banner

banner

Wednesday, August 14, 2013

ADAB BERBUKA PUASA BERPANDUKAN SUNNAH RASULULLAH S.A.W

1.      Menyegerakan Berbuka Puasa
Menyegerakan berbuka apabila masuknya waktu atau disebut ta’jil al-Iftar. Ini berdasarkan hadis-hadis yang menyebut perkara ini, antaranya: Daripada Sahl bin Sa`ad bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Manusia sentiasa dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa.”
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
2.      Berbuka Dengan Kurma
Berbuka puasa dengan rutab, atau tamar atau air. Rutab ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering, ia lembut dan manis. Adapun tamar ialah buah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu’jam al-Wasit 1/88). Sekarang di negara kita rutab sudah mula dikenali. Ia kurma yang masak dan masih lagi belum kering dan mengecut. Apabila ia mengecut dipanggil tamar. Di dalam hadis daripada Anas katanya:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.”
(Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi, katanya hadis ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadis ini. (lihat: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411 cetakan: Maktabah al-Nahdah al-Hadithah, Mekah).
3.      Makan Dengan Bersederhana
Makan dengan kadar yang tidak berlebihan ketika berbuka. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. maksudnya:
“ Dan makan dan minumlah kamu, dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang berlebih-lebihan.”
(Surah al-`Araf:31
4.      Doa Makbul
Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadis Nabi s.a.w.:
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, doa yang tidak ditolak ketika dia berbuka.”
(Riwayat Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur’ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif ).
Maka kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang kita hajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan daripada kotoran dosa dan syahwat. Justeru itu al-Munawi menyebut:
”Hadis di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggungjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota.”
(Faidh al-Qadir, 2/500).

DOA AGAR ISTIQAMAH DALAM IMAN & AMAL

Kelebihan Istiqamah Dalam Iman & Amal


Fiman Allah S.W.T :

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلاَئِكَةُ
أَلاَّ تَخَافُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
Maksudnya : “ Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. [Surah Fussilat : 30]

# Menurut tafsir Ibnu Katsir : maksud malaikat turun memberi khabar berita gembira dalam ayat ini ialah ketika saat kematiannya iaitu sedang nazak. Berikutlah seperti yang disebutkan dalam hadis-hadis yang sahih seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim.

Doa Yang Dianjurkan Dalam Al-Quran Al-Karim
 
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya : “ (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. [Surah Ali ‘Imran : 8]

Doa Yang Dianjurkan Dalam Al-Sunnah


اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ القُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ
Maksudnya : “ Ya Allah yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku kami ke atas jalan Agama-Mu [H.R al-Tirmidzi]
 
 
 
Doa tersebut adalah bersandarkan hadis ini :
 
عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا قَالَ نَعَمْ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ   رواه الترمذي[
Maksudnya : Daripada Anas r.a katanya : “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w sentiasa memperbanyakkan doa : “ Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hatiku teguh atas jalan agama-Mu. Lalu aku bertanya : Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan ajaran yang engkau bawa. Lalu apakah engkau bimbang kepada kami? Jawab Baginda S.A.W : Ya, sesungguhnya hati-hati itu di antara dua jari daripada jari-jari Allah, Dia boleh membolak-balikkannya seperti yang dikehendaki-Nya.” [Hadis Riwayat al-Tirmidzi]


Selain itu, terdapat juga doa lain yang diajarkan Nabi s.a.w. Antaranya ialah :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لاَ يَرْتَدُّ وَنَعِيمًا لاَ يَنْفَدُ،
وَمُرَافَقَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keimanan yang tidak berbolak balik, kenikmatan yang tidak putus-putus dan perdampingan dengan Nabi SAW di syurga tertinggi yang kekal.”(Sahih Ibnu Hibban, juz. 5, hlm. 303, no. 1970)


HURAIAN :

1.      Istiqamah bermaksud ‘ konsisten @ teguh berdiri di atas jalan ketaatan kepada segala perintah Allah dan RasulNya

2.      Istiqamah dalam iman adalah sesuatu yang paling sukar untuk dicapai oleh kebanyakan manusia. Ini perakui sendiri oleh para ulama’.

