banner

banner

Friday, September 13, 2013

Jerawat ? Herbalife skin product


Sebenarnya tak boleh tau kutil jerawat, to all pembaca yang ada jerawat, sile disiplinkan tangan anda jangan mengutil jerawat kt muka, sbb tangan kita ada segala jenis bakteria, pegang macam-macam, tombol pintu, kunci, escalator yang semua orang pegang, lif buttons.. dan sbgnya.. scarrryyy benda-benda tu hinggap muka, pastu gi kat jerawat kita pesta-pesta. takut tau! -_-'


So, dalam masa yang sama tengah ambik formula 1 strawberry tu, user ni pun guna Radiant C skincare range. Vitamin C. Heee.. memang best gila. Especially the skin booster. The best part is, pores aku yang dulu besar gila cam lubang sarang semut dah tidak lagi kelihatan! Alhamdulillah!!

Stress. Punca kulit teruk. So. Jangan stress! Kalau korang stress, memang makan apa pun tak jadi. Nutrition pun tak absorb sebab badan tak berfungsi dengan baik kalau stress. Kalau stress, boleh tenangkan diri, ambik wudhu dan solat. Alrite!?

Berbalik kepada produk Herbalife, dari pengalaman user sendiri je, korang memang kene ambik at least Formula 1 dengan tea. Supaye cleansing bukan kat atas kulit je, tapi dari dalam badan dan keluar ke kulit. Result kat kulit, memang dari dalam. Nak skin clear dan bersih, dalam badan pun kena clear dan bersih, okay!?


PM me for solution : 013-2530130 (Shafikha)

Weight Loss Challenge: Pencarian Biggest Loser!

Bismillah.

Assalamualaikum semua!!

Dengan ini ingin umumkan yang kami menjalankan pertandingan menurunkan berat badan di Melaka Sentral, Melaka. Sesiapa yang berminat untuk menurunkan berat badan, sambil ada kawan2 sekeliling yang support, mendapat weight loss tips, dan nutritional support, body analysis, rangkaan jadual makanan sekaligus, bolehlah mendaftar untuk pertandingan ini.
SPendaftaran bernilai RM350, dan dengan pakej RM350 anda akan mendapat:
1- Support Group
2- Nutritional Tips & Pelan Pemakanan untuk menurunkan berat badan
3- Body Analysis
4- Coaching that will make sure you lose weight
5- Herbalife Products !! (2F1-you can choose your flavour, 1 shaker cup)
6- Celebration fiesta with variety of foods, FUN, and a lucky draw
7- BANYAK LAGI!! TAk tertulis value-nya dengan kata-kata. Nak tahu join us and you'll see people cry because they change their lives! MASYAALLAH.

Yang bestnya weight loss contest ni, kami dapat reach untuk menyentuh hati ramai orang yang segan silu dan merasa rendah diri dengan berat badannya, untuk menjadi lebih yakin kerana berpeluang memenangi contest.

Seronok sangat melihat juara2 contest mengalirkan air mata. Rupanya penurunan berat badan mereka dalam tempoh 4 minggu pertandingan sebenarnya sesuatu yang sangat besar dan telah mengubah perspektif mereka terhadap bagaimana dunia melihat mereka.

Yes. It can happen to you too.

Pemenang contest pada round 1:

Headmaster of weight loss contest NutriCity Melawati (boleh tak headmaster??)

So let's join us and be healthy! The more coaches we have, the more weight loss in Malaysia, the lesser the number of HPT, Diabetes, and CHD!! ;)
Pertandingan ini BUKAN untuk anda jika:
1- Anda merupakan seorang distributor/pengguna Herbalife
2- Anda sedang menggunakan produk dengan seseorang.
3- Anda berniat untuk menggunakan produk dengan seseorang lain.


*terms on conditions applied. PLease contact us and we will explain more on the registration of this weight loss contest.


Contact me!! Nurshafikha 013-2530130. ;)

Part Time Job offer

I am searching for anyone who are looking for part time job, just to make sure we fill our youth with pure intention.work at your own desired working hours and salary. Jom isi usia muda tlg malaysia lebih sihat. We help them now to help us nnti bila allah tanya how do we use our youth. Nnti xde la jwb kat allah, lepas graduate aku tanam anggur..we can answer allah aku tolong malaysia lebih sihat, insyaallah. Call 013-2530130 for more info =)

Saturday, September 7, 2013

Puasa – Takrif dan Pensyariatannya




Apakah Takrif Puasa?

