banner

banner

Thursday, March 7, 2013

MENGUCAP SALAM DAN MEMINTA IZIN

 
MEMINTA IZIN DAN MEMBERI SALAM

Dari ‘Abdullah bin Busr r.a. , dia berkata maksudnya :
Jika Rasulullah s.a.w. mengunjungi pintu (rumah) seseorang, beliau tidak langsung menghadap ke pintu tersebut, melainkan dari sebelah kanan atau kiri pintu. Lalu, beliau berkata : “ As- Salaamu ‘alaikum; as-Salaamu ‘alaikum ”. Hal itu beliau lakukan kerana rumah-rumah pada masa itu belum ada tutupnya ( daun pintu ).”
(Hadith riwayat Abu Dawud)
Al-Bukhari menjadikannya sebagai judul bab (pembahasan) dalam kitabnya, al-Adabul Mufrad, iaitu Bab “Kaifa Yaquumu ‘indal Baab” (Bagaimana Ketika Berdiri Di Depan Pintu).
Hadith tersebut disahihkan oleh al-Albani dalam Takhriijul Misykaah-nya.
Perbuatan demikian termasuk adab mulia tuntutan Nabi s.a.w. yang dilupakan oleh kebanyakan kaum Muslimin. Wallaahul musta’aan.
Penerangan            : Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan kepada kita cara bertandang ke rumah orang lain dengan memberikan salam terlebih dahulu. Dalam masa yang sama menjaga pandangan agar tidak meninjau-ninjau di dalam rumah tersebut kerana rumah adalah tempat yang terlalu peribadi bagi tuan rumah tersebut. Mungkin tuan rumah tersebut belum bersedia untuk menguruskan auratnya, dan mungkin juga sedang tidur ataupun berehat.

No comments:

Post a Comment