banner

banner

Wednesday, August 14, 2013

IKTIKAF...PECUTAN TERAKHIR RAMADHAN

Iktikaf dari sudut syarak membawa maksud berada dalam masjid dengan niat yang khusus.
Dalil Disyariatkan
                Firman Allah Taala :
وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ
Dan janganlah kamu menyetubuhi mereka (isteri-isteri kamu) sedangkan kamu beriktikaf di Masjid.
 [Al-Baqarah : 187]
Aisyah ra juga pernah bercerita:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِه.
“Nabi saw telah beriktikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan. Kemudian isteri-isteri Baginda beriktikaf selepas kewafatannya.”
[Hadis Riwayat Al-Bukhari]
Hikmah Disyariatkan
Disyariatkan iktikaf untuk menjadi usaha yang mengumpulkan segala niat yang baik dan menyucikan hati, juga mendidik jiwa supaya zuhud terhadap syahwat (keinginan) yang dibenarkan dan menjauhkan diri daripada melakukan pelanggaran dan dosa.
Hukum Iktikaf
Iktikaf sunat dilakukan pada setiap masa. Pada bulan Ramadhan, ia disunatkan lagi. Pada sepuluh malam terakhir pula, ia lebih ditegaskan lagi hukum sunatnya. Bagi yang bernazar, maka wajib baginya untuk beriktikaf.
Syarat Sah
1-      Niat
2-      Berada dalam Masjid
Adab iktikaf
1-      Memenuhkan masa dengan melakukan ketaatan kepada Allah seperti zikir, membaca Al-Quran, dan perbincangan ilmu.
2-      Berpuasa.
3-      Dilakukan dalam masjid .
4-      Tidak bercakap melainkan perkara yang baik-baik

Perkara Yang Merosakkan Iktikaf
1-      Bersetubuh
2-      Keluar daripada masjid dengan sengaja tanpa hajat
3-      Murtad, mabuk dan gila
4-      Keluar haid dan nifas.
Orang yang beriktikaf dibolehkan untuk menghentikan iktikafnya dan keluar dari masjid apabila dia mahu. Apabila dia masuk semula ke dalam masjid, dia hendaklah memperbaharui niat iktikafnya.
Marilah kita mengambil peluang yang berbaki tidak sampai 10 hari di bulan Ramadhan ini untuk melaksanakan amalan iktikaf di masjid untuk melakukan ibadah dan ketaatan kepada Allah SWT. Rebutlah peluang keemasan ini selebum kehabisan. semoga kita dikurniakan Malam Yang Lebih Baik Dari Seribu Bulan...

No comments:

Post a Comment