banner

banner

Thursday, March 7, 2013

SUNNAH YANG DILUPAKAN MEMBUDAYAKAN UCAPAN SALAM


Bahawa Rasulullah s.a.w yang kita sayangi mengungkapkan banyak kelebihan memberi salam di antara sesama Islam. Antara kelebihannya ialah :

Islam Yang Paling Baik

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ اْلإِسْلاَمِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلاَمَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru r.a, ia menceritakan, “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w : ‘Apakah ciri keislaman seseorang yang paling baik? Rasulullah s.a.w menjawab : ‘Kamu memberikan makanan (kepada orang yang memerlukan) dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang tidak kamu kenal.” [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Penyubur Kasih Sayang

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
لاَ تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ
Daripada Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :  "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan kalian kepada sesuatu amalan jika kamu lakukan nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam antara sesama kamu". [Riwayat Muslim]
 
 
Memberi Salam Hanya Kepada Orang Yang Dikenali Di Antara Tanda-tanda Kiamat
 
 
عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يُسَلِّمَ الرَّجُلُ عَلَى الرَّجُلِ لاَ يُسَلِّمُ عَلَيْهِ إِلاَّ لِلْمَعْرِفَةِ
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya salah satu daripada tanda kiamat ialah seseorang yang memberi salam hanya kepada orang yang dikenali sahaja. ”   [Riwayat Ahmad] – Disahihkan oleh Albani
 
 
Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w dalam menyebarkan salam agar ikatan ukhuwah kita akan terus kuat lebih-lebih lagi kita sebagai kakitangan UTeM merupakan satu keluarga yang besar yang patut saling kenal mengenali antara satu sama lain selain kita dapat mengejar ganjaran yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita serta mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

No comments:

Post a Comment