banner

banner

Wednesday, August 14, 2013

MEMINTA IZIN DAN MENGETUK PINTU



Al- Bukhari meriwayatkan berikut  dalam Al-Adabul Mufrad dan dia berkata : “ hadis ini  hasan shahih begitu juga Abu Dawud.

Dari Abdullah bin Busr r.a dia berkata :
قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أتى باب قوم، لم يستقبل الباب من تلقاء وجهه، ولكن من ركنه الأيمن أو الأيسر، ويقول: "السلام عليكم، السلام عليكم". وذلك أن الدور لم يكن عليها يومئذ ستور.
 
“ Jika Rasulullah s.a.w mengunjungi pintu (rumah seseorang, beliau tidak langsung menghadap ke pintu tersebut, melainkan dari sebelah kanan atau kiri pintu. Lalu, beliau berkata Assalamualaikum, Assalamualaikum. Hal itu beliau lakukan kerana rumah-rumah ketika itu tiada tutupnya.”                                                                                                                             Hadith Riwayat Abu Dawud

KETERANGAN HADIS :

 Hadis tersebut dishahihkan oleh al-Albani dalam takhriijul Misykaah nya.

Perbuatan tersebut adalah termasuk dalam adab mulia yang dituntut oleh Rasulullah s.a.w yang mana kebanyakkan kaum muslimin melupakannya.  Kita sepatutnya meminta izin mengucapkan salam dan mengetuk pintu agar tuan rumah atau sesiapa yang ada di rumah mendengar kedatangan kita dan bersedia untuk menyambut tetamu yang hadir.

 
MEMINTA IZIN KEPADA TUAN RUMAH KETIKA HENDAK PERGI
 
Dalilnya adalah hadis Nabi s.a.w :

قال صلى الله عليه وسلم ( إذا زار أحدكم أخاه فجلس عنده ، فلا يقومن حتى يستأذنه )

“ Apabila seorang diantara mereka berkunjung ke rumah saudaranya dan duduk di dalamnya, maka hendaknya dia tidak keluar dari tempat duduknya sebelum meminta izin terlebih dahulu kepada saudaranya.”

KETERANGAN HADIS :

Hadis ini memperingatkan kepada kita semua tentang adab yang mulia iaitu seorang tetamu tidak boleh bangun dari tempat duduk sebelum meminta izin kepada tuan rumah. Adab ini sudah dilupakan oleh kebanyakkan kita. Sebagai contoh di suatu majlis kita mendapati kita keluar dari majlis tanpa meminta izin terlebih dahulu. Tidak hanya minta izin bahkan mereka keluar tanpa mengucapkan salam. Adalah beradab kita, mengikut sunnah Rasulullah s.a.w dengan kita mengamalkan sunnah-sunnah tersebut dalam kehidupan kita. Ini semua adalah adab yang mulia, akhlak yang baik yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian kita. Mudah-mudahan dengan ini dapat meningkatkan amal dan diberikan ganjaran daripada Allah S.W.T.
Wallahu a’lam .

 
 Previous ItemNext Item

No comments:

Post a Comment