banner

banner

Thursday, March 7, 2013

ADAB BACAAN HAMDALLAH SAAT BERSIN DAN DOA BAGI ORANG YANG MENDENGARNYA


Nabi Muhammad s.a.w mengajarkan kepada umatnya, melalui beberapa hadith baginda, bacaan doa dan zikir bagi orang yang bersin dan bacaan doa bagi orang yang mendengarnya. Di antara doa yang masyhur dan sahih bagi keduanya iaitu orang yang bersin dan orang yang mendengarnya adalah:

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Muhammad s.a.w, baginda bersabda:


إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ , فَلْيَقُل : أَلْحَمْدُ لِلّه, وَلْيَقُل لَّهُ أَخُوهُ  أَو صَاحِبُه : يَرْحَمُكَ الله , فإذا قال له : يَرْحَمُكَ الله , فليقل : يَهْدِيْكُمُ الله وَيُصْلِحْ بَالَكُم.

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kalian bersin, ucapkanlah: Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), dan hendaklah saudara atau temannya iaitu orang yang ada disekitarnya menjawab dan mengucapkan: Yarhamukallah (semoga allah merahmatimu). Dan apabila saudaranya mengucapkan Yarhamukallah, hendaklah orang yang bersin itu menjawab: Yahdikumullah wa yuslih balakum (semoga Allah memberi hidayah dan memperbaiki keadaan kalian).”

Selalunya, apabila rakan atau teman kita bersin, tiada apa-apa doa yang diucapkan. Lebih malang lagi, orang yang bersin juga tidak mengucapkan apa-apa kerana tidak tahu sunnah yang di ajari oleh baginda Rasul s.a.w.

Oleh itu, sekiranya kita bersin, segeralah mengucapkan “Alhamdulillah”, dan sahabat disekelilingnya mendoakan beliau dengan “Yarhamukallah”, kemudian dijawab semula oleh orang yang bersin tadi, “Yahdikumullahu wa yuslihbalakum”.

Ini semua bagi mengikuti tuntutan sunnah Rasulullah s.a.w, dan semoga disampaikan dan diberi peringatan kepada yang terlupa. Insya Allah, dengan mengamalkan sunnah ini, kita akan diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment