banner

banner

Thursday, March 7, 2013

ADAB MEMAKAI KASUT DENGAN MEMULAKAN KAKI KANAN DAN MEMBUKA KASUT DIMULAKAN DENGAN KAKI KIRI


عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال  إذا انتعل أحدكم فليبدأ باليمنى وإذا نزع فليبدأ بالشمال ولتكن اليمنى أولهما تنعلا وآخرهما تنزعا

Maksudnya : Apabila ada diantara kamu hendak memakai kasut, mulakanlah dengan kaki kanan. Apabila hendak membuka pula kasut tersebut, maka bukalah dengan kaki kiri terlebih dahulu. Hendaklah kaki kanan didahului semasa hendak memakai kasut dan kaki kanan menjadi kaki terakhir semasa membuka kasut. (H.R. Bukhari & Muslim)

Penerangan hadis
Hadis ini menerangkan tentang adab memakai kasut dengan memulakan dari kaki kanan manakala ketika membuka kasut pula hendaklah didahulukan dengan kaki kiri. Mungkin jika kita lihat hadis ini lebih mengkhususkan kepada kaedah memakai kasut semata-mata. Tetapi hakikatnya, Islam amat menekankan adab memulakan sesuatu perlakuan dengan anggota kanan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang disebut oleh Aisyah r.ha :


كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُعْجبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرجلهِ وَظهُورِهِ ، وفِي شَأنِهِ كُلِّهِ

Maksudnya : “Rasulullah s.a.w sangat menyukai memulakan pekerjaan daripada kanan, seperti  memakai kasut, menyikat rambut, bersuci dan segala hal”
Imam al-Nawawi menyebutkan dalam Syarah Muslim “Inilah kaedah utama dalam syari’at iaitu segala perkara yang melibatkan adab seperti memakai baju, seluar, kasut, masuk masjid, bersiwak, memakai celak, memotong kuku, bercukur, menyikat rambut, membasuh anggota wudhuk, makan dan minum, bersalaman dan sebagainya disunnahkan dimulakan dengan anggota yang kanan. Tetapi bagi perlakuan seperti keluar dari bilik air, keluar daripada masjid, membuka pakaian dan sebagainya hendaklah didahulukan dengan anggota kiri.(H.R. Bukhari & Muslim)

Semoga dengan hadis ini dapat kita manfaatkan dengan beramal untuk diri sendiri dan diajar kepada anak-anak kerana sunnah ini semakin tidak dititik beratkan oleh umat Islam pada masa kini.

No comments:

Post a Comment