Puasa dari sudut bahasa bererti : Menahan diri daripada sesuatu sama ada kata-kata ataupun makanan. Firman Allah taala menceritakan tentang Maryam.
قال تعالى : إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمٰنِ صَوْمًا
Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-rahman“. (Maryam : 26)

Puasa disini bermaksud menahan diri dan berdiam diri daripada berkata-kata.
Puasa dari sudut syarak bererti : Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Sejarah Pensyariatan Puasa

Puasa ramadhan difardhukan pada bulan syaaban tahun kedua hijrah. Sebelum itu, puasa telah diketahui oleh umat islam sebelumnya dan juga ahli kitab yang hidup sezaman dengan Nabi SAW Firman Allah Taala :
قالى تعالى : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183)

Walau bagaimanapun, kewajipan puasa ramadhan tidak pernah disyariatkan sebelum itu. Persamaan yang wujud diantara umat ini dengan umat islam dahulu ialah puasa yang disyariatkan. Tetapi kefardhuan puasa ramadhan dikhususkan hanya kepada Umat Nabi Muhammad SAW.

Dalil Disyariatkan Puasa Ramadhan

قالى تعالى : شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya : “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. ” (Al-Baqarah : 185)

عمر بن الخطاب رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( بني الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله ، وأن محمدا رسول الله ، وإقام الصلاة ، وإيتاء الزكاة ، وحج البيت ، وصوم رمضان ) رواه البخاري و مسلم

“Islam dibina atas lima perkara : mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, dan puasa pada bulan Ramadhan.”

LIMA PROJEK MEGA BULAN RAMADHAN 1434 H



PROJEK PERTAMA : INGIN DAPATKAN PAHALA QIYAMULLAIL SEPANJANG MALAM?
Ø  Syaratnya hanya satu! Jangan lari berjemaah solat tarawih bersama imam sehinggalah imam selesai solat di sepanjang Ramadhan
Ø  Tunggu sehingga Imam habis salam. Tidak kira sama ada Imam buat 8 rakaat atau 20 rakaat termasuk witir

Ø  Dalilnya :


عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ صُمْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يُصَلِّ بِنَا حَتَّى بَقِيَ سَبْعٌ مِنْ الشَّهْرِ فَقَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِنَا فِي السَّادِسَةِ وَقَامَ بِنَا فِي الْخَامِسَةِ حَتَّى ذَهَبَ شَطْرُ اللَّيْلِ فَقُلْنَا لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ نَفَّلْتَنَا بَقِيَّةَ لَيْلَتِنَا هَذِهِ فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
“ Daripada Abi Dzar r.a : “ Kami berpuasa bersama-sama Rasulullah s.a.w dan baginda tidak bersolat (terawih) bersama kami sehingga berbaki 7 hari dari bulan (Ramadhan). Kemudian baginda berqiyamullail bersama kami sehingga berlalu 1/3 malam. Sehinggalah pada hari keenam terakhir baginda tidak berqiyam bersama kami. Kemudian baginda kembali berqiyam bersama kami pada hari kelima terakhir sehingga berlalu separuh malam lalu baginda berhenti qiyam. Lalu kami berkata: Wahai Rasulullah! Alangkah bagusnya kalau kita teruskan sahaja separuh malam ini untuk berqiyam (sehingga subuh). Lalu sabda baginda: “Sesungguhnya barangsiapa yang solat (terawih) bersama dengan imam sampai sudah (selesai), pasti (sudah cukup) ditulis baginya (pahala) membangunkan satu malam (dengan ibadat).” [H.R. al-Tirmidzi]
Ø  PERHATIAN : Kalau anda ingin solat 20 rakaat, sedangkan imam buat 8 rakaat, ikutlah imam dalam witir. Kemudian apabila pulang..anda boleh sambung solat terawih dan tak perlu berwitir lagi..


PROJEK KEDUA : KAEDAH NAK TARIK PAHALA ORANG BERPUASA DAN BAGI KAT KITA TANPA DIKURANGI SEDIKIT PUN PAHALA ORANG YANG BERPUASA ITU.
Ø  Bersedekah Dengan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa.
 
