banner

banner

Thursday, March 7, 2013

SIFAT SEORANG MUSLIM



يقول صلى الله عليه وسلم : » المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يُسلمُه ، من كان في حاجة أخيه كان الله في حاجته ، ومن
فرّج عن مسلم كربة فرّج الله بها كربة من كُرب يوم القيامة ، ومن ستر مسلماً سترهُ الله يوم القيامة « متفق عليه


"Seseorang muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak boleh menzaliminya dan tidak boleh membiarkannya dizalimi oleh orang lain. Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya. Barangsiapa yang melepakan sesuatu kesulitan saudaranya, maka allah akan melepaskan salah satu kesulitan di hari kiamat dan barangsiapa yang menyembunyikan keaiban seorang muslim lain, maka allah akan menyembunyikan keaibannya di hari kiamat ". (Muttafaq Alaih)

Penjelasan :

1.      
1.     1. Perhubungan sesama muslim adalah sama seperti hubungan saudara senasab kerana ia diikat dengan tali iman yang kukuh. Perhubungan yang kuat menyebabkan mereka tidak sanggup untuk menzalimi saudaranya yang lain. Ia akan berusaha untuk membantu sebaik mungkin kesusahan saudaranya.
 
2.      2. Membantu menyelesaikan hajat saudaranya bermaksud berusaha membantu saudaranya  samada dari aspek peribadi atau kemasyarakatan. Sesiapa yang ingin hajatnya tercapai maka hendaklah ia menolong orang lain dan tidak berasa susah dan berat untuk menolong saudaranya dalam membantu mereka yang kurang berkemampuan, maka Allah akan membantunya dalam mencapai sesuatu hajat mereka.
 
3.   3. Seseorang muslim wajib menutup aib saudaranya daripada dihebahkan kepada orang lain. Jangan sesekali kita menceritakan perkara aib saudara kita kepada orang lain, kerana sekiranya kita menceritakan kepada orang lain, besar kemungkinan ia akan berasa malu dan menjatuhkan maruahnya. Tutuplah keaiban saudara muslim kita didunia ini, maka dihari akhirat Allah pula akan menutup keaiban kita kelak.

No comments:

Post a Comment