banner

banner

Thursday, March 7, 2013

MENGUCAPKAN SALAM KETIKA HENDAK MENINGGALKAN MAJLIS



Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. beliau bersabda :
Maksudnya :“ Apabila di antara kalian hendak berkumpul dalam suatu majlis maka ucapkanlah salam. Dan, apabila hendak meninggalkan majlis, maka ucapkanlah salam. Salam pertama tidak menjadi keutamaan daripada salam yang kedua ( kerana kedua-duanya sama keutamaannya ).Hadis Riwayat Al-Bukhari
Imam al-Bukhari r.h.a meriwayatkan dari Mu’awiyah bin Qurrah, dia berkata: “Ayahku berpesan kepadaku :
Maksudnya : “ Hai anakku, jika kamu berada di suatu majlis yang kamu harapkan kebaikannya, lalu ada keperluan mendadak ( yang memaksamu untuk keluar majlis dengan segera ) maka ucapkanlah: ‘ Salaamun ‘alaikum ( Semoga Allah SWT melimpahkan keselamatan/kesejahteraan kepada semua ), kerana sesungguhnya kamu akan mendapatkan kebaikan yang sama dengan mereka yang masih ada di dalam majlis itu”.
Keterangan : An-Nawawi menyebutkan di dalam al-Majmuu’- nya: “ Termasuk Sunnah adalah menyalami orang-orang yang duduk di dalam majlis, dan apabila seseorang bangun dari suatu majlis dan hendak meninggalkan tempat tersebut”. Beliau melanjutkan lagi bahawa, : “Sesungguhnya salam itu sunnah diucapkan ketika hendak berpisah sebagaimana disunnahkan ketika bertemu”.
Sunnah ini juga boleh diamalkan apabila menghadiri dan ingin meninggalkan mesyuarat (ketika mesyuarat belum tamat ). Maka sebelum berpisah disunatkan untuk memberi salam dan cara ini menampakkan lebih beradab.

No comments:

Post a Comment