banner

banner

Saturday, September 7, 2013

Puasa – Takrif dan Pensyariatannya




Apakah Takrif Puasa?

Puasa dari sudut bahasa bererti : Menahan diri daripada sesuatu sama ada kata-kata ataupun makanan. Firman Allah taala menceritakan tentang Maryam.
قال تعالى : إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمٰنِ صَوْمًا
Sesungguhnya aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-rahman“. (Maryam : 26)

Puasa disini bermaksud menahan diri dan berdiam diri daripada berkata-kata.
Puasa dari sudut syarak bererti : Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertai dengan niat.

Sejarah Pensyariatan Puasa

Puasa ramadhan difardhukan pada bulan syaaban tahun kedua hijrah. Sebelum itu, puasa telah diketahui oleh umat islam sebelumnya dan juga ahli kitab yang hidup sezaman dengan Nabi SAW Firman Allah Taala :
قالى تعالى : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah : 183)

Walau bagaimanapun, kewajipan puasa ramadhan tidak pernah disyariatkan sebelum itu. Persamaan yang wujud diantara umat ini dengan umat islam dahulu ialah puasa yang disyariatkan. Tetapi kefardhuan puasa ramadhan dikhususkan hanya kepada Umat Nabi Muhammad SAW.

Dalil Disyariatkan Puasa Ramadhan

قالى تعالى : شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Maksudnya : “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. ” (Al-Baqarah : 185)

عمر بن الخطاب رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : ( بني الإسلام على خمس : شهادة أن لا إله إلا الله ، وأن محمدا رسول الله ، وإقام الصلاة ، وإيتاء الزكاة ، وحج البيت ، وصوم رمضان ) رواه البخاري و مسلم

“Islam dibina atas lima perkara : mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, menunaikan haji, dan puasa pada bulan Ramadhan.”

No comments:

Post a Comment