3.      Oleh kerana itu, kita dianjurkan supaya berdoa memohon kepada Allah s.w.t agar tidak membolak-balikkan hati kita dan sentiasa berpegang kepada tali Allah dalam setiap amalan seharian yang kita lakukan.

4.      Di antara amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah konsisten walaupun sedikit. Sabda Rasulullah s.a.w :

وَإِنَّ أَحَبَّ الْعَمَلِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ وَكَانَ إِذَا عَمِلَ عَمَلاً أَثْبَتَهُ
Bermaksud : “ Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah ialah 'ADWAM' (konsisten / berterusan) walaupun sedikit.. dan dia apabila membuat sesuatu amalan akan menekuninya (dengan baik).”
 
 

KEHILANGAN PAHALA DAN PELIHARALAH LIDAH

KEHILANGAN PAHALA
 
Kehilangan pahala adalah sesuatu yang amat merugikan. Jika kita faham betapa berertinya pahala bagi seorang insan yang akan bertemu Tuhan, kita akan dapat menilai besarnya erti pahala. Pahala membawa ke syurga, sementara dosa membawa ke neraka. Jika puasa itu diandaikan sebagai satu pekerjaan dan pahala sebagai gajinya, maka perlanggaran pantang larang itu sebagai pengurangan atau pemotongan gaji. Namun pahala lebih bererti dari gaji dalam kehidupan duniawi ini. Ramai orang yang beramal dalam dunia ini pulang kepada Allah pada Hari Kiamat kelak dalam keadaan muflis kerana kehabisan pahala amalan disebabkan dosa-dosanya kepada orang lain. Nabi s.a.w bersabda:
 
“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

PELIHARA LIDAH
 
Lidah adalah punca terbesar kita kehilangan pahala. Puasa jika dapat mendidik lidah kita dari mencerca, dusta, menuduh dan memaki hamun orang lain, maka itu satu kejayaan yang besar. Manusia yang beradab tidak mengeluarkan kata-kata kesat dari mulutnya. Dia mungkin tegas, pedas dan tajam penghujahannya, tetapi tidak dusta, kesat dan buruk perkataan. Muslim yang baik tidak menzalimi orang dengan lidah dan anggotanya, samada pada bulan Ramadan, ataupun selain Ramadan. Lebih buruk lagi jika dilakukan dalam masjid ataupun di luar masjid. Sangat hina dan jelek sekali. Dalam riwayat al-Tabarani dari al-Mu’jam al-Kabir bahawa Nabi s.a.w pernah hadir dalam suatu majlis orang Ansar. Padanya ada seorang lelaki yang terkenal dengan suka memaki hamun. Nabi s.a.w pun bersabda: “Memaki orang muslim itu perbuatan fasik dan memeranginya perbuatan kufur”.

Ramadan mendidik kita menjaga perkataan. Ini termasuklah antara pasangan suami isteri. Ada orang yang memelihara lidahnya dari memaki orang lain, tetapi tidak kepada isterinya. Padahal kepada isteri lebih patut dijaga perkataan kerana dia seorang muslimah dan ada perintah-perintah khusus dalam al-Quran dan as-Sunnah untuk menjaga hubungan dengannya. Maka peliharalah pahala kita dalam Ramadan dan luar Ramadan!

