banner

banner

Thursday, March 7, 2013

DOA RASULULLAH S.A.W SEBELUM DAN SELEPAS MAKAN


JIKA TERLUPA MEMBACA ‘BISMILLAH’

Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : jika seseorang itu lupa membaca bismillah lalu teringat kemudiannya, maka bacalah :
“Bismillahi Auwalahu Wa Akhirahu”

Umar bin Abi Salimah r.a pergi Rasulullah s.a.w. terdapat makanan di atas saperah berhampirannya. rasulullah s.a.w. bersabda : “anak! makanlah dengan menggunakan tangan kananmu makanan yang di hadapanmu”.

KETERANGAN

Sementara membaca Bismillah adalah sunnah menurut semua ulama’, maka makan dengan menggunakan tangan kanan juga adalah sunnah menurut sebahagian besar ulama’. malahan menurut sebahagian daripada mereka, makan dengan tangan kanan dikatakan wajib kerana Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang makan menggunakan tangan kiri. oleh itu, kita hendaklah berwaspada dan berhati-hati tentang itu. Tetapi sekarang orang ramai tidak lagi mempedulikan perkara ini, khususnya ketika minum penggunaan tangan kiri menjadi suatu perkara kebiasaan bagi orang ramai. Rasulullah s.a.w. telah menyuruh
 “ makanlah dengan tangan kanan dan minumlah dengan tangan kanan kerana syaitan makan dan minum dengan tangan kiri”.
begitulah juga makan mendahului di sebelah hadapan kita adalah perkara sunnah.

DOA SELEPAS MAKAN

Abu Said Al-Kudri r.a meriwayatkan bahawa setelah sudah makan, Rasulullah s.a.w berdoa dengan doa yang demikian :
“Alhamdulillahi Atha’mana Wa Saqona Wa Jaa’lana Muslimin”
“segala puji  bagi Allah yang telah memberi kita makan dan minum dan menjadikan kita orang-orang muslim”

KETERANGAN

Jelasnya, kita hendaklah wajar memuji Allah S.W.T selepas makan kerana atas nikmat dan rezeki yang telah kita makan. kita patut bersyukur kepada Allah ini kerana selaras dengan Al-Quran yang bermaksud :
“jika kamu bersyukur kepadaku akan ku tambah lagi nikmat ke atasmu”. ucapan Alhamdulillah bertujuan mengucapkan syukur atas  nikmat yang kita perolehi, yang kita minum dan makan kepada pemberi nikmat itu iaitu allah s.w.t. sama-sama kita mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam kehidupan seharian kita. wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment