banner

banner

Wednesday, August 14, 2013

MENJILATI SISA MAKANAN DI TANGAN SEBELUM DIBASUH ATAU DICUCI

Dari Ibnu ‘Abbas r.a, bahawasanya Nabi s.a.w pernah bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُم، فَلا يَمْسَحْ يَدَهُ، حَتَّى يَلْعَقَهَا أَو يَلْعِقَهَا

“Apabila Salah Seorang Daripada Kamu Selesai Makan, Maka Janganlah Membersihkan Tangannya Sebelum Menjilati Jari-Jarinya Atau Menyuruh Orang Lain(Dari Kalangan Orang Yang Dicintai Dan Tidak Merasa Jijik Dengannya) Untuk Menjilati Jari-Jarinya”. [H.R al-Bukhari]

Dari Ka’ab Bin Malik r.a, beliau berkata:

كَان رسول الله صلى الله عليه وسلم يَأْكُلُ بثَلاثِ أَصَابِعَ، وَيَلْعَقُ يَدَهُ قَبْلَ أَنْ يَمْسَحَهَا

“Rasulullah s.a.w Makan Dengan Menggunakan Tiga Jari, Lalu Beliau Menjilatinya Sebelum Membersihkannya”. [H.R Muslim]

Al-Hafiz Ibnu Hajar menyebut dalam Fathul Baari: Hadith ini membantah orang-orang yang tidak suka menjilat jari selepas makan dengan alasan jijik. Alasan jijik betul sekiranya lepas jilat itu, terdapat air liur dan menyambung makan semula. Namun perlu difahami bahawa menjilat jari ini dilakukan sebelum basuh tangan yakni setelah selesai makan.

Al-Khatabi menjelaskan dalam Ma’alimus Sunan: “Nabi s.a.w telah menjelaskan alasan menjilati jari-jari dan menghabiskan semua makanan yang ada di dalam pinggan, dan kemudian sabda baginda:

فَإِنَّهُ لا يَدْرِي فِي أَيِّ طَعَامِهِ يُبَارَكُ لَهُ

“Kerana sesungguhnya seseorang tidak mengetahui bahagian makanan mana yang diberkati allah padanya”.

Ini memberi peringatan kepada kita bahawa, kita tidak tahu di bahagian mana terdapat berkat, mungkin di bahagian yang tidak dihabiskan itu atau sebaliknya. Oleh yang demikian, kita mestilah mendidik anak-anak dan diri kita sendiri untuk tidak menganggap bahawa menjilat jari dan makan sehingga habis makanan yang disediakan bukanlah perbuatan yang jijik dan melawan adat. Inilah sunnah yang ditinggalkan kepada kita, bahkan ada juga yang dimomokkan bahawa ia tidak bertepatan dengan adab ketika makan yang diperkenalkan oleh golongan barat.

Mudah-mudahan adab dan sunnah ini menjadi ikutan sepanjang zaman. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment