banner

banner

Wednesday, August 14, 2013

MEMBERI SALAM

 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَة قَالَ : قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ لَا تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَفَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى أَمْرٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

ERTI HADIS

Daripada Abu Hurairah r.a Rasulullah s.a.w bersabda : Demi diriku di tangannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman  dan kamu tidak akan beriman hinggalah kamu ada sifat kasih sayang, sesungguhnya ingatlah, aku tunjukkan kepada kamu satu perkara jika kamu lakukannya nescaya kamu akan ada sifat kasih sayang iaitu hendaklah kamu menyebarkan ( memberi ) salam di antara sesama kamu.

( H.R Muslim, Abu Dawud Dan Tirmizi )
 
HURAIANNYA
 
1. Salam bererti selamat sejahtera dan ia adalah merupakan luahan perasaan diri seseorang  yang mengandungi erti kesejahteraan, keamanan dan keselamatan. Apabila seseorang itu memberi ucapan selamat sejahtera yang benar , difahami dan dirasai bersama-sama oleh orang mukmin. Maka sesungguhnya ia akan membuahkan perasaan kasih sayang. Manakala perasaan itu tersebar luas sesama mereka maka dengan sendirinya keselamatan, kesejahteraan dan keselamatan akan tercipta dalam sebuah masyarakat mukmin yang dinamik. Sekurang-kurang lafaz salam adalah “Assalamualaikum” dan yang lebih sempurna di tambah lagi dengan “Assalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh” .
 
2. Memberi salam adalah jalan menuju kepada mahabbah dan kasih sayang. Dengan itu Assalamualaikum ialah syiar yang wajib diamal dan dipelihara oleh umat Islam. Semoga sunnah Nabi Muhammad s.a.w ini, diamalkan dan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Amin. Wallahua’lam


No comments:

Post a Comment