranya kita menceritakan kepada orang lain, besar kemungkinan ia akan berasa malu dan menjatuhkan maruahnya. Tutuplah keaiban saudara muslim kita didunia ini, maka dihari akhirat Allah pula akan menutup keaiban kita kelak.

MAKANAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Makan Timun Bersama Tamar

 ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن جعفر ‏ ‏قال ‏: رأيت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يأكل القثاء بالرطب, :‏اخرجه المسلم كتاب الاشربة في أكل القثاء بالرطب

“Daripada Abdullah Bin Jaafar (R.A), Meriwayatkan Bahawa: Rasulullah s.a.w Pernah Makan Timun Bersama Tamar” H.R. Muslim.

Menurut Abu Isa al-Tirmizi: Ianya hadith hasan lagi sahih lagi gharib. Ketahuilah bahawa makan timun dengan buah kurma masak itu samalah seperti makan roti dengan timun, dengan makan timun dengan kurma masak, ianya dapat menghilangkan dahaga, selain itu ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut dan ianya tidak mudah busuk dan rosak. Sifat timun yang tawar akan menjadi enak apabila dimakan bersama tamar yang manis.

Dan mengapakah Nabi memakannya sekali bersama timun dan kurma? Ia adalah disebabkan kedua-duanya bersifat saling berlawanan, timun itu bersifat sejuk dingin, manakala kurma itu bersifat panas dan kering oleh sebab itu timbangan suhu badan akan menjadi seimbang tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terlalu panas. Oleh itu jika ingin memakan benda sejuk seperti timun hendaklah memakan sesuatu benda yang panas seperti kurma, madu, kismis dan sebagainya kerana ianya dapat menyeimbangkan kembali suhu badan, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith, Nabi memakannya bersama untuk tujuan tersebut.

Makan Tembikai Kasturi Dengan Tamar Yang Baru Masak

عن أنس بن ملك قال : رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يجمع الخربز والرطب

“Daripada Anas bin Malik (r.a), meriwayatkan bahawa: aku melihat Rasulullah s.a.w mencampurkan tembikai kasturi dengan tamar yang baru masak”.

Adapun sebahagian Ulama’ berselisih pendapat berkenaan tembikai kasturi, ada yang menyatakan bahawa tembikai biasa. Adapun tembikai biasa bersifat manis, maka tembikai kasturi sedikit tawar, maka baginda akan memakannya dengan tamar bagi menambahkan kemanisan pada makanan tersebut.

Kesimpulannya, mencampurkan makanan mengikut kesesuaian adalah daripada sunah Rasulullah s.a.w. Mencampuri makanan bagi tujuan kesihatan, dan menambahkan kelazatan adalah tidak dilarang, namun, sekiranya percampuran itu akan menghasilkan mudarat pada tubuh badan dan akal fikiran, adalah haram. Mencampurkan makanan yang haram walaupun sedikit juga haram, seperti memasak dengan mencampurkan arak(wine), walaupun tidak memabukkan, tetapi jelas bahawa arak itu adalah haram, maka ia tetap haram. Wallahuaklam.

DOA RASULULLAH S.A.W SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN


JIKA TERLUPA MEMBACA ‘BISMILLAH’

Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : jika seseorang itu lupa membaca bismillah lalu teringat kemudiannya, maka bacalah :
“Bismillahi Auwalahu Wa Akhirahu”

Umar bin Abi Salimah r.a pergi Rasulullah s.a.w. terdapat makanan di atas saperah berhampirannya. rasulullah s.a.w. bersabda : “anak! makanlah dengan menggunakan tangan kananmu makanan yang di hadapanmu”.

KETERANGAN

Sementara membaca Bismillah adalah sunnah menurut semua ulama’, maka makan dengan menggunakan tangan kanan juga adalah sunnah menurut sebahagian besar ulama’. malahan menurut sebahagian daripada mereka, makan dengan tangan kanan dikatakan wajib kerana Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang makan menggunakan tangan kiri. oleh itu, kita hendaklah berwaspada dan berhati-hati tentang itu. Tetapi sekarang orang ramai tidak lagi mempedulikan perkara ini, khususnya ketika minum penggunaan tangan kiri menjadi suatu perkara kebiasaan bagi orang ramai. Rasulullah s.a.w. telah menyuruh
 “ makanlah dengan tangan kanan dan minumlah dengan tangan kanan kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri”.
begitulah juga makan mendahului di sebelah hadapan kita adalah perkara sunnah.

DOA SELEPAS MAKAN

Abu Said Al-Kudri r.a meriwayatkan bahawa setelah sudah makan, Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa yang demikian :
“Alhamdulillahi Atha’mana Wa Saqona Wa Jaa’lana Muslimin”
“segala puji  bagi Allah yang telah memberi kita makan dan minum dan menjadikan kita orang-orang muslim”

KETERANGAN

Jelasnya, kita hendaklah wajar memuji Allah S.W.T selepas makan kerana atas nikmat dan rezeki yang telah kita makan. kita patut bersyukur kepada Allah ini kerana selaras dengan Al-Quran yang bermaksud :
“jika kamu bersyukur kepadaku akan ku tambah lagi nikmat ke atasmu”. ucapan Alhamdulillah bertujuan mengucapkan syukur atas  nikmat yang kita perolehi, yang kita minum dan makan kepada pemberi nikmat itu iaitu allah s.w.t. sama-sama kita mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita. wallahu a’lam.