IKTIKAF...PECUTAN TERAKHIR RAMADHAN

Iktikaf dari sudut syarak membawa maksud berada dalam masjid dengan niat yang khusus.
Dalil Disyariatkan
                Firman Allah Taala :
وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
Dan janganlah kamu menyetubuhi mereka (isteri-isteri kamu) sedangkan kamu beriktikaf di Masjid.
 [Al-Baqarah : 187]
Aisyah ra juga pernah bercerita:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِه.
“Nabi saw telah beriktikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan. Kemudian isteri-isteri Baginda beriktikaf selepas kewafatannya.”
[Hadis Riwayat Al-Bukhari]
Hikmah Disyariatkan
Disyariatkan iktikaf untuk menjadi usaha yang mengumpulkan segala niat yang baik dan menyucikan hati, juga mendidik jiwa supaya zuhud terhadap syahwat (keinginan) yang dibenarkan dan menjauhkan diri daripada melakukan pelanggaran dan dosa.
Hukum Iktikaf
Iktikaf sunat dilakukan pada setiap masa. Pada bulan Ramadhan, ia disunatkan lagi. Pada sepuluh malam terakhir pula, ia lebih ditegaskan lagi hukum sunatnya. Bagi yang bernazar, maka wajib baginya untuk beriktikaf.
Syarat Sah
1-      Niat
2-      Berada dalam Masjid
Adab iktikaf
1-      Memenuhkan masa dengan melakukan ketaatan kepada Allah seperti zikir, membaca Al-Quran, dan perbincangan ilmu.
2-      Berpuasa.
3-      Dilakukan dalam masjid .
4-      Tidak bercakap melainkan perkara yang baik-baik

Perkara Yang Merosakkan Iktikaf
1-      Bersetubuh
2-      Keluar daripada masjid dengan sengaja tanpa hajat
3-      Murtad, mabuk dan gila
4-      Keluar haid dan nifas.
Orang yang beriktikaf dibolehkan untuk menghentikan iktikafnya dan keluar dari masjid apabila dia mahu. Apabila dia masuk semula ke dalam masjid, dia hendaklah memperbaharui niat iktikafnya.
Marilah kita mengambil peluang yang berbaki tidak sampai 10 hari di bulan Ramadhan ini untuk melaksanakan amalan iktikaf di masjid untuk melakukan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT. Rebutlah peluang keemasan ini selebum kehabisan. semoga kita dikurniakan Malam Yang Lebih Baik Dari Seribu Bulan...

BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN




Rasulullahlah s.a.w yang paling dermawan bulan Ramadhan. Daripada Ibnu Abbas r.a.:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة

“Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan. Dan baginda lebih dermawan di bulan Ramadan ketika baginda bertemu Jibril a.s. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al- Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah s.a.w melebihi angin yang berhembus.”
(H.R. Bukhari).

Sememangnya bahawa Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat dermawan. Ini juga ditegaskan oleh Anas bin Malik r.a.:


كان النبي صلى الله عليه وسلم أشجع الناس وأجود الناس

“Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” (H.R. Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan (H.R. Tirmizi)


Pengajaran Hadis:

i)     Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian    seperti memperbanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii)     Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii)     Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv)     Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk

MENJILATI SISA MAKANAN DI TANGAN SEBELUM DIBASUH ATAU DICUCI

Dari Ibnu ‘Abbas r.a, bahawasanya Nabi s.a.w pernah bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُم، فَلا يَمْسَحْ يَدَهُ، حَتَّى يَلْعَقَهَا أَو يَلْعِقَهَا

“Apabila Salah Seorang Daripada Kamu Selesai Makan, Maka Janganlah Membersihkan Tangannya Sebelum Menjilati Jari-Jarinya Atau Menyuruh Orang Lain(Dari Kalangan Orang Yang Dicintai Dan Tidak Merasa Jijik Dengannya) Untuk Menjilati Jari-Jarinya”. [H.R al-Bukhari]

Dari Ka’ab Bin Malik r.a, beliau berkata:

كَان رسول الله صلى الله عليه وسلم يَأْكُلُ بثَلاثِ أَصَابِعَ، وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا

“Rasulullah s.a.w Makan Dengan Menggunakan Tiga Jari, Lalu Beliau Menjilatinya Sebelum Membersihkannya”. [H.R Muslim]

Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebut dalam Fathul Baari: Hadith ini membantah orang-orang yang tidak suka menjilat jari selepas makan dengan alasan jijik. Alasan jijik betul sekiranya lepas jilat itu, terdapat air liur dan menyambung makan semula. Namun perlu difahami bahawa menjilat jari ini dilakukan sebelum basuh tangan yakni setelah selesai makan.

