banner

banner

Wednesday, August 14, 2013

MEMAKAI SELIPAR/KASUT MULAI DARI SEBELAH KANAN DAN MELEPASKANNYA DARI SEBELAH KIRI

Dari Abu Hurairah r.a, dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:


إِذَا انْتَعَلَ أَحَدُكُم فَلْيَبْدَأْ بِالْيَمِين، وَإِذَا نَزَعَ فَاليبدأ بِالشِّمَال، لِتَكُنِ الْيُمْنَى أَوَّلُهُمَا تَنْعَلُ، وَآخِرَهما تُنْزَعُ

Maksudnya: “Apabila diantara kamu hendak memakai selipar(sandal), mulailah dengan yang kanan, dan apabila hendak melepaskannya, mulailah dengan yang kiri. Hendaklah selipar(capal) yang kanan menjadi yang pertama kali dipakai dan terakhir kali dilepaskan” [H.R al-Bukhari]

Al-khatabi menyebutkan dalam Ma’alimus Sunan: “Apabila sudah diketahui tujuan memakai selipar(capal) bertujuan menjaga kaki, maka sebaiknya dimulai dengan kanan kerana ia memberi manfaat dan barulah dilepaskan menggunakan sebelah kiri. Dan sesungguhnya nabi muhammad s.a.w ketika bersuci memulakan dengan yang kanan barulah yang kiri.”

Hal yang demikian juga diriwayatkan dalam hadis Baginda, daripada Aisyah r.ah:


كَانَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ في تَنَعُّلِهِ، وَتَرَجُّلِهِ، وَطُهُورِهِ، وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w sangat menyukai memulakan dengan yang kanan, baik dalam memakai capal(selipar), menyisir rambut, bersuci dan dalam segala hal”. [H.R al-Bukhari dan Muslim]

Faedahnya:

Imam al-nawawi menyebut dalam syarah muslimnya: “Inilah kaedah dalam syariat, iaitu segala sesuatu dalam bab penghormatan dan pemuliaan, seperti memakai baju, sepatu, memasuki masjid, bersiwak, memakai celak, memotong kuku, mencukur kumis(misai), menyisir(menyikat) rambut, mencukur bulu ketiak, memotong rambut, mengucapkan salam ketika mengakhiri solat, membasuh anggota wudhuk, keluar dari bilik mandi, makan dan minum, berjabat tangan, dan dalam semua perkara yang baik dimulakan dengan sebelah kanan. Namun, jika masuk bilik mandi, keluar dari masjid, istinjak, membuang pakaian, melepaskan capal(selipar), disunnahkan dengan sebelah kiri.
Semoga sunnah Nabi Muhammad s.a.w ini, diamalkan dan disebarkan bagi mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

No comments:

Post a Comment