Ø  Dalilnya :
عَنْ زَيْدِ بْنِ خَالِدٍ الْجُهَنِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا
 كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
“Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan tanpa mengurangi paha orang yang berpuasa itu walaupun sedikit
[H.R. al-Tirmidzi]
 
Ø  PERHATIAN : Beri makan orang berpuasa tak semestinya mewah-mewah, sedekahlah ikut kemampuan kerana yang penting makanan itu dari sumber yang halal dan baik.

PROJEK KETIGA : KAEDAH NAK DAPAT PAHALA HAJI DAN UMRAH SEMPURNA DALAM BULAN PUASA.
Ø  Solat Subuh Berjemaah Dan Berzikir (dengan cara dengar ceramah / baca al-Ma’thurat / baca al-Quran) Sehingga Terbit Matahari Dan Di akhiri Dengan Solat Sunat (Isyraq/Dhuha).
 
Ø  Dalilnya :
 
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ
Daripada Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a. "Sesiapa yang solat (Subuh) berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat  maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna, sempurna dan sempurna" [H.R. al-Tirmidzi]
 
Ø  PERHATIAN : Masuk waktu subuh kira-kira jam 5.50 pagi dan masuk waktu untuk solat sunat dhuha/Isyraq ialah 7.40 pagi. Jadi dalam tempoh tak sampai 2 jam anda beribadat pahalanya menyamai haji dan umrah yang sempurna! Jangan lepaskan peluang…
 
PROJEK KEEMPAT : KHATAM AL-QURAN DAN TADABBUR (MENGHAYATI MAKSUD-MAKSUDNYA)
Ø  Dalilnya :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْرَإِ الْقُرْآنَ فِي شَهْرٍ قُلْتُ إِنِّي أَجِدُ قُوَّةً حَتَّى قَالَ فَاقْرَأْهُ فِي سَبْعٍ وَلَا تَزِدْ عَلَى ذَلِكَ
Dari `Abdullah bin `Amru r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bacalah (khatamkanlah) al-Quran dalam sebulan sekali.”  Aku berkata:  ”Sesungguhnya aku mampu untuk lebih dari itu.”  Rasulullah s.a.w bersabda:  “Maka, khatamkanlah dalam tujuh hari, jangan kurang dari itu.”
[H.R. al-Bukhari]
Ø  PERHATIAN : Pesanan hadith ini bertujuan supaya para sahabat membacanya dalam keadaan baik, tidak tergopoh-gapah dan membacanya dengan penghayatan.  Kerana manfaat utama dari al-Quran adalah dengan menghayati maksudnya.  Di samping itu, supaya para sahabat tidak melupakan akan tugas dan peranan harian mereka.
 
Kaedah mudah dapat khatam al-Quran sebulan

Ø  Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat.  Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

Ø  Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu:  Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’.  20÷5=4.  Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

Ø  Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:
·         2 muka surat sebelum solat fardhu
·         2 muka surat selepas solat fardhu
·         Semoga Istiqamah!
 
PROJEK KELIMA : KAEDAH NAK DAPATKAN GANJARAN LEBIH HEBAT DARI DUNIA DAN SEISINYA..BAGAIMANA?
Ø  Keraplah berzikir 4 kalimah iaitu “SUBHANALLAH, WAL HAMDULILLAH WA LAILAHA ILLALLAH, WALLAHU AKBAR”
 
Ø  Dalilnya :
 
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَأَنْ أَقُولَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ
Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya membaca Subhanallah (Maha Suci Allah) walhamdulillah (Segala puji bagi Allah) wala ilaha illallah (Tiada Tuhan selain Allah) wallahu akbar (dan Allah Maha Besar) lebih aku sukai daripada  segala sesuatu yang terkena sinaran matahari (dunia dan seisinya)."  [H. R Muslim]
 
Ø  PERHATIAN : Perbanyakkanlah zikir di bulan Ramadhan sebagai alternatif menggantikan percakapan-percakapan yang sia-sia (mengumpat, berdusta, dan melalaikan)..zikir ini boleh dilakukan bila-bila masa (tak semestinya ketika ada majlis zikir) melainkan pada suasana yang tidak diizinkan seperti dalam tandas..Berzikirlah selesai solat, memandu kenderaan, sambil buat kerja ofis dan lain-lain..

Wallahu A'lam Bissowab..