Al-Khatabi menjelaskan dalam Ma’alimus Sunan: “Nabi s.a.w telah menjelaskan alasan menjilati jari-jari dan menghabiskan semua makanan yang ada di dalam pinggan, dan kemudian sabda baginda:

فَإِنَّهُ لا يَدْرِي فِي أَيِّ طَعَامِهِ يُبَارَكُ لَهُ

“Kerana sesungguhnya seseorang tidak mengetahui bahagian makanan mana yang diberkati allah padanya”.

Ini memberi peringatan kepada kita bahawa, kita tidak tahu di bahagian mana terdapat berkat, mungkin di bahagian yang tidak dihabiskan itu atau sebaliknya. Oleh yang demikian, kita mestilah mendidik anak-anak dan diri kita sendiri untuk tidak menganggap bahawa menjilat jari dan makan sehingga habis makanan yang disediakan bukanlah perbuatan yang jijik dan melawan adat. Inilah sunnah yang ditinggalkan kepada kita, bahkan ada juga yang dimomokkan bahawa ia tidak bertepatan dengan adab ketika makan yang diperkenalkan oleh golongan barat.

Mudah-mudahan adab dan sunnah ini menjadi ikutan sepanjang zaman. Semoga bermanfaat.

MEMAKAI SELIPAR/KASUT MULAI DARI SEBELAH KANAN DAN MELEPASKANNYA DARI SEBELAH KIRI

Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


إِذَا انْتَعَلَ أَحَدُكُم فَلْيَبْدَأْ بِالْيَمِين، وَإِذَا نَزَعَ فَاليبدأ بِالشِّمَال، لِتَكُنِ الْيُمْنَى أَوَّلُهُمَا تَنْعَلُ، وَآخِرَهما تُنْزَعُ

Maksudnya: “Apabila diantara kamu hendak memakai selipar(sandal), mulailah dengan yang kanan, dan apabila hendak melepaskannya, mulailah dengan yang kiri. Hendaklah selipar(capal) yang kanan menjadi yang pertama kali dipakai dan terakhir kali dilepaskan” [H.R al-Bukhari]

Al-khatabi menyebutkan dalam Ma’alimus Sunan: “Apabila sudah diketahui tujuan memakai selipar(capal) bertujuan menjaga kaki, maka sebaiknya dimulai dengan kanan kerana ia memberi manfaat dan barulah dilepaskan menggunakan sebelah kiri. Dan sesungguhnya nabi muhammad s.a.w ketika bersuci memulakan dengan yang kanan barulah yang kiri.”

Hal yang demikian juga diriwayatkan dalam hadis Baginda, daripada Aisyah r.ah:


كَانَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ في تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w sangat menyukai memulakan dengan yang kanan, baik dalam memakai capal(selipar), menyisir rambut, bersuci dan dalam segala hal”. [H.R al-Bukhari dan Muslim]

Faedahnya:

Imam al-nawawi menyebut dalam syarah muslimnya: “Inilah kaedah dalam syariat, iaitu segala sesuatu dalam bab penghormatan dan pemuliaan, seperti memakai baju, sepatu, memasuki masjid, bersiwak, memakai celak, memotong kuku, mencukur kumis(misai), menyisir(menyikat) rambut, mencukur bulu ketiak, memotong rambut, mengucapkan salam ketika mengakhiri solat, membasuh anggota wudhuk, keluar dari bilik mandi, makan dan minum, berjabat tangan, dan dalam semua perkara yang baik dimulakan dengan sebelah kanan. Namun, jika masuk bilik mandi, keluar dari masjid, istinjak, membuang pakaian, melepaskan capal(selipar), disunnahkan dengan sebelah kiri.
Semoga sunnah Nabi Muhammad s.a.w ini, diamalkan dan disebarkan bagi mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

