banner

banner

Wednesday, August 14, 2013

DOA AGAR ISTIQAMAH DALAM IMAN & AMAL

Kelebihan Istiqamah Dalam Iman & Amal


Fiman Allah S.W.T :

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلاَئِكَةُ
أَلاَّ تَخَافُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
Maksudnya : “ Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): “Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. [Surah Fussilat : 30]

# Menurut tafsir Ibnu Katsir : maksud malaikat turun memberi khabar berita gembira dalam ayat ini ialah ketika saat kematiannya iaitu sedang nazak. Berikutlah seperti yang disebutkan dalam hadis-hadis yang sahih seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim.

Doa Yang Dianjurkan Dalam Al-Quran Al-Karim
 
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya : “ (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. [Surah Ali ‘Imran : 8]

Doa Yang Dianjurkan Dalam Al-Sunnah


اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ القُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ
Maksudnya : “ Ya Allah yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku kami ke atas jalan Agama-Mu [H.R al-Tirmidzi]
 
 
 
Doa tersebut adalah bersandarkan hadis ini :
 
عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا قَالَ نَعَمْ إِنَّ الْقُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ   رواه الترمذي[
Maksudnya : Daripada Anas r.a katanya : “ Bahawasanya Rasulullah s.a.w sentiasa memperbanyakkan doa : “ Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah hatiku teguh atas jalan agama-Mu. Lalu aku bertanya : Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan ajaran yang engkau bawa. Lalu apakah engkau bimbang kepada kami? Jawab Baginda S.A.W : Ya, sesungguhnya hati-hati itu di antara dua jari daripada jari-jari Allah, Dia boleh membolak-balikkannya seperti yang dikehendaki-Nya.” [Hadis Riwayat al-Tirmidzi]


Selain itu, terdapat juga doa lain yang diajarkan Nabi s.a.w. Antaranya ialah :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ إِيمَانًا لاَ يَرْتَدُّ وَنَعِيمًا لاَ يَنْفَدُ،
وَمُرَافَقَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَعْلَى جَنَّةِ الْخُلْدِ
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu keimanan yang tidak berbolak balik, kenikmatan yang tidak putus-putus dan perdampingan dengan Nabi SAW di syurga tertinggi yang kekal.”(Sahih Ibnu Hibban, juz. 5, hlm. 303, no. 1970)


HURAIAN :

1.      Istiqamah bermaksud ‘ konsisten @ teguh berdiri di atas jalan ketaatan kepada segala perintah Allah dan RasulNya

2.      Istiqamah dalam iman adalah sesuatu yang paling sukar untuk dicapai oleh kebanyakan manusia. Ini perakui sendiri oleh para ulama’.

3.      Oleh kerana itu, kita dianjurkan supaya berdoa memohon kepada Allah s.w.t agar tidak membolak-balikkan hati kita dan sentiasa berpegang kepada tali Allah dalam setiap amalan seharian yang kita lakukan.

4.      Di antara amalan yang paling dicintai oleh Allah ialah konsisten walaupun sedikit. Sabda Rasulullah s.a.w :

وَإِنَّ أَحَبَّ الْعَمَلِ إِلَى اللَّهِ أَدْوَمُهُ وَإِنْ قَلَّ وَكَانَ إِذَا عَمِلَ عَمَلاً أَثْبَتَهُ
Bermaksud : “ Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah ialah 'ADWAM' (konsisten / berterusan) walaupun sedikit.. dan dia apabila membuat sesuatu amalan akan menekuninya (dengan baik).”
 
 

No comments:

Post a Comment