banner

banner

Thursday, March 7, 2013

SUJUD SYUKUR KETIKA MENDAPAT NIKMAT DAN TERHINDAR DARI MALAPETAKA


Dari Abu Bakrah r.a., dia berkata:
 
وَعَنْ أَبِي بَكْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ إِذَا جَاءَهُ أَمْرٌ يَسُرُّهُ خَرَّ سَاجِداً لِلَّهِ
“Apabila Nabi s.a.w. menerima sesuatu yang menggembirakan, beliau langsung sujud syukur kepada Allah S.W.T.”. [HR: AHMAD, ABU DAUD, TIRMIZI & IBNU MAJAH]
 
Dari ‘Abdul Rahman Bin “Auf r.a, dia berkata:
 
وَعَنْ عَبْدِ اَلرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ رضي الله عنه قَالَ: سَجَدَ اَلنَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَأَطَالَ اَلسُّجُودَ ، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَقَالَ: " إِنَّ جِبْرِيلَ آتَانِي ، فَبَشَّرَنِي ، فَسَجَدْتُ لِلَّهِ شُكْرًا"
 “Nabi s.a.w. melakukan sujud dan melamakan sujudnya, kemudian beliau mengangkat kepalanya (setelah selesai) beliau berkata: Jibril baru sahaja menemuiku dan memberikanku berita gembira. Kerana itulah aku sujud kepada Allah S.W.T. sebagai tanda syukur aku kepadaNya”. [HR: AHMAD, HAKIM & ABU YA’LA]

KETERANGAN HADITH:
Ibnu Qayyim menyebutkan dalam karangannya  Zaadul Ma’aad’ tentang faedah dari kisah Ka’ab bin Malik, mengenai kisah taubatnya, dia berkata :
“Aku mendengar suara teriakan dari atas gunung: Wahai Ka’ab bin Malik, berbahagialah (kerana mendapat ampunan dari Allah S.W.T.)”.
Sujudnya Ka’ab bin Malik ketika mendengar berita gembira adalah dalil bahawa itu merupakan perilaku para Sahabat, iaitu melakukan sujud syukur ketika mendapat nikmat dan ketika terhindar dari malapetaka.
Ibnu Hajar berkata, kisah itu menunjukkan disyariatkannya sujud syukur.

FAEDAH SUJUD SYUKUR:
Al-‘Allamah Ibnu ‘Utsmain menyebutkan dalam karangannya ‘Fatawaa’ : “Sujud syukur dilakukan ketika terhindar dari musibah dan ketika mendapat nikmat. Hukumnya seperti sujud tilawah ketika membaca al-quran di luar solat. Sebahagian ulamak berpendapat sujud syukur dilakukan ketika berada dalam keadaan bersih (berwudhuk) dan diawali dengan takbir. Ulamak lain berpendapat, cukup dengan takbir pertama, laulu langsung sujud dan membaca doa:  سُبْحَانَ رَبِّيَ الاعْلَى (Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi).

No comments:

Post a Comment