BERDOA KEPADA PEMBERI SEDEKAH DAN ZAKAT

Firman Allah S.W.T:
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ...
Maksudnya : “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dengan berdoalah untuk mereka...”[Al-Taubah:103]
Ibnu Katsir berkata makna ayat وَصَلِّ عَلَيْهِمْ adalah mendoakan dan memohon ampun kepada mereka.

Abdullah bin Abu Aufa r.a. berkata:
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي أَوْفَى قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِمْ فَأَتَاهُ أَبِي أَبُو أَوْفَى بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِي أَوْفَى
 
Maksudnya : “Apabila satu kaum ada memberikan sedekah, Rasulullah s.a.w. mendoakan mereka: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِمْ  (Ya Allah limpahkanlah keberkatan kepada mereka). Lalu datanglah bapaku Abu Aufa memberikan sedekahnya. Maka baginda pun berdoa: اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِي أَوْفَى  (Ya Allah limpahkanlah keberkatan kepada keluarga (keturunan) Abu Aufa)”. [H.R: MUSLIM]

KETERANGAN HADIS:
 
Imam al-Nawawi berkata: doa ini adalah selawat yang sesuai dengan firman Allah S.W.T. وَصَلِّ عَلَيْهِمْ. Menurut mazhab kami yang masyhur dan mazhab majoriti ulamak, hukum mendoakan pemberi zakat itu sunnah dan tidak wajib, kerana Nabi s.a.w. pernah mengutus Muaz dan sahabat yang lain untuk mengambil zakat, tetapi tidak memerintahkan mereka untuk mendoakan orang yang memberikan zakat.
 
Sebagai umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah, kita diseru supaya bersifat tawaduk dan rendah diri. Sedekah yang dihulurkan pula bukan bertujuan untuk mengharapkan balasan berbentuk pujian atau wang ringgit. Kita juga dilarang bersikap riak, menunjuk-nunjuk atau mengungkit-ungkit setiap pemberian kita kerana amalan yang tidak ikhlas itu tidak akan sampai kepada Allah dan tiada ganjaran pahala.
 
Dapatlah disimpulkan di sini, bahawa sedekah itu adalah suatu amalan yang mulia. Di dalam hadith yang lain ada menyebutkan bahawa jika mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala pahala amalannya melainkan tiga perkara, iaitu ilmu yang bermanfaat, sedekah amal jariah dan doa anak yang soleh. Semoga Allah S.W.T. menerima segala amal kebajikan kita di dunia ini dan mendapat doa kepada mereka yang kita sedekahkan.  
 

MEMBERI SALAM

 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَة قَالَ : قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَفَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى أَمْرٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

ERTI HADIS

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda : Demi diriku di tangannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman  dan kamu tidak akan beriman hinggalah kamu ada sifat kasih sayang, sesungguhnya ingatlah, aku tunjukkan kepada kamu satu perkara jika kamu lakukannya nescaya kamu akan ada sifat kasih sayang iaitu hendaklah kamu menyebarkan ( memberi ) salam di antara sesama kamu.

( H.R Muslim, Abu Dawud Dan Tirmizi )
 
HURAIANNYA
 
1. Salam bererti selamat sejahtera dan ia adalah merupakan luahan perasaan diri seseorang  yang mengandungi erti kesejahteraan, keamanan dan keselamatan. Apabila seseorang itu memberi ucapan selamat sejahtera yang benar , difahami dan dirasai bersama-sama oleh orang mukmin. Maka sesungguhnya ia akan membuahkan perasaan kasih sayang. Manakala perasaan itu tersebar luas sesama mereka maka dengan sendirinya keselamatan, kesejahteraan dan keselamatan akan tercipta dalam sebuah masyarakat mukmin yang dinamik. Sekurang-kurang lafaz salam adalah “Assalamualaikum” dan yang lebih sempurna di tambah lagi dengan “Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh” .
 
2. Memberi salam adalah jalan menuju kepada mahabbah dan kasih sayang. Dengan itu Assalamualaikum ialah syiar yang wajib diamal dan dipelihara oleh umat Islam. Semoga sunnah Nabi Muhammad s.a.w ini, diamalkan dan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Amin. Wallahua’lam


MEMINTA IZIN DAN MENGETUK PINTU



Al- Bukhari meriwayatkan berikut  dalam Al-Adabul Mufrad dan dia berkata : “ hadis ini  hasan shahih begitu juga Abu Dawud.

Dari Abdullah bin Busr r.a dia berkata :
قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أتى باب قوم، لم يستقبل الباب من تلقاء وجهه، ولكن من ركنه الأيمن أو الأيسر، ويقول: "السلام عليكم، السلام عليكم". وذلك أن الدور لم يكن عليها يومئذ ستور.
 
“ Jika Rasulullah s.a.w mengunjungi pintu (rumah seseorang, beliau tidak langsung menghadap ke pintu tersebut, melainkan dari sebelah kanan atau kiri pintu. Lalu, beliau berkata Assalamualaikum, Assalamualaikum. Hal itu beliau lakukan kerana rumah-rumah ketika itu tiada tutupnya.”                                                                                                                             Hadith Riwayat Abu Dawud

KETERANGAN HADIS :

 Hadis tersebut dishahihkan oleh al-Albani dalam takhriijul Misykaah nya.

Perbuatan tersebut adalah termasuk dalam adab mulia yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w yang mana kebanyakkan kaum muslimin melupakannya.  Kita sepatutnya meminta izin mengucapkan salam dan mengetuk pintu agar tuan rumah atau sesiapa yang ada di rumah mendengar kedatangan kita dan bersedia untuk menyambut tetamu yang hadir.

 
MEMINTA IZIN KEPADA TUAN RUMAH KETIKA HENDAK PERGI
 
Dalilnya adalah hadis Nabi s.a.w :

قال صلى الله عليه وسلم ( إذا زار أحدكم أخاه فجلس عنده ، فلا يقومن حتى يستأذنه )

“ Apabila seorang diantara mereka berkunjung ke rumah saudaranya dan duduk di dalamnya, maka hendaknya dia tidak keluar dari tempat duduknya sebelum meminta izin terlebih dahulu kepada saudaranya.”

KETERANGAN HADIS :

Hadis ini memperingatkan kepada kita semua tentang adab yang mulia iaitu seorang tetamu tidak boleh bangun dari tempat duduk sebelum meminta izin kepada tuan rumah. Adab ini sudah dilupakan oleh kebanyakkan kita. Sebagai contoh di suatu majlis kita mendapati kita keluar dari majlis tanpa meminta izin terlebih dahulu. Tidak hanya minta izin bahkan mereka keluar tanpa mengucapkan salam. Adalah beradab kita, mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dengan kita mengamalkan sunnah-sunnah tersebut dalam kehidupan kita. Ini semua adalah adab yang mulia, akhlak yang baik yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Mudah-mudahan dengan ini dapat meningkatkan amal dan diberikan ganjaran daripada Allah S.W.T.
Wallahu a’lam .

 
 Previous ItemNext Item

BERUBAT DENGAN TALBINAH



أنها كانت إذا مات الميت من أهلها فاجتمع لذلك النساء ثم تفرقن إلا أهلها وخاصتها أمرت ببرمة من تلبينة فطبخت ثم  ثريد فصبت التلبينة عليها ثم قالت كلن منها فإني سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول التلبينة مجمة لفؤاد المريض تذهب بعض الحزن
Maksudnya: “ Adalah Aisyah, ketika salah seorang keluarganya meninggal dunia, para wanita pun berkumpul ( melawatnya); hingga kemudian mereka pergi, kecuali dari kalangan keluarga dan orang-orang terdekatnya. ‘ Aisyah pun menyruh (kerabatnya itu) memasak talbinah (makanan lembut yang terbuat dari tepung, biasanya dicampur dengan madu) dan tsarid (bubur khas Arab), kemudian mencampurkan talbinah dengan tsarid. Setelah itu, ‘ Aisyah berkata : “ Makanlah oleh kalian makanan ini. Sungguh, aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : ‘Talbinah itu boleh melegakan hati orang yang sedang sakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan.”
Dalam riwayat lain, dari ‘Aisyah r.a., bahwasanya dia menyuruh untuk membuat talbinah, lalu berkata :
أنها كانت تأمر بالتلبينة، وتقول : هو البغيض النافع - موقوف.
Maksudnya: “ Ia adalah sejenis makanan yang tidak disukai ( oleh orang yang sakit ), namun sangat bermanfaat ( baginya ).
* Ibnu Qayyim r.h. berkata dalam Zaadul Ma’aad (IV/293): “ Talbinah yaitu minuman dari gandum yang digiling.” Al-Hafizh Ibnu Hajar menjelaskan di dalam Fathul Baari dengan mengambil pendapat para ulama mengenai talbinah , iaitu minuman ( kuah ) dari tepung atau kurma yang dicampur dengan madu. Ada yang berpendapat “ Susu disebut dengan talbinah karena putih dan kentalnya .”

Peringatan :
Hadith yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Ibnu majah, dari Aisyah r.a. dia berkata bahawa :
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أخذ أهله الوعك أمر بالحسا فصنع ثم أمرهم فحسو منه ويقول إنه ليربو فؤاد الحزين ويسرو عن فؤاد السقيم
Maksudnya : “ Apabila sanak saudara Rasulullah s.a.w. sakit demam denggi, beliau menyuruh untuk dibuatkan sup daging, lalu menyuruh-nyuruh orang-orang untuk membuatnya juga yang sedang sakit.”
Ia adalah hadith dha ‘if. Demikianlah yang ditegaskan oleh al-Albani dan ulama lainnya. Maka cukuplah hadith ‘Aishah r.a. yang disebutkan di muka tentang talbinah, yakni yang tercantum dalam kitab Shahibul Bukhari dan Shahiih Muslim.

Sunday, August 4, 2013

ISMECA FEB-AUG 2013

With Indus department sis!





Ismeca practical trainees

















Iftar with Ismecan

Location : London Seafood Restaurant, Melaka
Number: 18 peoples

Here the snapshot! ^_^














Thursday, August 1, 2013

Missing her ::MaMa::




Ibu
Aku lahir tanpa apa-apa,
Engkaulah yang mengajariku segalanya,
Membesarkanku dengan segala upaya,
Berharap aku kan jadi orang yang berguna..

Ketika aku menangis dalam takut,
Engkaulah yang menenangkanku..
Dan ketika aku jatuh sakit,
Engkaulah yang selalu berada di sampingku..

Engkau menegurku ketika aku salah,
Engkau mengingatkanku ketika aku lupa,
Engkau menghiburku ketika aku sedih,
Engkaulah yang menyembuhkanku ketika aku terluka..

Kini aku telah dewasa,
Berusaha mengejar dan meraih cita-cita,
Berharap kan menjadi orang yang berguna,
Demi mewujudkan harapan dan impian keluarga..

Terima kasih ibu,
Engkaulah segalanya bagiku,
Tanpamu kini aku bukanlah apa-apa,
Kasihmu padaku tak kan terbalas sepanjang masa...