ADAB MEMAKAI KASUT DENGAN MEMULAKAN KAKI KANAN DAN MEMBUKA KASUT DIMULAKAN DENGAN KAKI KIRI


عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال  إذا انتعل أحدكم فليبدأ باليمنى وإذا نزع فليبدأ بالشمال ولتكن اليمنى أولهما تنعلا وآخرهما تنزعا

Maksudnya : Apabila ada diantara kamu hendak memakai kasut, mulakanlah dengan kaki kanan. Apabila hendak membuka pula kasut tersebut, maka bukalah dengan kaki kiri terlebih dahulu. Hendaklah kaki kanan didahului semasa hendak memakai kasut dan kaki kanan menjadi kaki terakhir semasa membuka kasut. (H.R. Bukhari & Muslim)

Penerangan hadis
Hadis ini menerangkan tentang adab memakai kasut dengan memulakan dari kaki kanan manakala ketika membuka kasut pula hendaklah didahulukan dengan kaki kiri. Mungkin jika kita lihat hadis ini lebih mengkhususkan kepada kaedah memakai kasut semata-mata. Tetapi hakikatnya, Islam amat menekankan adab memulakan sesuatu perlakuan dengan anggota kanan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang disebut oleh Aisyah r.ha :


كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُعْجبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرجلهِ وَظهُورِهِ ، وفِي شَأنِهِ كُلِّهِ

Maksudnya : “Rasulullah s.a.w sangat menyukai memulakan pekerjaan daripada kanan, seperti  memakai kasut, menyikat rambut, bersuci dan segala hal”
Imam al-Nawawi menyebutkan dalam Syarah Muslim “Inilah kaedah utama dalam syari’at iaitu segala perkara yang melibatkan adab seperti memakai baju, seluar, kasut, masuk masjid, bersiwak, memakai celak, memotong kuku, bercukur, menyikat rambut, membasuh anggota wudhuk, makan dan minum, bersalaman dan sebagainya disunnahkan dimulakan dengan anggota yang kanan. Tetapi bagi perlakuan seperti keluar dari bilik air, keluar daripada masjid, membuka pakaian dan sebagainya hendaklah didahulukan dengan anggota kiri.(H.R. Bukhari & Muslim)

Semoga dengan hadis ini dapat kita manfaatkan dengan beramal untuk diri sendiri dan diajar kepada anak-anak kerana sunnah ini semakin tidak dititik beratkan oleh umat Islam pada masa kini.

BERDOA KETIKA ANGIN BERTIUP KENCANG



كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا عصفت الريح قال اللهم إني أسألك خيرها وخير ما فيها وخير ما أرسلت به وأعوذ بك من شرها وشر ما فيها وشر ما أرسلت به قالت فإذا تخيلت السماء تغير لونه وخرج ودخل وأقبل وأدبر فإذا مطرت سري عنه فعرفت عائشة ذلك منه فسألته فقال لعله يا عائشة كما قال قوم عاد فلما رأوه عارضا مستقبل أوديتهم قالوا هذا عارض ممطرنا

Maksudnya : Daripada Aisyah r.ha “ketika ada angin yang bertiup kencang, Rasulullah s.a.w berdoa :
 اللهم إني أسألك خيرها وخير ما فيها وخير ما أرسلت به وأعوذ بك من شرها وشر ما فيها وشر ما أرسلت به
(Ya allah, aku memohon kepada-Mu, kebaikan angin, kebaikan yang dibawanya, dan kebaikan tiupan angin yang diberikan ini. Dan kami berlindung kepada-Mu dari keburukannya, keburukan yang dibawanya, dan keburukan tiupan angin yang diberikan ini)berkata Aisyah lagi “apabila langit mendung(tanda hujan akan turun, muka baginda berubah. Ketika itu juga, baginda keluar masuk rumah, ke belakang dan ke hadapan. Apabila hujan telah turun, air muka baginda kembali berseri-seri. Melihat keadaan itu, aku pun bertanya kepada baginda, dan baginda menjawab “Petanda ini sebagaimana ucapan kaum ‘Ad
فلما رأوه عارضا مستقبل أوديتهم قالوا هذا عارض ممطرنا
(maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka “Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami)[Surah al-Ahqaaf : 24](H.R. BUKHARI & MUSLIM)

PENERANGAN HADIS

Hadis ini menerangkan tentang pentingnya berada dalam keadaan yang sentiasa bersiap-sedia walau apa pun situasi. Hadis ini juga menerangkan secara zahir beza antara umat Islam dengan kaum Jahiliyah yang akan memaki hamun serta mencaci terhadap cuaca atau musim, berbeza dengan orang muslim yang diajarkan oleh Rasulullah untuk sentiasa bersangka baik terhadap setiap apa yang Allah S.W.T turunkan. Malah turut diajar doa-doa bagi menghadapi situasi tersebut. Selain itu, hadis ini turut mengingatkan kita agar  tidak terlalu leka dengan hal-hal keduniaan. Sunnah Rasulullah s.a.w amat menitik beratkan agar kita sentiasa berjaga-jaga dalam tingkah-laku serta keadaan yang mendatang.