banner

banner

Wednesday, August 14, 2013

BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN




Rasulullahlah s.a.w yang paling dermawan bulan Ramadhan. Daripada Ibnu Abbas r.a.:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم أجود الناس ، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل ، وكان يلقاه في كل ليلة من رمضان فيُدارسه القرآن ، فالرسول الله صلى الله عليه وسلم أجودُ بالخير من الريح المرسَلة

“Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling dermawan. Dan baginda lebih dermawan di bulan Ramadan ketika baginda bertemu Jibril a.s. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al- Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah s.a.w melebihi angin yang berhembus.”
(H.R. Bukhari).

Sememangnya bahawa Rasulullah s.a.w adalah seorang yang sangat dermawan. Ini juga ditegaskan oleh Anas bin Malik r.a.:


كان النبي صلى الله عليه وسلم أشجع الناس وأجود الناس

“Rasulullah s.a.w adalah orang yang paling berani dan paling dermawan.” (H.R. Bukhari & Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan (H.R. Tirmizi)


Pengajaran Hadis:

i)     Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian    seperti memperbanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii)     Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii)     Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv)     Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk

No comments:

Post a Comment