banner

banner

Thursday, March 7, 2013

MAKANAN SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Makan Timun Bersama Tamar

 ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الله بن جعفر ‏ ‏قال ‏: رأيت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يأكل القثاء بالرطب, :‏اخرجه المسلم كتاب الاشربة في أكل القثاء بالرطب

“Daripada Abdullah Bin Jaafar (R.A), Meriwayatkan Bahawa: Rasulullah s.a.w Pernah Makan Timun Bersama Tamar” H.R. Muslim.

Menurut Abu Isa al-Tirmizi: Ianya hadith hasan lagi sahih lagi gharib. Ketahuilah bahawa makan timun dengan buah kurma masak itu samalah seperti makan roti dengan timun, dengan makan timun dengan kurma masak, ianya dapat menghilangkan dahaga, selain itu ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut dan ianya tidak mudah busuk dan rosak. Sifat timun yang tawar akan menjadi enak apabila dimakan bersama tamar yang manis.

Dan mengapakah Nabi memakannya sekali bersama timun dan kurma? Ia adalah disebabkan kedua-duanya bersifat saling berlawanan, timun itu bersifat sejuk dingin, manakala kurma itu bersifat panas dan kering oleh sebab itu timbangan suhu badan akan menjadi seimbang tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terlalu panas. Oleh itu jika ingin memakan benda sejuk seperti timun hendaklah memakan sesuatu benda yang panas seperti kurma, madu, kismis dan sebagainya kerana ianya dapat menyeimbangkan kembali suhu badan, sebagaimana yang disebutkan dalam hadith, Nabi memakannya bersama untuk tujuan tersebut.

Makan Tembikai Kasturi Dengan Tamar Yang Baru Masak

عن أنس بن ملك قال : رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يجمع الخربز والرطب

“Daripada Anas bin Malik (r.a), meriwayatkan bahawa: aku melihat Rasulullah s.a.w mencampurkan tembikai kasturi dengan tamar yang baru masak”.

Adapun sebahagian Ulama’ berselisih pendapat berkenaan tembikai kasturi, ada yang menyatakan bahawa tembikai biasa. Adapun tembikai biasa bersifat manis, maka tembikai kasturi sedikit tawar, maka baginda akan memakannya dengan tamar bagi menambahkan kemanisan pada makanan tersebut.

Kesimpulannya, mencampurkan makanan mengikut kesesuaian adalah daripada sunah Rasulullah s.a.w. Mencampuri makanan bagi tujuan kesihatan, dan menambahkan kelazatan adalah tidak dilarang, namun, sekiranya percampuran itu akan menghasilkan mudarat pada tubuh badan dan akal fikiran, adalah haram. Mencampurkan makanan yang haram walaupun sedikit juga haram, seperti memasak dengan mencampurkan arak(wine), walaupun tidak memabukkan, tetapi jelas bahawa arak itu adalah haram, maka ia tetap haram. Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment