banner

banner

Thursday, March 7, 2013

BERDOA KETIKA ANGIN BERTIUP KENCANG



كان النبي صلى الله عليه وسلم إذا عصفت الريح قال اللهم إني أسألك خيرها وخير ما فيها وخير ما أرسلت به وأعوذ بك من شرها وشر ما فيها وشر ما أرسلت به قالت فإذا تخيلت السماء تغير لونه وخرج ودخل وأقبل وأدبر فإذا مطرت سري عنه فعرفت عائشة ذلك منه فسألته فقال لعله يا عائشة كما قال قوم عاد فلما رأوه عارضا مستقبل أوديتهم قالوا هذا عارض ممطرنا

Maksudnya : Daripada Aisyah r.ha “ketika ada angin yang bertiup kencang, Rasulullah s.a.w berdoa :
 اللهم إني أسألك خيرها وخير ما فيها وخير ما أرسلت به وأعوذ بك من شرها وشر ما فيها وشر ما أرسلت به
(Ya allah, aku memohon kepada-Mu, kebaikan angin, kebaikan yang dibawanya, dan kebaikan tiupan angin yang diberikan ini. Dan kami berlindung kepada-Mu dari keburukannya, keburukan yang dibawanya, dan keburukan tiupan angin yang diberikan ini)berkata Aisyah lagi “apabila langit mendung(tanda hujan akan turun, muka baginda berubah. Ketika itu juga, baginda keluar masuk rumah, ke belakang dan ke hadapan. Apabila hujan telah turun, air muka baginda kembali berseri-seri. Melihat keadaan itu, aku pun bertanya kepada baginda, dan baginda menjawab “Petanda ini sebagaimana ucapan kaum ‘Ad
فلما رأوه عارضا مستقبل أوديتهم قالوا هذا عارض ممطرنا
(maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka, berkatalah mereka “Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kami)[Surah al-Ahqaaf : 24](H.R. BUKHARI & MUSLIM)

PENERANGAN HADIS

Hadis ini menerangkan tentang pentingnya berada dalam keadaan yang sentiasa bersiap-sedia walau apa pun situasi. Hadis ini juga menerangkan secara zahir beza antara umat Islam dengan kaum Jahiliyah yang akan memaki hamun serta mencaci terhadap cuaca atau musim, berbeza dengan orang muslim yang diajarkan oleh Rasulullah untuk sentiasa bersangka baik terhadap setiap apa yang Allah S.W.T turunkan. Malah turut diajar doa-doa bagi menghadapi situasi tersebut. Selain itu, hadis ini turut mengingatkan kita agar  tidak terlalu leka dengan hal-hal keduniaan. Sunnah Rasulullah s.a.w amat menitik beratkan agar kita sentiasa berjaga-jaga dalam tingkah-laku serta keadaan yang mendatang.

No comments:

Post a Comment